Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Roti Teloq Goyang

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Roti Teloq Goyang

roti telur goyang menu luarbiasa

Roti Teloq Goyang haa memang sah² loghat utara!

Sekali baca memang rasa macam pelik², tapi jangan fikir bukan² okayyy…

Entri ini bukan bertujuan nak menayang makanan yang saya makan tanpa mempelawa kalian yer,

sekadar perkongsian menu yang sedikit ‘rare’.

Dengan nama yang memang ‘rare’.

Mungkin lain tempat, lain namanya.

Pernah ternampak di blog bro Eizil tak silap, Roti Titab mungkin namanya.

Pun pelik kan? Tak pernah dengar.

Maaf jika tersilap.

Teknik memasak Roti Teloq Goyang usah ditanya,

kerana saya tidak kuasa nak pergi mengintai tukang masak menyiapkan menu

yang kami pesan. Jadi hanya menunggu di meja makan :)

Jom kita lihat rupa Roti Teloq Goyang….

 

roti telur goyang menu luarbiasa

roti teloq goyang menu special

Sungguh teruja melihat telur cair² di atas roti yang dibakar. aummmm…

tambah² kuning telur yang lembik² tuu kussss semangat.

Tapi awas! Jangan selalu dimakan kuning telur tu ya, kolestrol tinggi baq hang.

Rasa Roti Teloq Goyang ni amacam?

Ok sedaplah juga.

Padanlah dengan namanya, Roti Telur Goyang kerana telurnya lembik, bergoyang² gitu. Hiksss…

Selain menu Roti Teloq Goyang, saya pilih Roti Garlic (bawang putih) juga.

Entah kenapa malam itu pesan roti sahaja walaupun banyak lagi menu lain.

Diet mungkin? Ecececehhhh…

Bagaimana pula rupa Roti Garlic?

roti garlic sedap

Nampak menyelerakan sekali…

Memang terasa ketara sekali bawang putihnya kerana ia dipotong separa hancur dan

diletak atas roti bakar. Bawang putih digandingkan dengan herba apa, saya tak pasti pula.

Minumnya pula air jus.

Sedap² juga jus campuran 3 jenis buah-buahan tu.

Apa ye 3 buah tu? Tak silap buah nenas +

Besaq punya gelas kami order… kembung² perut nak habiskan :p

air jus

baru habis separuh yer… dah penuh perut

 

Di mana lokasi jalan-jalan cari makan kami ni?

Di FRUIT KING, Parit Buntar.

Tepi Padang Bandaran berhampiran roundabout menara jam Parit Buntar. (cawangan baru)

Ditaja oleh encik suami terchenta. Terima kasihhhh ???

Lain kali kita pi lagi noo…. :)

Mesti try burger layer depa pulak.

 

Incoming search terms:

 

46 Responses

  1. Raudzah says:

    Roti garlic tu nampak best ummi..roti telur tu kita tak boleh makan coz kita tak suka telur mentah..mertabak ok..

  2. D_08 says:

    cantekkk… balik Semanggoi nanti bleh lajak ke Parit Buntaq.. pekena Fruit King…nak tengok apa spesel kat situ….

    lain tempat.. lain rupanya roti teloq goyangnye cik Ummi Hanie….

  3. ogosh says:

    waaahhhh..tgk pun goyang..huhu

  4. Denaihati says:

    ini betul-betul roti + telur goyang, bukan roti canai. yang kolestrol tu yang sedap tu…heee

  5. titan says:

    wahh..siap leh goyang ehh..

  6. zie fauzi says:

    mcm sama je roti bakar kat rope walk… cer try tengok kat sini http://www.ziefauzi.com/2012/03/berhujung-minggu-di-rope-walk-lorong-kulit-pulau-pinang.html

  7. puan kutu says:

    ada macam2 kan kt fruit king ni..bege layer tu byk sgt..yg kami order yg tak layer hari tu pun tak larat habis..gelas air dia mmg besar2 macam jug kekdahnya..huhu

  8. Rossaimi says:

    Sedap jugak nampaknya roti telur goyang tu. Saya suka.

  9. amirulfaiz says:

    Haha.. kena pastikan telor atas roti tu bergoyang, kalau tak bergoyang, tu tanda terlebih masak. :D

  10. akubiomed says:

    Topping garlic terbaik. :-)

  11. Ummi Hanie says:

    ye tak ye gak kan…

    mmg la tgh sihat ni tak ingat pantang larang, nak bedal je semua :p

  12. hafizmd says:

    Oooo..ni guna roti biasa..kat sini sini..roti canai telur goyang..double goyangpun ade..mmg mabeles..tp tu dia..takleh amal selalu..hehhe

  13. Myra Jay says:

    Dulu tak reti makan teloq goyang tu, sekarang dah macam addict plak..hehee

  14. Bahrain says:

    Nama ni dah biasa kalau orang dah selalu pesan ni. Sedap kalau orang tu pandai buat dan letak apa2x yang patut pada roti.

  15. sampai hati makan tak pelawa saya..heee
    meleleh air liur sambil bergoyang2, saya tgk roti tu.. heee

    • Ummi Hanie says:

      hehehe…. chef pun meleleh air liur juga yer

      ala chef hairul buat lagi sedap kot

      tengok chef hairul je terus ingat mcm2 panduan rahsia tu. meracun sungguh ;)

  16. muhammad hizwan says:

    Nampak macam best jer, macam sedap jer. :)

  17. Hafizul says:

    Emm nampak macam best aje..teringin nak mencuba..tapi sayang,,kat sini tak ada..huhu

  18. Nora Karim says:

    wah kena masukkan list jenjalan ke parit buntar ni… hehehe

  19. liza says:

    wah roti garlic tu cam sedap je ummi…..ni nak kene g jgk parit buntar cari roti garlic.hik3.

  20. Nama Roti tu jer dah buatkan orang teringin nak cuba. Sangat kreatif!

  21. wahh nampak sedap.. nk suruh my wife buat nie.. ehehe

  22. Cikgu Hairul says:

    Owh kalau kat situ dah pernah sampai. Tapi tak pernah tau la ada makanan pelik camni. Nanti balik kamoung saya try la.

  23. brohantu says:

    best sangat nampak… seimbang jugak tue

  24. Maria Firdz says:

    Wow… First time dengar resepi tuh.. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *