Reaksi abang kakak dapat adik baru

Salam & Hi semua,

Semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik. Amin…

*Nota peribadi: sudah masuk hari ke-20 berpantang alhamdulillah. Kali ni tak terasa stress sangat berpantang, kenapa ya? Bukanlah nak minta stress tu datang, tapi pengalaman berpantang yang sebelum² ni rasa macam lebih sikit stressnya… biasalah, post-natal blues kata omputeh… Minda kita kena pandai mengawal serba sedikit yer ;) dan peranan suami juga banyak membantu. Serius ~

 

Bagaimana reaksi abang² kakak² dapat adik baru?

Semestinyalah abang dan kakak² yang besar berasa teruja nak dapat adik baru. Hari saya admit masuk wad bersalin tu, sampai demam² si kakak sulung… and then diikuti oleh adik² yang lain.

Abang² kecil macammana reaksi mereka? Maksud saya, Zaid dan Huzaifah, dua hero atas baby Muaadz tu. Ok, abang Zaid nampak happy je dapat adik baru. Manakala Huzaifah, kali pertama dapat adik, mesti ada sedikit rasa cemburu, iri hati kerana tempatnya sudah diambil alih. Akan tetapi, dia pun happy juga dapat adik. Hari² terawal ketika bawa baby pulang ke rumah sahaja yang Huzaifah buat ragam sikit. Biasalah tu… minta perhatian. Oleh itu, kita berikan dia perhatian macam biasa… baby kecik tak tau apa lagi kan… dah menyusu, tidur, tingggalkan dulu dalam playpen dia. :)

 

3 beradik

3 anak laki berderet (hatrik)

 

 

huzaifah, muaadz, zaid

huzaifah, muaadz, zaid

 

Gambar adik beradik semua complete dengan baby Muaadz belum ada. Nanti² kita update lain insyaAllah :)

Incoming search terms:

15 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *