Ribuan kilometer kujejaki

Salam ceria , salam windu korunkkk ! :p
Ade ke …. yang rindukan teman nih ? Ekekeke …. ngengade jek . Sebenornye masih kemalasan nak buat entri , tapi ada beberapa perkara yang make my day today , maka merajinkan diri jugelah untuk buat entri . ^-^
Kome pun sedia maklum dalam entry sebelum ni teman dah maklumkan teman nak pegi travelling . Yup,ribuan kilometer kujejaki bersama-sama family + mentua sekali . Habis digasak si Innova tu . Baru je dapat tak sampai 3 minggu ;p . Ke Singapura dah sampai , ke pantai timur pun dah sampai . Campur hari perjalanan sume , 5 harilah kami bercuti …. Iyelah , kebetulan bersambung-sambung pula cuti weekends dengan cuti Hari Buruh , tu yang jadi panjang perjalanannya tu . Kami bertolak hari Khamis . So Jumaat tu anakku ponteng sekolah dan suamiku apply cuti siap-siap .

verangan jer pemandangan seindah ini ... :p

Journey kali ni lebih pendek kilometernya berbanding journey ke Singapura 2 minggu sudah . Total perjalanan ulang-alik (2 hala) dari Nibong Tebal – Singapura lebih kurang dalam 1,400 kilometer . Dan memakan masa 10 jam . Journey kali ni yakni ke Terengganu memakan masa selama 6 jam lebih dan jarak perjalanannya dalam lebih kurang 600km jugaklah (kalau jauh tersasar,akan kuedit balik :p) . Wooo … manyak lenguh tulang belakang maaa … :p
Dari Terengganu pula , kami shoot ke Melaka , Bandaraya Bersejarah . Jarak perjalanan yang ini lebih jauh berbanding jarak Nibong Tebal – Terengganu . Wohohoho … larat tak larat jer . Dah le most of the time meriba anakanda . Tak maunye si Zaid tu duduk sendiri dalam car seat . Sabor je ler ….
And then dari Melaka pula kami balik ke Kampar – Ipoh dan Nibong Tebal . Yang ini boleh tahanlah , 4 jam perjalanan (Melaka – Ipoh) sepanjang-panjang highway saje . Tak ade jalan bengkang-bengkok macam ular kena palu . :p
What a journey , huh ? Apapun , seronok lah berjalan-jalan makan angin sambil tengok negeri orang kan … untuk surirumah macam saya ni , dapat le refresh sikit otak yang termendap ni . Hehehh ~ Bukannya tak bawak notebook (lappy kecik) , cuma takde mood nak bertenet . Mode bercuti-cuti Malaysia le katekann … :p Komen2 kome kat entri sebelum2 ni saya just bace je dulu,belum reply . Emel pun setakat baca sambil lalu jer . Laen2 sume melayang ke Laut China Selatan :p .
Yang bestnye , bile online balik di rumah , dapat emel dan notification yang baik2 belaka . Tu yang mood online mari semula . Alhamdulillah :) . Nak siapkan entri ni pun memakan masa berjam-jam (bukanlah terus-terusan non-stop , tapi bersambung-sambung dari waktu ke waktu :p) . Tunggu next entrylah baru bukak story baru ni yer .
Yang tak berapa syioknye , beberapa wishlist yang tak dapat ditunaikan seperti ;
  • nak makan satar (makanan spesel org pantai timur) ,
  • nak makan lempuk (seakan-akan dodol tapi dibuat daripada durian) ,
  • nak gi Pasar Payang ,
  • nak gi Mydin Mall (erk?:p) ,
  • nak main2 air tepi pantai ,
  • nak tengok2 Bandar Melaka ,
  • hoi banyaknye ! udah2 le tu :p

    inilah satar ikan ganu ... pic credit to Google

    lempuk durian ... pic credit to Google

    ish ish ish ... ada ka patut .... credit to Google oso !

    Tak mengapelah … yang paling penting dapat berjumpa kaum keluarga , selamat pergi dan selamat pulang . Anak2 saya pun alhamdulillah tak banyak buat karenah . Setakat menangis sikit2 tu biaselah , adat bebudak … sepanjang perjalanan pergi dan balik tu kami berhenti-berhenti untuk ambil petrol . Atok depa belanja kudap2 (jajan) . Bekal air minum dan sedikit jajan memang saya dan Opah bebudak ni dah bawa siap2 . Maklumle , ada budak2 kecik ni , macam2 ‘perisai’ nak kena pasang :p .
    Oklah . Dah penat menaip ni . Layan pic sikit jelah yang mane ade dan sesuwei yer …

    ce teka ... kat mane ni ?

    amacam ... dah nampak ke ?

    kalau tak tahu , tunggu jawapan later ! ;)

    Maklum je lah , kamera bukan DSLR ni tak sharp gambo nyer . Tambah pula snap pics waktu malam .
    Tak banyak pun snap gambo kali ni , orang bukan addict dengan gambor katakan …. :p

    sang ayah mithali melayan anak2 bermain ;)

    lawak betul si Abang terjerit-jerit main buai laju-laju :p

    Pic ni ketika bersiar-siar ambik angin di Taman Awam Lagun Kuala Ibai , satu kawasan dengan Masjid Terapung a.k.a. Masjid Tengku Tengah Zaharah .

    credit to cutiganusokmo.blogspot.com

    Kami tak sempat masuk masjid ni . Cuaca terlalu panas terik , so lepas makan2 rojak , sate , minum2 bawah pondok yang menghadap lagun tu , kami balik je rumah . Eh , suamiku dan familynye pegi solat Zohor di Masjid Kristal pula . Memang tak jauh dari rumah adik iparku . Saya dah pergi sebelum ni so tak terkilan sangatlah tak ikut sama .
    Dan …. yang penting …. dapat ‘tapau’ ini sikit ! Kire macam tak sampai Ganu kalau tak dapat ni wooo …

    pic credit Google sokmo :p

    *Sekarang ni semua kedai menjual kepok (keropok) lekor di Losong menggunakan signboard biru begini .

    21 comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *