Sahabat Palestin saya yang pertama

Salam muhibbah,

Tidak kusangka lawatan ke Agromall & MYDIN di RTC Gopeng menghasilkan persahabatan baru dengan warga Palestin. Puan Amaal ialah sahabat Palestin saya yang pertama. :)

Lanjutan dari entri Temujanji dengan si gadis Palestin yang comel sebelum ini dalam versi live blogging. So ceritanya ringkas sangatlah. Meh saya kasi full story kat sini….

Ketika sedang sibuk bershopping di Mydin tersebut, seorang lelaki Arab menegur encik hasben. Encik Basiir, bekas student U** rupanya… Encik hasben yang jadi pemeriksa viva (baca: vaiva) si Basiir ni ketika nak tamatkan Ph.Dnya dahulu. Terusss dijemputnya kami untuk lunch di rumahnya pada esok tengahari. Rezekiiii….

*Viva = oral defense (peperiksaan lisan) yang biasanya perlu dihadapi oleh pelajar² yang nak tamatkan Master dan Ph.D mereka

Begitulah cerita terjadinya temujanji dengan gadis Palestin comel

Salah satu keistimewaan orang Arab ni kalau kalian nak tahu ye, mereka akan muliakan tetamu sehabis boleh. Di Malaysia ni dah dua kali (seingat saya) dijamu tuan rumah berbangsa Arab, dan cara mereka memang sama. Yang kali ini, arab Palestin.

Saprah mereka pakai selimut kita je. Nak tunjukkan hamparan saprah tu biar besar, nak jamu kita molek². Makanan pun dihidang dalam talam, dengan ketulan ayam besar². Bila nak makan, biasalah, tuan rumah cedokkan ke pinggan kan. Tak cukup sekadar itu, ayam pun dicubit²kan untuk kita mudah makan. Marvellous. Tahap IKRAM MUSLIMIN (memuliakan sesama Muslim) yang tinggi.

nasi Palestin yang tampak menyelerakan…

Macam yang saya ceritakan sebelum ini, sampai tegak² badan saya dan Mak mentua nak habiskan  hidangan ni. Baru nak habis, tuan rumah dah tambahkan lagi. Memang tak sempat kosong pinggan kami tu. Amaal kata dia bakar ayam tu lebih sikit sebab takut tak cukup kami makan. Haishh… lebih dari cukuplah Amaal… Kami seorang seketul pun dah memadai. Stail orang Arab makan memang dalam skala yang agak besar ;)

 

Saya bertanya Amaal (of coz in Englush, nak speaking Arab tak fasih sangat), adakah nasi ini sama dengan Nasi beriyani? Katanya tidak. Ini adalah nasi masakan orang Palestin amnya. Nasi apa entah namanya si Amaal mention, lupa pulak saya. Dush dush dushhh…

Dalam nasi tu ada kekacang seperti kacang goreng, kacang kuda @ hummusOwh kacang kuda rupanya hummus tu…. biasa dengar tapi tak berapa pasti. Dan saya tak berapa gemar. Hik2~

Ayamnya kemerah²an ala² ayam tandoori tapi bukan. Ianya direbus dahulu kemudian diperap dengan rempah tertentu + bawang putih dan kemudiannya dibakar dalam ketuhar selama lebih kurang 15 minit sahaja.

Hidangan sampingan ialah arabic salad iaitu campuran timun + tomato + minyak zaitun.

Nampak selimut yang saya maksudkan tadi dijadikan saprah? ;)
Huzaifah dan baby Besan 

 

 

BESAN (baca:Bisan) yang cumill

 

 

Munirah bermain dengan permainan baby Besan

Maaf, gambar tuan rumah tiada kerana saya segan nak ambil gambarnya. Risau dia rasa tak selesa pula. Nak ambil gambar anaknya pun, dari jarak jauh. Hehehe…

Ok cerita makan tak habis lagi setakat lunch tadi. Lepas selesai makan, kami dihidangkan pula dengan manisan yang teramat manissss dibuat dari tepung suji + susu + dll. yang disalut kelapa. Pada mereka, manisan ni memang kena betul² manis. Masakan selain manisan pula jangan sesekali manis. Itu pantang mereka. Contohnya, satay. Ada flavor manis² sikit kan… haaa… itu depa tak suka nooo….

Makan manisan pula, lawannya teh panas berherba. Pudina tak silap saya. Memang kelat²lah tapi padanlah dengan manisan yang super manis tadi.

Sebelum pulang, Amaal siap² ambil nombor handphone saya. Dapatlah seorang sahabat Palestin yang pertama… :)

Incoming search terms:

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *