Salam wbt.,
Minggu lepas pergi ke restoran RIZQ Arabic Cafe (sekarang RIZQ BISTRO) di taman perumahan bersebelahan sahaja… Taman Pekaka, Nibong Tebal.
Dah lama nak menjejak ke sini akan tetapi masa mencemburui. Ada peluang je, zasss menyerbu gitu. Berhampiran pintu masuk, ternampak signboard NAN CHEESE LELEH. Terus teringin nak order.
Taraaa….
Order siappp… Perut pun sudah lapar, Bismillahhh…..
tayang roti nan cheese dengan anak tukang makan saje ye…
Meh kita zoom in sikit tengok rupa roti nan cheese leleh. pehhh….
Mungkin sebab tak ramai customer lagi, makanya order roti naan cheese leleh saya ni siap dengan cepat juga. Bagusss ~
Dan tak ingat bilakah kali terakhir saya makan roti naan.
Roti naan cheese leleh di Rizq Arabic Cafe ni saya bagi…. 5 bintang !
Tekstur rotinya lembut, ditambah pula dengan lelehan keju di dalamnya… ya Allah pengsan ! saya memang penggemar tegar KEJU. >_<
Side orders untuk anak² saya pilih 2 set Chicken Chop, air jagung dan air teh arab. Hah first time order teh arab uolz….
Oh ya. Sebelum terlupa nak mention sini yang Rizq Bistro, Nibong Tebal ni menyediakan bukan saja makanan Arab tapi juga makanan Pakistan, Western, Ala Thai & Melayu.
Best kan? Pelbagai jenis masakan di bawah satu bumbung.
Siap ada servis penghantaran dan katering lagi. Terbaiklah.
Nak makan-makan di meja boleh, atas pelantar pun boleh… nak bersila-sila feeling makan di rumah kampung >_<
Serius sampai sekarang masih terkenang² roti naan cheese tuh.
Pihak Rizq Cafe ada beri kupon diskaun 10% untuk ditebus dalam masa sebulan lepas datang kali ni… makanya harusss serbu lagi bersama-sama family semua sekali. Hari tu saya dan 3 orang anak saja.
inilah wajah Teh Arab yg saya order ya… unik betul, ada kulit kayu manis, biji pelaga… memang so Arabic

Anak-anak pun taklah lapar sangat… tapi dah berjumpa chicken chop ni… lajuuu je lah pelahap :)

Terliur sudah?
Boleh hubungi Rizq Bistro;
Pemilik: Encik Faiz & Puan Hafiza
Alamat:
No 91 Jalan pekaka taman pekakaNibong TebalTelefon: +60 17-586 2363 atau klik link Whtsapp: http://www.wasap.my/60175862363Waktu Perniagaan: 12 tengahari – 12 malam
Macam tu rupanya roti naan cheese leleh. Betul-betul meleleh bila memandangnya sesuai dengan nama. Ahlan wasahlan wa marhaabn bikum.
yup huda…
mcm roti canai juga rupanya hampir2…
kena cari nih. ;)
Sedapnyerr.. lapo bace,, hihihi
haa… kena cari nih zfarina :)
Roti Nan cheese antara kesukaan saya. :)
sudah masuk genglah kita :)
hoho..
dah lama tak makang roti nan dengan cheese camnih.
kalau terdatang area sini, boleh belanja tau. haha~
bee sukaaaa .. tp kat sini kena keluar malam baru dpt ..so kena tunggu abe balik ..
dah besar2 ank nis .. ensem abg tu .
capati pun bee suka kan? ;)
nis kureng… kecuali yg betul2 lembut. kat area Kulim ada capati sodap.
aah besar2 dah…. anak bee pung… tambah dah sekolah2 ni… lajuuu je masa tak sedar anak makin besar
haha ensem ke abg tu….
Tengok gambar roti nan cheese nya. Fuh,, ada rezeki lalu area sana boleh singgah ni :)
harussss singgah… Ani :)
belanja sket.
lapar plak petang nih.
turun nibong tebal… hoho
meleleh air liur baca entri nii.hehe.
nan cheese memang superb la Bard.. fuhh
Alamak..jauh la pulak…Jerteh tak ada ke? Hahaha
haha…. kena cari mamat pakistan la bro :p
wahh nampak pu betul2x meleleh..hihi yum yummm
saya pun dok teringat2 nak pi beli lagi ni :)