Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Makan-makan @ Restoran Abi Ahmadi: 4 tema dalam 1

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Makan-makan @ Restoran Abi Ahmadi: 4 tema dalam 1

*Nota: Restoran ini telah ditutup & diganti dengan restoran lain pada Disember 2014. Entri ini ditulis pada Okt. ’12

Sempena birthday saya tempoh hari, encik suami bawa saya makan-makan di Restoran Abi Ahmadi ni. 4 dalam 1 temanya… Ada makanan Arab, Pakistan, Western dan Thai. Lain-lain tukang masaknya. Memang nampak larislah restoran baru ni. Tempatnya di Taman Pekaka, Nibong Tebal, seberang je dengan pintu masuk utama USM. Dan sangatlah dekat dengan taman perumahan kami… Student arab pun memang ramai kat sini, tu sebab restoran ni laku.

Kami nak order Nasi Beriyani yang digembar-gemburkan sangat sedap itew… Tapi tak ado rezeki, sudah sold out… tinggal kerak je kot. Kihkihhh… So saya ambik Nasi Mandy + Kambing. Sodap jugak. Kiranya baru juga menyantap nasi mandy masa ikut suami ke KL itu hari. Dah jodoh dgn nasi mandy, redho je lah… orang nak belanja kannn…. ;) Dan di hari special itu encik suami dengamn sukarelanya berjaga hingga lewat malam untuk meraikan birthdayku… So sweet…. *selalu beliau tido awal maa….

 

 

Yer…. resit itu bukti ;)

 

 

Pic sengaja diblurkan… tuan tanah kedaung a.k.a. birthday girl (adeh, macam budak kecik je! :p) tengah nak bersantap…. 3 air spesel itu sgt bestt… Sesekala kan, ambikle ice blended Latte, Mocha dan Guava (jambu yg pink tu). Paling sedap ialah Mocha. Gelasnya tinggi². Minom sampai kembung² perut okeyy…

 

nasi mandy

 

Perkenalkan…. Nasi Mandy dengan lauk kambing (dalam foil) … Masakan Arab ni :) Hampir sama je rasanya dengan yang di KL tu (Restoran Al Diafah – tapi saya tak update :( )

Gitulah kesahnya di hari istimewa, setahun sekali :)

 

baby sorang ni dok melayan kucen… ;)

Incoming search terms:

 

11 Responses

  1. akubiomed says:

    Senang kalau semua menu boleh dapat setempat. Selamat menyambut hari lahir. :-)

  2. donnyien says:

    selamat menyambut hari lahir.. meriah betul, makanan nampak sedap2 :)

  3. puan kutu says:

    ohh ada restoren ekk kt situ..tak perasan plak..kutu tak minat sgt makanan arab nie.jd agak2 ntah bila nak smp restoren tu..

    oh ye..hepy belated besday hanie..:)

  4. Ummi Hanie says:

    mkn besarr… hehe. xdela besar sgt bard, biase2 je… utk 2 org dewasa :)

  5. Ummi Hanie says:

    haha… sabar ye… perut kita mmg terangsang utk rasa lpr bila tgk mknn sedap2 kan ;)

    ya, sy dah balas lawatan ;)

  6. faiz says:

    salam..puan, restoran arab abi ahmadi taman pekaka telah ditutup..skrg sya owner baru, & nama terbaru adalah RIZQ ARABIC CAFE…boleh ke sya mohon puan utk review restoran sya..pe2 bleh email @ cl sya, faiz-0174123816

    • Ummi Hanie says:

      wslm, ye sy baru perasan nama restoran dah berubah kelmarin ketika lalu taman pekaka

      insyaAllah ada kesempatan sy dtg ke restoran ya?

      atau tuan Faiz boleh beri sy details restoran utk sy review. terima kasih

      emel sy: admin@ummihanie.com
      sms/whtsapp: 018-4027399

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *