Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Roti Nan Cheese Leleh sekali rasa pasti nak lagi

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Roti Nan Cheese Leleh sekali rasa pasti nak lagi

rizq arabic cafe

Salam wbt.,

Minggu lepas pergi ke restoran RIZQ Arabic Cafe (sekarang RIZQ BISTRO) di taman perumahan bersebelahan sahaja… Taman Pekaka, Nibong Tebal.

Dah lama nak menjejak ke sini akan tetapi masa mencemburui. Ada peluang je, zasss menyerbu gitu. Berhampiran pintu masuk, ternampak signboard NAN CHEESE LELEH. Terus teringin nak order.

Taraaa….

Order siappp… Perut pun sudah lapar, Bismillahhh…..

rizq arabic cafe nibong tebal

tayang roti nan cheese dengan anak tukang makan saje ye…

Meh kita zoom in sikit tengok rupa roti nan cheese leleh. pehhh….

photo 3

Mungkin sebab tak ramai customer lagi, makanya order roti naan cheese leleh saya ni siap dengan cepat juga. Bagusss ~

Dan tak ingat bilakah kali terakhir saya makan roti naan.

Roti naan cheese leleh di Rizq Arabic Cafe ni saya bagi…. 5 bintang !

Tekstur rotinya lembut, ditambah pula dengan lelehan keju di dalamnya… ya Allah pengsan ! saya memang penggemar tegar KEJU. >_<

 

Side orders untuk anak² saya pilih 2 set Chicken Chop, air jagung dan air teh arab. Hah first time order teh arab uolz….

Oh ya. Sebelum terlupa nak mention sini yang Rizq Bistro, Nibong Tebal ni menyediakan bukan saja makanan Arab tapi juga makanan Pakistan, Western, Ala Thai & Melayu.

Best kan? Pelbagai jenis masakan di bawah satu bumbung.

Siap ada servis penghantaran dan katering lagi. Terbaiklah.

Nak makan-makan di meja boleh, atas pelantar pun boleh… nak bersila-sila feeling makan di rumah kampung >_<

 

Serius sampai sekarang masih terkenang² roti naan cheese tuh.

Pihak Rizq Cafe ada beri kupon diskaun 10% untuk ditebus dalam masa sebulan lepas datang kali ni… makanya harusss serbu lagi bersama-sama family semua sekali. Hari tu saya dan 3 orang anak saja.

 

photo 1

 

inilah wajah Teh Arab yg saya order ya… unik betul, ada kulit kayu manis, biji pelaga… memang so Arabic

 

kakak sulong dan abang kedua

kakak sulong dan abang kedua

 

 

Anak-anak pun taklah lapar sangat… tapi dah berjumpa chicken chop ni… lajuuu je lah pelahap :)

 

chicken chop Rizq Arabic Cafe

Abang & adik Huzaifah

 

Terliur sudah?

 

Boleh hubungi Rizq Bistro;

Pemilik: Encik Faiz & Puan Hafiza

Alamat:

No 91 Jalan pekaka taman pekaka
Nibong Tebal
Telefon: +60 17-586 2363 atau klik link Whtsapp: http://www.wasap.my/60175862363
Waktu Perniagaan: 12 tengahari – 12 malam

 

20 Responses

  1. Macam tu rupanya roti naan cheese leleh. Betul-betul meleleh bila memandangnya sesuai dengan nama. Ahlan wasahlan wa marhaabn bikum.

  2. Zfarina says:

    Sedapnyerr.. lapo bace,, hihihi

  3. akubiomed says:

    Roti Nan cheese antara kesukaan saya. :)

  4. titan says:

    hoho..

    dah lama tak makang roti nan dengan cheese camnih.

  5. puanbee says:

    bee sukaaaa .. tp kat sini kena keluar malam baru dpt ..so kena tunggu abe balik ..

    dah besar2 ank nis .. ensem abg tu .

    • Ummi Hanie says:

      capati pun bee suka kan? ;)

      nis kureng… kecuali yg betul2 lembut. kat area Kulim ada capati sodap.

      aah besar2 dah…. anak bee pung… tambah dah sekolah2 ni… lajuuu je masa tak sedar anak makin besar

      haha ensem ke abg tu….

  6. Ani Haryani says:

    Tengok gambar roti nan cheese nya. Fuh,, ada rezeki lalu area sana boleh singgah ni :)

  7. ohcikgu says:

    belanja sket.

    lapar plak petang nih.

  8. MamaBard says:

    meleleh air liur baca entri nii.hehe.

  9. Hafizul says:

    Alamak..jauh la pulak…Jerteh tak ada ke? Hahaha

  10. Mama Arif says:

    wahh nampak pu betul2x meleleh..hihi yum yummm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *