Sabarlah wahai pengguna blogspot

 

 

Salam bahagia . Err , tak tahu nak mula dari mana sebenarnya . Rasa seperti banyak yang nak dicoretkan , tapi satu-satulah dulu . Karang tak pasal-pasal hang pulak sistem kepala den ni :p . Nauzubillah .

 

Sebut pasal hang ni , saya tumpang simpati kepada pengguna-pengguna blogspot . Untuk view blog orang lain boleh , tapi untuk sign in + buat entry dan sebagainya memang tak boleh pada hari ini . Pelawat-pelawat blog juga tak dapat menghantar komen pada entri-entri . Sebenarnya , masalah ni dah bermula sejak semalam lagi (Khamis , 12 Mei ’11) tapi maybe bukan affect semua . Sebahagian sahaja . Kebetulan saya main Twitter sekejap semalam , blogger fofuler Irine Nadia (@irinenadia) pun dok tanya kemusykilan tak boleh nak sign in blog .

 

Bukanlah tujuan saya buat entry ni  nak tunjuk eksyen yg saya ni pakai domain & hosting sendiri . Cuma , a bit concern dengan masalah blogspot ni memandangkan pada awal-awal kemunculan saya dlm dunia blogging ni adalah bermula dgn blogspot dan saya sayangkannya . Akaun blogspot pun masih saya simpan . Malah blogshop saya pun masih bertapak di sana ;) .

 

 

Apa yang dapat saya katakan cuma …. BERSABARLAH . Depa tengah dok buat maintenance tu . Mungkin sebab baru-baru ni ada buat penampilan baru , so maybe ada problem sikit tang tu dan effect kepada semua pengguna . Dan hopefully entry-entry kalian semua di sana masih selamat , sebab di wall FB tadi , Kak Nza ada mention yang sebahagian entry dan komen dah hilang . Simpati rasanya . InsyaAllah , by tomorrow elok baliklah tu .

 

Katakan kalian tergerak hati nak bertukar ke domain dan hosting sendiri , NetKL sudah sediakan servis khas untuk itu . ;) NetKL diperakui stabil dan mantop .

 

 

23 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *