Rentetan kelahiran Muhammad Huzaifah

by Ummi Hanie on December 6, 2011

in Cerita Anak-anak, Keluarga

Sudah hampir habis pantang barulah saya siapkan cerita baby baru ni.Tak apalah … jangan tak ada langsung sudeh ~ Okeh sebelum saya kehilangan lebih memori (maklumle dah veranak 5,banyak urat dah putuih :p ) , lebih baik saya coretkan sedikit rentetan kelahiran baby Huzaifah yang saya cuba ringkaskan agar tidak menjadi terlalu panjang lebar .

 

Sabtu 29 Oktober ’11 :

Suami bawa kami sefamily + my mom jalan² area Prt.Buntar , cari brg² keperluan my mom sebenonye … Antara aktiviti paling ‘extreme’ utk seorang yg bunting sarat ni ialah turun naik tangga kedai langsir sebanyak 4 kali . Hahah ~ Bagusle tu..exercise kasi senang bersalin insyaallah … Dan selepas selesai semua urusan kami lunch di sebuah kedai makan kegemaran kami ;)

 

Ahad 30 Oktober ’11 :

Selepas subuh : Saya mula mengadu pada mak saya yang perut ni dah rasa lain macam.Baby menyondol ke bawah kuat drpd biasa.Kerap² pula tu.Hari² lain tak ada pun macam tu.Mak saya kat , ni mungkin sebab semalam dok turun naik tangga kedai tu so ada kemungkinan boleh terberanak ni.Dahlah org laki takdak kat rumah.Hubby & abah saya selesaikan urusan pindah rumah di Ipoh.

Pagi tu dalam sakit² pun saya masih sempat menyiang ikan dan goreng sekali untuk makan pagi hingga tengahari.Mak masakkan nasi lemak yg sangat sedap :) .

Then … Saya masih dok mengadu kat mak saya sebab macam sakit² perut lain macam jer.Mak saya dah mula risau.Dia suruh saya call habby kat ipoh suruh balik secepat mungkin.Saya call tapi saya tak suruh pun hubby balik.Baikla sangat mak buyung sorang ni kan..kesian tak sampai ati nak suruh hubby balik kelam-kabut :p . Udahnye mak saya yang cakap dgn abah saya dlm tepon dan abah saya suruh hubby saya balik dan² tu jugak.Hubby masa tu tengah cabut tiang langsir kat umah parents saya.Baru sempat cabut sebelah je.Dengar je abah saya suruh beliau balik,terus turun tangga dan masuk kereta.Pecut balik ke Prt.Buntar.

11 tengahari : Hubby pun sampai ke rumah,mandi kejap dan lepas tu bawa saya dan 3 orang anak (Abang,Munirah & Zaid) ke klinik bersalin di Permatang Pauh.Kami memang dah planned nak bersalin di Klinik Bersalin Muslimah tu.Semua staf nyer perempuan belaka.Ada la sorang dua staf laki tapi tak terlibat langsung di labour room ;) .

 

11.30 tengahari : Selamat sampai ke klinik bersalin.Alhamdulillah.Jalan lancar je,takde kesesakan lalulintas.Kami terus je tuju ke bahagian bersalin sebab di situ ada 2 bahagian ; klinik biasa dan klinik bersalin.Nurse pun terus suruh saya masuk untuk cek bukaan pintu rahim.Masuk bilik tu pun dah mula terbayang saat² bertarung nyawa nak bersalin.Kecut semua ada walaupun dah nak masuk anak ke-5. Haha ~

Bukaan dah 4-5 cm rupanya.Memang patut le mak saya suruh hubby saya balik cepat² kan?Ikutkan saya,saya sanggup je tunggu hubby balik tengahari tu bila beliau dah selesai kemas² rumah di Ipoh tu.Makanya saya terus kena admit masuk wad.Kiranya anytime saje dalam hari itu saya akan bersalin.Hati sudah makin berdebar²,tapi bukanke itu yg saya tunggu² sangat sebelum ni? Hehehe ~ tak sabor² tunggu masa nak bersalin sebab tak larat dah mengusung perut yg memboyotnye amat iteww :p

Kami pun masuk ke kamar bernama Siti Khadijah.Satu katil,lengkap dengan bilik air.Selesa. :) Kami berkelah makan nasi lemak yg mak masakkan pagi tadi.Oh sungguh enak sampai tak cukup pula rasanya bekal nasi tu.

 

12.00 tengahari : Suami dan anak² pulang … tinggallah saya seorang …

12.30 tengahari : Sedang kuberehat-rehat di atas katil wad sambil menonton TV , datanglah seorang doktor bersama seorg nurse.Saya kenal doc tu sebab masa 1st time check-up kat situ,dialah yang bertugas  tapi of coz la dia tak ingat kat saya kan.. Ingatkan depa dtg nak cek bukaan lagi,rupa²nya nak pecahkan air ketuban . Saya ni jenisnya pemalu sikit nak bertanya².Redho ajelah .. hehe :p So pecahlah air ketuban dgn jayanya … saya sangka sakit kontraksi yang kerap² tu akan terus datang , rupanya tidak.

 

3.00 petang : Alhamdulillah dpt solat zohor sebelum bersalin ni. Asar pun tak lama lagi dah.Saya punye harap,janganlah bersalin ketika saya masih belum solat ketika waktu solat sudah masuk.Saya pun berjalan mundar-mandir dlm bilik tu kununnye nak mudah/cepatkan bersalin.Heran juga,lambat pula kontraksi yg kerap² tu dtg … hmm~ Maybe sebab sebelum ni 2 kali berturut² bersalin kaedah induced so sakit tu mai cepat la.. kali ni saya memang takmo apa² ubat kecuali kalau keadaan memaksa .

Nurse jenguk ke bilik tanya kot² saya dah sakit² atau ada rasa macam nak buang air besar.Dia tak bagi saya pegi buang air besar tanpa maklumkan mereka terlebih dulu sebab katanya dah masuk anak ke-5 takut terberanak pula dalam bilik ayor … huhu … Katanya lagi 15 minit dia dtg semula utk bawak saya masuk ke labour room. Alamakk..gabra dahh saya asik dok tengok jam jer dah … :p

 

5.30 petang : Tup² tak mai pun nurse tadi tu… tapi mmg heran juge sbb kontraksi tu belum mai lagi.Risau lak bby dlm ni dah lemas sebab air ketuban macam dah habis keluar je rasenye.Oh ya,nurse ada mai jugak tapi sama² doc untuk cek jantung bby.Alhamdulillah still ok je … Solat asar pun dah selesai,hubby pun dah dtg semula bawa semua anak² dan my mom sekali.Waktu ni dah rasa sakit lebih sikit dan muka saya dah mula berkerut² sikit,tapi ianya tak kerap.Sesekala saja …dan saya banyak duduk je tepi katil tu.Macam takut je nak baring,entahlah nape …

5.45 petang : Nurse datang untuk ajak saya ke labour room sebab dah hampir 6 jam tunggu sejak lepas pecahkan air ketuban.Katanya terpaksa induced sikit (masuk ubat pencetus kontraksi) . Alamakkkk … terpaksala kuredha demi keselamatan bayi dlm perut ni.Dlm labour room tu saya dok bersembang² lagi dgn staff nurse yg baek tu sambil duduk atas katil.Saya masih tak mau baring.Bila dia tengok saya terkerut² sakit , dia pun pergi ke luar sebentar.Then mak saya pula masuk.Mujurlah mereka (mak,suami n anak²) belum balik dan sempat tunggu saya bersalin sekejap.Staff nurse tu kata saya akan bersalin tak lama lagi sebab ini anak ke-5 , insyaAllah mudah lah … amin amin amin … lega sikit mendengornya .

6.10 petang : Doc pun masuk dgn sorang nurse lain (bukan staff nurse yg tadi) maka bermulalah ‘pertarungan nyawa’ tanpa ditemani suami tercinta kerana beliau perlu menjaga 4 lagi kanak² riang di luar sana . Mak saya tak berapa sihat utk jaga mereka semua seorang diri.Tak mengapalah,mental saya mmg dah ready sejak awal ;) . Dan … sangat lega bila doc kata bukaan dah 8 cm .. syukurrr…! Bermakna,tempoh untuk bersalin tu tidaklah akan jadi terlalu lama. Terkenang ketika nak lahirkan Zaid dan kakaknya Munirah dulu … lamaaa benor rasenye nak tunggu bukaan 8-9cm tu. Salah satu faktornya sebab kaedah induced , masuk ubat awal so sakitnya jadi lama sikit.Tu sebab saya serik nak induced lagi.

 

6.30 petang : Lahirlah seorg bayi lelaki yg sihat dgn berat yg sederhana iaitu 3.2 kg. (Saya kata sederhana sebab anak² yg lain kesemuanya lahir dgn berat 3.4 kg ke atas. Paling semangat ialah 3.9 kg.Wuhuhuhuuu ~) Lega sudah … syukur ! Segalanya dipermudahkan berkat doa suami,family,saudara-mara,kawan² & kalian semua …. :) SYUKRAN !

 

first day melihat donia..

first day melihat donia..

 

Walaupun kali ni terpaksa induced juga,tapi tempoh sakit dan bersalinnya tak lama sebab bukaan dah 8cm kan … Berkat baca surah Maryam juga mungkin ;) .

 

Saya cuma stay di klinik tu utk satu malam saja . Esoknya , 1 November ’11 genap 24 jam admit,kami dah cabut ;) .

 

Jom … dah penat baca ? Layankan gambar² pula …

 

 

Lebat rambutnya. Dah panjang pun mencecah ke dahi semasa lahir .

Genap 7 hari, hubby bersama-sama pak mertuaku cukurkan kepala Huzaifah . Licin sudah ~ Ouh , kami tak pernah adakan majlis cukur jambul @ masuk buaian dan sebagainya. Just cukur sendiri macam ni,kemudian pergi timbang rambut di kedai emas untuk tentukan nilainya dan kemudian sedekah kepada mereka yang berhak mendapatkannya …

 

 

huzaifah

 

Sebenarnya saya nak buat kolaj gambar baby Huzaifah ni tapi tak siap lagi sepenuhnya. InsyaAllah di lain entri ;) .

 

Tu dia . Kata nak cerita secara ringkas , tapi mesti jadi berjela juga . Terima kasih korang sebab sudi baca coretan memori anak² saya ni .

 

p.s : Catatan waktu yang dipaparkan di sini tidaklah terlalu tepat , saya buat anggaran lebih kurang je … ;)

p.s.s : coretan pengalaman bersalin sebegini bukanlah berniat nak buatkan kalian rasa seram/ngeri/takut nak bersalin yer … ;)

 

Incoming search terms:

{ 36 comments… read them below or add one }