Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru

Salam,

Denaihati mungkin sudah tidak asing lagi dalam dunia blog, penjenamaannya semakin kukuh kini dengan wujudnya aplikasi untuk Android dan iOs. Saya sudah install untuk iOs. Anda sudah?

Pada masa kini, media sosial lebih mudah digunakan dalam android dan tablet. Satu langkah yang bijak bagi Denaihati dan team nya kerana berjaya menghasilkan aplikasi khas untuk menawan pembaca-pembaca di medium yang agak popular. Syabas dan tahniah diucapkan.

Beginilah paparan aplikasi Denaihati di telefon pintar saya. Muka hadapan sekali okay. Mudah nak cari ;)

image

Klik saja aplikasi Denaihati, paparan ini akan terpampang. Hijau sebagai warna temanya, memang menyenangkan mata memandang. Sejuk. Pilihan warna yang baik.

denaihati

 

Butang Blog, Faceebook, Youtube, Twitter dan More di setiap paparan aplikasi Denaihati.

Klik pada butang Blog, dapatlah membaca entri terkini dari blog Denaihati. Kelihatan beberapa AJK Kiah Propa di situ… jelesss saya tak dapat turut serta.

blog

 

Klik butang Facebook, akan muncul 3 tab di situ mewakili 3 pages kelolaan Denaihati iaitu page Denaihati.com, page Denaihati Network dan page Hidupkan Untuk Memberi. Marvellous ;)

FB denaihati image

 

Mari klik butang Youtube pula. Jangan tak tahu, Denaihati pun ada channel Youtube sendiri ya ;)

Video² testimoni untuk kelas WordPress anjuran Akademi Denaihati ada di situ. Video cik abang ni terpilih secara random yer.

youtube denaihati

 

Next. Butang Twitter. Siapa ada akaun Twitter silalah follow tweet Denaihati.

 

twitter denaihati

 

Last sekali butang More. Akan muncul paparan begini;

aplikasi ios denaihati

 

Akaun Instagram Denaihati kendalian tuan Mohd Ilham begini rupanya;

instagram denaihati

 

Banyak gambar menarik hasil pengembaraan tuan Mohd Ilham serata dunia.

Bagi yang tidak tahu apa itu Instagram, ia adalah laman media sosial untuk penggemar² fotografi. Pandangan peribadi saya sendiri, Instagram merupakan salah satu media sosial yang agak saya minati dan sedang berjinak-jinak membuat jualan online di situ. ;)

 

hubungi denaihati

Hubungi Denaihati

 

Last sekali review bagaimana untuk mencari Akademi Denaihati melalui butang “Find Us”. Klik sahaja pada alamat tersebut, dan aplikasi Maps akan memberi arahan jalan untuk ke Akademi Denaihati. Senang nak ke Kelas WordPress nanti.

 

find us

 

Kesimpulannya, aplikasi android/iOs Denaihati memang sempoi. Mudah diguna. Kemas. Terbaik. Loading pun laju.

Selamat maju jaya diucapkan.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *