Review drama episod akhir JUVANA

 

Salam bertemu kembali …. :)

Apa peliknya saya ni kan … episod drama yang akhir aje nak review … ;) Drama hangat masa kini , JUVANA lakonan Zahiril Adzim dan ramai lagi barisan pelakon baru yang berbakat ;) .

 

 

Saya boleh dikatakan follow jugaklah drama ni tiap² minggu tapi sesekala tu termiss jugalah . Mujur ada blogger yang rajin buat review setiap episod , maka dapatlah juga saya follow cerita tu walaupun ketinggalan keretapi :p .

 

 

 

Untuk episod akhir JUVANA ni , saya saje² nak buat review sikit berdasarkan apa yg saya tonton dan faham … (tengok pun dah start cerita suku jalan … dan ada scene yg terlepassss … )

 

 

# Sejak baca review pertama kali yg mengatakan En.Raja seorang warden yg JAHAT , saya masih kurang percaya sehinggalah menonton 2 episod terakhir drama ini … mmg ketua samsenglah En.Raja ni … heh ~

 

# Semua budak² JUVANA kecuali Botak berpakat bersama-sama Cikgu Zakiah untuk  menentang warden dan konco²nya (Botak dan Cikgu ape nama tu .. nampak je baik rupe²nye setan jugaks …)

 

# Cikgu Zakiah ditangkap dan dikurung oleh En.Raja dan konco²nye dan ketika En. Raja tak ada , dia sempat cuba brainwash @ pengaruhi minda cikgu muka-baik-rupanya-jahat dan si Botak yg En.Raja seorg yg pentingkan diri sendiri shj.

 

# Adegan pergaduhan dan pergelutan berlaku dan Daim ditikam , mujurlah hanya di bahagian tepi badan saja . Botak juga cedera di bahagian kepala . Walaubagaimanapun mereka dikurung semula di dalam lokap .

 

# Cubaan melepaskan diri kali kedua berjaya , berkat kata² semangat daripada Daim . Biasalah … hero drama kan … :p

 

 

 

 

# Cikgu-muka-baik-rupanya-jahat tu pegi ke bilik warden dan mendapati warden sedang bersiap² nak melarikan diri . Warden berjaya memutar-belit fakta dan mengajak cikgu tersebut lari bersama-sama Cikgu Zakiah .

 

[Scene selepas ini saya terlepas …. oh]

 

# Akhirnya Botak ditangkap . Botak sudah menyesal dan meminta maaf kepada semua . Cikgu Zakiah , Daim dan kawan² lain beri semangat untuk membela Botak dan akan mendakwa warden sebagai dalang di sebalik semua itu .

 

# Daim dibebaskan dan 10 tahun kemudian kembali semula ke sekolah itu sebagai tenaga pengajar di samping Cikgu Zakiah .

 

 

Sorry lah , review seringkasnya dari saya … diulang sekali lagi , sebab ada babak² yang saya terlepas kerana melayan anak² makan dulu … ibu mithali katakan …. sila muntah pink :p

 

Incoming search terms:

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *