Masih Tak Terlewat Kan ?

 

Bismillahirrahmanirrahim .

Ape khabar semua kengkawan dan pembaca ?

Hanie sihat alhamdulillah  tapi … time menaip entri ni badan rasa sejuk2 macam nak demam pulak . Sakit tekak dah over seminggu dah ni . Pelik gak sebab selalunya 2-3 hari je hilanglah sakitnye . Ini tidak , makin menjadi2 pulokk . Pangkal lidah pun terasa perit dibuatnya , perasan macam nak tercabut je lidah ni . Ayarkkk ~ Cobaaannn … Petang semalam rush jugaklah ke klinik Jammy depan nun , mintak ubat untukku dan baby Zaid . Zaid kenapa ? Sian dia tauu … Dah dekat 3 minggu selsema tak pulih2 , la ni ditambah pulak dgn batuk2 dan kahak . Ujian sungguh . Bukan ape , baby2 ni kesian kan kalo selsema . Abis hidung pun tersumbat , nak breastfeed pun kekadang marah2 sebab itu . Masuk ni dah 3 kali amik ubat kat klinik tapi still tak recover lagi . Zaid oooo Zaid …

Aha . Back to the topic . Masih tak terlewat kan ? I mean , untuk wish kalian semua …

SALAM AWAL MUHARRAM / MAAL HIJRAH 1430 …
Semoga Tahun Baru Hijrah ini memberi kita erti HIJRAH yang sebenar … Amin ~
Hah jangan tak tau ye , 2 Muharram ni (semalam) ulangtahun ke-26 bagi saya … Baru je 28 September aritu sambut bezday ke-25 , ni dah 26 pulokk ? Hehe … Itu utk kalendar Masihi daa .. Tapi kita ni macam tak berapa endah sangat dengan kalendar hijrah kan ? Asyiiik je dgn tarikh Masihi ciptaan orang2 kafir tu . Astaghfirullah … 
Tulah memang Hanie tak sangka dalam kalendar hijrah , bezday Hanie jatuh pada awal2 tahun .  So saya merasalah hari jadi di awal dan akhir tahun . :) Ok , kalian semua pun boleh check bezday masing2 dalam tarikh Hijrah di calendar converter . Just isi je tarikh lahir u all dan semuanya dikirakan secara automatik oleh generator kalendar tuh . Very the easy one .

 

 

 

52 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *