Reaksi abang kakak dapat adik baru
Salam & Hi semua,
Semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik. Amin…
*Nota peribadi: sudah masuk hari ke-20 berpantang alhamdulillah. Kali ni tak terasa stress sangat berpantang, kenapa ya? Bukanlah nak minta stress tu datang, tapi pengalaman berpantang yang sebelum² ni rasa macam lebih sikit stressnya… biasalah, post-natal blues kata omputeh… Minda kita kena pandai mengawal serba sedikit yer ;) dan peranan suami juga banyak membantu. Serius ~
Bagaimana reaksi abang² kakak² dapat adik baru?
Semestinyalah abang dan kakak² yang besar berasa teruja nak dapat adik baru. Hari saya admit masuk wad bersalin tu, sampai demam² si kakak sulung… and then diikuti oleh adik² yang lain.
Abang² kecil macammana reaksi mereka? Maksud saya, Zaid dan Huzaifah, dua hero atas baby Muaadz tu. Ok, abang Zaid nampak happy je dapat adik baru. Manakala Huzaifah, kali pertama dapat adik, mesti ada sedikit rasa cemburu, iri hati kerana tempatnya sudah diambil alih. Akan tetapi, dia pun happy juga dapat adik. Hari² terawal ketika bawa baby pulang ke rumah sahaja yang Huzaifah buat ragam sikit. Biasalah tu… minta perhatian. Oleh itu, kita berikan dia perhatian macam biasa… baby kecik tak tau apa lagi kan… dah menyusu, tidur, tingggalkan dulu dalam playpen dia. :)

3 anak laki berderet (hatrik)

huzaifah, muaadz, zaid
Gambar adik beradik semua complete dengan baby Muaadz belum ada. Nanti² kita update lain insyaAllah :)
15 Responses
congratess hanie.. muaadz so cute.. comelnye anak2 hanie cam arab laa
Thanx mama pipie… Lama x nampak… :)
Ahakss.. Mcm arab ke… Celup2 je :p
haahlah…betul tu…macam ada iras2 anak pak mak arab…
Haha… Iyelah tu :)
Tahniah kak dapat cahaya mata yang ketiga ni. Comel gambar anak-anaknya tu :-) Tiga-tiga hero. Hehe
terima kasih… ini yg keenam :)
sikit-sikit jeles mesti ada, yang besar pulak mesti sibuk nak gomol….heee
ye betul… normal lah kan ;) gomol takpe lg, jgn cucuk2 mata… ngerii….
Ini mmg betul2 happening…hatrik boy…mmg meriah habislah =)
comey2 belake!
Happening ek.. Hehe. Dah lama pula tak merasa dpt baby girl
comel-comel semuanya yekk..
Syukur kan cikgu…
untungnya ummi ada 3 hero…senang nanti…semua dah macam2 anak2 Arab dah….hensem2…
bukan 3, SA but 4 heroes. hihi… 2 jer heroin.. syukurlah
mcm ank arab ek… ikut ummi depa masa kecik2 kot… haha~
wahh meriah rumah… anak laki berderet memang berdentum dentam rumah dengaq bunyi berlari ke sana sini hehe