Salam Aidilfitri 2014 & sudah dapat tarikh pergi Haji

Salam Aidilfitri 2014,

Berayalah kita dengan cara bersederhana sahaja.

Kenang²lah saudara Islam kita yang menderita kesusahan di tempat lain.

Elakkan pembaziran seboleh mungkin.

raya

Bagaimana cerita raya korang tahun ini?

Yang dah berkahwin tu, jangan gaduh² laki bini ya…

Malu, dah besar panjang bergaduh. Hihiii…

Tahun ini, kami beraya di kampung encik suami dahulu di Perak.

Sebenonya parents saya pun di Perak tapi cuma sempadan dengan Penang (kawasan kami je).

3 hari sebelum Aidilfitri, kami sudah berangkat pulang.

Syukurlah kerana perjalanan kami melawan arus, tak menempuh jem yag extra teruk di musim perayaan ni.

Biasanya tahun² yang lalu, kami beraya di sebelah famili saya, jadi tahun ini kelainan sedikit,

beraya di sebelah famili suami dahulu… takmo gaduh² ye… :p

Oh ya, Syawal 2014 ini kami beraya dengan ahli baru dalam keluarga,

siapa lagi kalau bukan si comel Muhammad Muaadz.

Tahun lepas beraya dengan Muaadz masih dalam perut ummi :)

muaadz

tayang gigi hokeyy….

Sudah dapat tarikh berangkat pergi haji

 

Debaran pergi menunaikan haji semakin memuncak bila sudah dapat tarikhnya.

Perasaan seronok juga bermain di jiwa.

Siapa yang tak seronok mau jadi tetamu Allah?

Syukur, banyak urusan telah pun selesai.

Pemeriksaan kesihatan, pembikinan passport saya,

penyerahan passport kami berdua ke Tabung Haji untuk urusan visa.

 

 

tarikh berangkat haji 2014

Boleh ke laman web MyTaha untuk ketahui maklumat haji anda (gambar pinjam suami)

 

 

InsyaAllah, kami akan berangkat pada 29 Ogos 2014.

Mohon doakan perjalanan kami pergi dan balik selamat…

dipermudahkan segala urusan,

dan memperoleh haji yang mabrur. Amin…

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *