Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Resepi mudah Talapia Sweet Sour

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Resepi mudah Talapia Sweet Sour

Resepi mudah Talapia Sweet Sour | Itu hari saya live blogging saja untuk entri menu tengahari yang sangat ringkas lagi mudah tapi SEDAP.

Tak sangka pula ada yang minta resepi… haha…

Talapia Sweet Sour….

Bahan-bahannya hanyalah;

bawang besar,

bawang putih,

halia,

cili kering (direbus & dikisar utk dibuat cili boh),

serai,

daun limau purut

sedikit air asam jawa

*nota: andaikata tidak berkenan menggunakan cili boh, boleh juga gantikan dengan sos cili/sos tamato atau gabungan kedua-duanya :)

Macam biasa, hiris bawang besar + bawang putih + halia + cili boh + ketukkan serai… lalu ditumis sehingga wangi.

Masukkan air asam jawa.

Goreng ikan siap-siap.Tepikan.

Senang je masak-masak style saya ni… haaa…

Ok dah tumis siap tadi, maka jadilah sos sweet sour.

Tuangkan je atas ikan yang dah digoreng siap tadi… Mandikan dia! :D

Hiaskan sikit dengan daun salad sekelilingnya… terpulang kalau tidak mahu pun tak apa.

Tapi, bila dihias, makin menariklah kan?

Perasaan nak makan pun melonjak-lonjak :D

Meh layankan koleksi gambar² ikan masak sweet sour dalam simpanan foto kami…

siakap sweeet sour

ini ikan Siakap sweet sour air tangan suami tersayang. :) nampak tu kesan sudah dijamah oleh si bini yang tak sabar2 nak merasa hasil masakan suaminya :p

 

Ye, yang di dalam gambar tu Siakap Sweet Sour.

Apa saja ikan pun yang sesuai dimasak sweet sour, resepinya sama saja.

Mungkin style berlainan sikit untuk lain-lain orang,

Ada orang suka letak potongan nenas, hirisan lemon/limau…

 

 

ini Siakap sweet sour versi kedai ikan bakar okeyyy....

ini Siakap sweet sour versi kedai ikan bakar okeyyy….

Okayyy…. finally! Talapia Sweet Sour air tangan saya…. :)

talauria sweet sor

Talapia sweet sour… air tanganku :)

Saya saja letak bawang besar dipotong bulat dan lobak merah dipotong dadu sebagai hiasan…

bawal masak sambal

ini Bawal masak sambal. sorry lari topik tapi nak menyibuk di sini jugak, tak kira :p

Incoming search terms:

 

34 Responses

  1. akubiomed says:

    Yang gemar makan boleh merasa resepi yang dikongsikan.

  2. Raudzah says:

    Wah sedapnya..melting tengok gambar kat atas ni…kita suka siakap sweet &sour ni..

  3. mummy dina says:

    oo..x payah pakai sos ye..macam senang je resepi ni..nak try la nanti…tq ye :)

  4. Hero Borneo says:

    wow..memang nampak sedap la..

  5. onlajer says:

    wah suka saya denga resepi ringkas – ringkas ni , orang lelaki pun boleh buat macam ni

  6. myliferia says:

    macam yang jual kat restoren….terliur dah rasa :)

  7. suri says:

    bahan mudah dan cepat nak siapkan alhamdulillah

  8. Hafizul says:

    Tak pasal-pasal isteri kena dera malam ni masak masakan ni..hahaha…terliur dah ni..talapia memang feveret saya..

  9. Denaihati says:

    nampak sedap sangatlah ni. potongan bawang besar tu pun bergaya.

  10. ainun says:

    boleh buat ni nak buka puasa ;)

  11. Fyda Noh says:

    Thanks dah kongsikan resepi yang simple dan best ni.
    Dulu mertua tinggal sama, so dia yang masak. Sekarang dia dah balik kampung kenalah masak sendiri. Hari-hari dok goreng ayam je.. haha

  12. Safiya says:

    best nye. nampak simple je… actually kalau fikir mudah jadi mudah lah nak buat tu.. selalu saya goreng je ikan sebab takut anak anak tak makan yang berhias hias ni… tapi sekali sekala apa salah nya cuba kan :)

  13. Mus says:

    salah timing pula tengok gambar ikan talapia sweet sour ni.. terus bertambah lapar.. hihihi

  14. titan says:

    mana nak cari talapia memalam ni haa..

  15. Capungmerah says:

    Hemmm….bikin lapar saja ini… bisa dicoba ini resepnya mbak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *