Rutin yang ditinggalkan

Kalau sebut tentang rutin seorang surirumah macam saya ni, tentu ramai yang dah boleh agak dan sedia maklum macammana , betul tak? Memasak,mengemas rumah, membersih rumah, menyeterika kain baju, dan banyak lagi cabangannya. Kalau diikutkan,tugas seorang surirumah ni tak ada limitnya, sampai jauh malam pun masih bekerja. Boleh huru-hara hidup seorang lelaki tanpa seorang surirumah @ isteri bekerja + buat kerja rumah tahu ? ;)

Apakah rutin yang ditinggalkan tu? Yes , iron kain baju. Dah lama jugaklah saya tinggalkan rutin ni dan diambil alih oleh encik hasben dengan rela hatinya … (pengakuan jujur!) kerana beliau sangat memahami kondisi diriku. Dan pagi tadi, beliau sangatlah happy apabila rutin itu diambil alih semula oleh saya. Bertuah kan dapat husband camni? Saya hanya bersyukur banyak² kerana Allah hantarkan si dia untukku.

Kenapa rutin ni ditinggalkan lama ? Asalnya ketika saya mula sarat mengandungkan Huzaifah , badan memang lesu , tak larat nak buat kerja² iron baju ni. Iron board kami pula jenis rendah (iron baju dlm posisi duduk) , perut saya dahlah besar memboyot dan saya juga selalu stress bila tengok banyak kerja² rumah nak diselesaikan.

adakah begini suamiku ? ;)

Sesudah melahirkan , saya dalam keadaan berpantang pula. Pun beliau (encik hasben) masih tolong saya buat rutin tersebut tanpa sedikit pun terdengar rungutan. Akhirnya pada hari ini saya dengan sendirinya merelakan diri untuk melakukan rutin ini semula. Kesian tengok encik hasben terburu² nak pergi ofis , dgn meeting lagi sampai ke petang. Balik nanti sudah tentulah kecapekan betul tak …  Tak mengapalah , korban sedikit masa berinternet dalam sejam saja pun … alhamdulillah , dapat juga habiskan 16 helai jenis pakaian ;) Kalau korang mesti lagi banyak kan ? Dan … ada terselit kepuasan di situ . Iyelah , puaslah dapat berkhidmat untuk family tanpa bantuan orang gaji …

Bagus betul kalau ada set iron macam ni ... like it ! ;)

 

ko mampu ? ekekekekke ~ :-p

Just nak share rutin harian saya sekarang ni semenjak anak² mula bersekolah ..

6 am – 8 am : Bangun , solat Subuh , siapkan sarapan family (at least bancuh air) , hantar anak² ke sekolah (kalau tak saya hantar,suami hantar)

8 am – 9.30 am : Giliran saya bersarapan. Biasanya bancuh kopi utk minum dan makan roti/biskut utk makan (kalau tak goreng nasi,mee,dsb.) Then check mesin basuh, kalau dah penuh , apa lagi , mendobilah ;) . Check pula ada baju nak diseterika atau tidak,jika takde , rest lah dulu … lalalalalala ~ Mandi baby ? Ikut juge,kadang² mandi pagi , kadang2 tengahari @ petang baru mandi.

9.30 am – 12 pm : Internet time ! (Blogging , cek e-mel , bukak FB , cek e-mall , etc.) Lama tak?

12.10 pm – 2.30 pm : Ambil anak dari taska , masak , makan . Kalau encik hasben tak dapat ambik anak² yg di sekolah rendah tu , sayalah yg akan ambil … then , solat zohor , lunch , suruh anak² tido@rehat@layan DVD@ layan kartun  .

2.30 pm – 5.00 pm : Internet time sambil printkan kertas mewarna pelbagai jenis kartun/animasi untuk anak² , solat Asar . Saya tak suke tido petang ~

5.00 pm – 8 pm : Masa bersama suami dan anak² … adakalanya outing sikit atau ziarah my parents (10 minit perjalanan jer dari rumah) atau sembang dgn jiran² (sgt jaranggg) , Solat maghrib , bacaan hadis , ajar anak² mengaji @ baca Qiraati/Iqra’  … dan kadang² dinner awal sikit .

8 pm – 10 pm : Dinner (kalau belum) , tengok berita sikit , layan TV kalau ada siaran kegemaran , suruh anak² masuk tido .

10 pm dan seterusnya : Adakalanya bertenet lagi . Jika tidak , apa lagi , tidur lah ! :)

Begitulah lebih kurangnye rutin harian saya . Tak semestinya setiap hari sama saje , ade la sedikit sebanyak perubahan aktiviti dan timing . Ini pun dah lama tinggalkan aktivi bertatting , baca novel . Mood belum mari daaa ….

ada yg mau ? ;)

Incoming search terms:

15 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *