Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Sudah rezeki Anuar Zain …

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Sudah rezeki Anuar Zain …

anuar zain sedetik lebih lagu terbaik aim 18

 

Hai betullah kata pepatah … kalau sudah rezeki , takkan ke mana . Begitulah halnya dengan penyanyi popular lelaki yang seorang ini , Anuar Zain . Lagu hit beliau “Sedetik Lebih” telah mengambil alih gelaran Lagu Terbaik AIM 18 yang sebelum ini dipegang oleh lagu “Penakut” nyanyian Yuna . Ya , sedikit kontroversi di situ … tapi malas saya nak tambah² lagi :p .

 

anuar zain sedetik lebih lagu terbaik aim 18

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain berharap pengumuman kemenangannya melalui lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim tidak menimbulkan sebarang pertikaian selepas anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) pada awalnya diserahkan kepada lagu Penakut ciptaan Yunalis Zarai atau Yuna.

Kata Anuar, dia tidak mahu dengan pembetulan ini akan menimbulkan fikiran negatif terhadapnya atas kemenangan Yuna pada malam AIM 18 pada 12 November lalu.

“Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut.

“Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu ‘Penakut’ sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka,” katanya pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.

AIM 18 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Pada malam tersebut, lagu Sedetik Lebih telah memenangi kategori Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki).

Kata Anuar, dia menganggap perkara tersebut sebagai kesilapan besar yang sememangnya boleh menjejaskan kredibiliti seseorang artis yang tidak bersalah.

“Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut.

“Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja,” katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya dia menerima penghargaan tersebut dengan berfikiran positif agar dapat membantu industri seni pada masa akan datang.

“Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif.

“Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan,” katanya.

-Sumber

 

Haaa … tak payah gaduh-gaduh yer … deme ni profesional . Yang tak profesional nya …. ?? ;)

Personally , saya sokong kemenangan lagu Sedetik Lebih ni .

 

 

16 Responses

  1. puanbee says:

    tapi kesian yuna, sepatutnya tak ade kesilapan ini ..

    nis dah lama nak tanya , apa yang letopkan ranking blog tu ?

  2. ciksembang says:

    weh.. kita pun nak bisik sama..

  3. Denaihati says:

    simpati kat Yuna, respect kat Yuna xmudah melenting, xde plan nak saman menyaman. mungkin ade hikmah disebalik penarikan balik trofi ni.

  4. puan kutu says:

    emm terkejut juga dengar..sepatutunya mana boleh ada kesilapan..

    kesian yuna..tp mmg dh rezeki abg nuar kite!hehe..

    pstt bisik sama kutu juga yer hanie n bee..:)

  5. Yati says:

    Hi Hanie!
    Tu la ye, mula-mula musykil juga radio Era asyik pasang ‘pemenang sebenar’. Camana la boleh silap camni. Kesian kat Yuna juga. Tapi kak Yati pun lebih suka lagu Sedetik Lebih. :)

  6. kakyong says:

    Respek sama Yuna kan.. bagus jika semua artis mcm ni.. x cepat melenting..

    as x-Accountant, kakyong hangin betul dgn EY yg antor staff yg tdk berpengalaman & tdk diselia dgn baik.. hampeh, buat malu profession internal audit jer.. #hangin la sbb kakyong pun x-EY jugak.. memang geram kalo ade staff yg x reti nak kekalkan profesionalism & buat silap.. lebih2 lagi dlm prog yg berprestij mcm ni.. kita faham jika manager nak ade staff dlm team dia yg dpt pengalaman baru, tp kalo tak cukup briefing & kerja tak disemak oleh penyelia, memang satu kesilapan yg sgt2 memalukan..

  7. syamila says:

    benda dh jadi pun kan…harap2 lepas ni tk de la jadi lagi…wat malu je…

  8. […] Sedetik Lebih brader Anuar Zain ni akhirnya . Tahun ni menang besar juga ya Baru² ni memenangi anugerah Lagu Terbaik AIM 18 Layanlah video kejap …Mendayu-dayu seperti biasa lagu tema filem Merong Mahawangsa ni … […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *