Sakitnya bila terkena simpul mengkarung

Sakitnya bila terkena simpul mengkarung ni empunya diri saja yang tahu. Ada yang panggil “tarik mengkarung” dan “simpul biawak”. Bila dah terkena tu, memang nak menitik air mata dibuatnya. Kebiasaannya simpul mengkarung ni saya kena ketika mengandung, bermula dari anak ketiga kalau tak silap saya.

Biasanya simpul mengkarung ni terjadi di bahagian betis. Seperti urat ditarik-tarik dengan kuat sekali. Azabbbb…. menjerit menangis ler sorang-sorang kalau tak kejut suami join sama… wuuuu ~

simpul mengkarung

 

Nak kata kejang, lebih sakit dari itu. Kalau tersilap langkah contohnya salah gaya menggeliat, mesti kena attack dengan simpul mengkarung ni. MasyaAllah azabnyaaa… Semoga dosa² terampun dengan kesakitan yang dialami. Amin…

Beginilah pengorbanan wanita mengandung. Maybe tak semua wanita mengandung akan kena, tapi kebanyakannya memang pernah kena.

Nak cerita, baru² ni saya diserang simpul mengkarung ketika hendak bangun tidur untuk solat Subuh. Saya tak menggeliat apa pun, cuma ia berlaku nak ubah posisi kaki ketika hendak bangun. Itulah yang paling teruk seumur hidup rasanya, kerana simpul mengkarung tu menyerang betis saya  3-4 kali. Biasanya sekali dua sahaja. Ini bertubi-tubi. Nak menjerit rasanya. Suami pula belum balik dari surau masa tu. Menahan sakitlah seorang diri. Memang biasa sorang² pun begitu…. Untuk melegakan kesakitan, cuba gerak²kan pergelangan kaki supaya darah dapat mengalir. Ada yang kata, tuam dengan air batu (ais). Tak sempat pula nak cari ais tengah sakit² macam tu… huhu.

Akibatnya, betis saya masih terasa pedih/sakit yang berpanjangan. Bila ditekan² diurut², pun masih sakit. Kadang² keluar angin sendawa. Gamaknya beranginlah kawasan sakit tu. Lepas kena serangan tu, memang jalan terdengkot-dengkot menahan sakit.

Kalau tak silap pemahaman saya melalui artikel ni, simpul mengkarung ada kaitan dengan vericose veins @ vena verikos. Biasa nampak kaki orang tua2 ada urat hijau timbul² tu? Saya biasa nampak kat kaki nenek saya…

Vena varikos adalah keadaan yang mana salur darah vena yang besar, kelihatan berbelit-belit, bengkak dan membonjol. Ia sering berlaku dan cukup jelas di bahagian kaki dan belakang betis. Punca berlakunya vena varikos adalah disebabkan sama ada pengaliran darah yang perlahan dan menyebabkan darah terkumpul di dalamnya atau injap di dalam vena tidak berfungsi dengan baik menyebabkan darah yang mengalir turun mengikut graviti terkumpul dalam vena kaki.

Mengikut sebuah artikel terbitan Kementerian Kesihatan, vena varikos terjadi atau menjadi lebih teruk ketika mengandung disebabkan oleh pembesaran janin yang menekan atau memberi tekanan ke atas vena di bahagian pelvik dan vena kava bawah (inferior). Vena ini yang besar, terletak di bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian kaki dan sebahagian besarnya dari bahagian pelvis dan organ-organ abdomen. Keadaan ini akan meningkatkan tekanan darah dalam vena di kaki dan menyebabkan pembentukan vena varikos.

Di samping itu, peningkatan hormon progesteron menyebabkan dinding saluran darah mengendur. Apabila anak dalam kandungan membesar, rahim juga turut membesar, menjadikan vena-vena semakin jelas kelihatan. Ketika mengandung, anda akan lebih mudah mendapat vena varikos di kaki – walaupun ia boleh terjadi di mana-mana saja bahagian badan, seperti di leher. Apa yang pasti, anda akan dapat melihat vena-vena atau urat yang berwarna biru di bawah kulit dengan jelas kerana membonjol atau timbul. Penghidapnya pula mungkin berasa sakit atau langsung tidak mengalami apa-apa masalah.

Derita tarik mengkarung

Update kehamilan minggu ke-34

Alang-alang bercerita tentang simpul mengkarung dan kehamilan, bolehlah saya update sekali kandungan saya yang sudah berada di minggu ke-34 ni. Bermaksud pertengahan trimester ketiga.

Ramai kata perut saya dah “turun”. Baru 8 bulan setengah ni. Saya memang pesen macam tu. Start 8 bulan tu, memang dah beratnya amat, perut pun memboyot seboyotnya macam dah nak meletup. Letih tu jangan dicakap. Kadangkala mengah juga.

Baru² ni pergi ke klinik Muslimah (port bersalin akan datang insyaAllah), doktor scan dan kali ini barulah ternampak jantinanya. Sebelum ini scan yang last memang tak nampak. Orang asik dok tanya dah scan ke belum. Berulang-ulang kalilah menjawab, “tak nampak”. Mulalah orang buat spekulasi baby girl. Jawapan sebenarnya? Rahsia lah…. yang dah tahu tu, dok diam². Haha ~ Saya dan suami tak kisah jantina apa pun, asalkan baby sihat sudah memadai. Kalau kali ini baby girl, maka lengkaplah 3 pasang anak kami. Kalau baby boy, bertambahlah koleksi anak lelaki kami, dan membuat rekod hatrik ^-^

Persiapan menyambut orang baru ni ala kadar je… Setakat ini cuma membeli 3 pasang baju baru sahaja. Berut, stokin, mitten, topi dan lain² keperluan dah mencukupi. Tinggal nak memunggah saja… dan membasuh semula baju² lama, juga yang baru. Sabun, bedak, losyen jangan sebut. Memang dah lebih dari mencukupi. Alhamdulillah… Tak habis pakai pun dek baby Huzaifah yang bakal jadi abang kecik tak lama lagi. Ubat²an untuk berpantang saja masih belum beli. Kali ni rasanya tak beli jamu, nak makan ubat moden pulak insyaAllah. Dan tak sabar nak slim semula dengan Advance Life. Hoho~

Pe’el anak meragam? Biasalah… bukan yang kecik je meragam, yang besar² sikit pun masih meragam dan manja minta perhatian. Bakal abang kecik tu, Huzaifah kalau tidur malam, masih mahu berkepit celah ketiak ummi. Tengah² malam dia akan meniarap atas saya. Bayangkan, dengan perut ni lagi. Saya layankan je… kesian… saya dah letih, saya letak semula dia di tepi.

Si abang Zaid pun masih manja, mahu tidur sebilik lagi dengan kami. Sekarang sedang berkursus untuk tidur di bilik sendiri yang dikongsi bersama abangnya. Kursus bebas-lampin dah berjaya tempoh hari. Syukur sangat. Kursus tidur bilik sendiri ni agak mencabar sikit dan memakan masa yang panjang. Kakaknya Munirah dah boleh tidur di bilik kakak sulungnya, tapi kadangkala buat fe’el nak tidur bilik ummi abah juga. Ohhh kami memerlukan ruang atau rumah yang lebih besarrr…. amin!

last 3 kids

 

 

zaid n kak long

 

gambar kenangan di Langkawi.. anak ke-5 tiada dlm gambar, duduk dgn ummi dalam kereta

Incoming search terms:

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *