Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Rancang percutian dengan Matta Fair 2019, Traveloka Saleabration & Kenangan bercuti di Sabah

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Rancang percutian dengan Matta Fair 2019, Traveloka Saleabration & Kenangan bercuti di Sabah

Salam wbt. readers !

Tahun ni ada merancang nak bercuti ke mana-mana?

UH selalunya encik hasben yang buat major planning – booking flight bajet, cari penginapan mampu milik, cari kereta sewa (jika perlu), dan lain2.

Musim panas semacam ni ramai juga rakyat Malaysia yang melancong ke negara2 beriklim sejuk. Tak kurang juga yang suka shopping sambil bawa family makan angin.

Sekarang ni nampaknya UH dah boleh belajar buat planning sendiri dengan aplikasi Traveloka di android ataupun melalui websitenya. Uols dah install ke belum app Traveloka? Moh install lekaih ! Aplikasinya sangat mesra-pengguna. i loikeeee ~

Kebetulan lalu lalang dalam internet ni terserempak dengan website Traveloka yang selalu buat promosi-promosi hebat dengan diskaun yang cukup menarik. Sangat berguna untuk UH yang biasa travel dengan family besar ni. Dapat save duit tiket + hotel, bolehlahhhh spend untuk shopping pula kannnnn :D

Aplikasi dan web Traveloka ni berkonsep All-in-One.  Maksudnya semua ada dalam platform Traveloka. Ada hotel, flight dan yang terbaru tarikan dan aktiviti menarik.

Traveloka sangat convenience. Memandangkan semua ada (flight, hotel, aktiviti dan tarikan menarik) so mudah untuk digunakan kalau nak pergi bercuti, melancong, berjalan-jalan ataupun untuk urusan bekerja.

Dalam Traveloka pun dah ada kemudahan untuk kita tempah hotel mahupun penerbangan atau kedua-duanya sekali. Bukti pembelian pun mudah je either dalam email atau boleh access dari app. Semuanya di hujung jari !

Traveloka juga mengamalkan “Honest Pricing” iaitu takde hidden charge. Harga yang ditunjuk tulah harga yang kita bayar. Dan so far tak pernah lagi ada isu dengan tempahan sepanjang menggunakan app Traveloka ni seperti masalah booking takde or bilik takde. Semua setel, nak tengok resit pembelian pun senang ada dalam senarai history.

Ni contoh ye. Taip lokasi: Penang island. Masukkan tarikh check-in + Duration (tempoh penginapan), jumlah guests + bilik. Tekan jer butang SEARCH tu. Selamat memilih bilik penginapan uols !


So bila nak travel ni ada beberapa perkara penting yang uols kena plan antaranya;

  1. Lokasi beserta nama tempat2 sekitarnya (especially jika melancong luar negara)
  2. Flight booking
  3. Hotel booking
  4. Kereta sewa (jika perlu terutama jika travel tanpa kenderaan sendiri + bawa family)

So terpulanglah nak plan versi BUDGET ke, MEWAH ke, ikut poket masing-masing kannn… Macam UH ni family agak besar, so planning yang BUDGET jugalah supaya dapat berjimat sedikit. Nanti baca pengalaman travel ke Sabah di bawah nanti ya ;)

Matta Fair 2019 & Traveloka Saleabration

Yes, salah satu cara untuk buat travel planning terbaik dan menjimatkan ialah dengan pergi ke MATTA FAIR. Di situ uols boleh cari info tentang lokasi percutian idaman sambil kidnap segala brochures yang ada.

Kalau uols perasan, Traveloka juga ada buat kempen promosi Traveloka Saleabration. Bagi yang tak dapat serbu Matta Fair Promo, boleh la check out promosi dari Traveloka secara online.


So inilah masanya untuk uols tingkatkan penjimatan untuk percutian dengan menggabungkan info dari MATTA FAIR 2019 + Traveloka Saleabration ! Nampak tak nampak tak? Banyakkkk diskaun uols akan dapat dengan cara ni.


Usah bimbang !
Tiada BOOKING FEE dikenakan. Uols boleh batalkan reservation mengikut tempoh yang diberi dan gantikan dengan reservation yang lain. No worries ~

Laman web Matta Fair ada mention yang Sabah adalah Malaysia’s Favorite Destination. Nahhh nak story sikit kesah travel UH dan family ke Sabah pada tahun 2017, total ahli keluarga 9 orang, seorang je missing sebab tak dapat balik dari asrama.

Holiday Sabah 2017

Sangat menarik trip holiday ke Sabah kali ni, tempoh 3 hari 2 malam yang cukup memuaskan. Kami beruntung kerana ada sahabat di sana yang sudi tumpangkan kami di homestay beliau dengan kadar yang sangat rendah. Siap pinjamkan kereta lagi. Banyak dahhh kami jimat. Alhamdulillah ~

Homestay kawan kami tu dahlah dekat dengan airport. Tempat2 menarik pun tak jauh sangat, reachable la gitu. Semestinya ada trip ke Kundasang, kaki gunung Kinabalu dan sekitarnya. Oh kejap, itu trip hari kedua.

Hari pertama kami melawat Rumah Terbalik pertama di Malaysia @ Upside Down House di Tamparuli. Eksaited kemain anak-anak. Ni pun uols wajib terjah. Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 7 malam. Ada Muzium 3D juga di situ.

UH with 6 kiddos, missing 1
pasar terbalik pun hado :D

Next day kami melawat Desa Dairy Farm tengok lembu-lembu ala-ala lembu New Zealand tompok hitam tu. Jakunnyaaa rasa. haha. Sambil tu ambil peluang makan yoghurt, aiskrim dan beli sedikit susu segar. Dapat juga kami tengok proses susu lembu diperah. Anak-anaklah enjoyyy.

Trip selainnya kami melawat kandang kuda di Sabandar Leisure Rides. Seronok anak-anak dan abah depa sekali berpeluang menunggang kuda sebanyak 3 pusingan. Uminya tengok jelahhh dukung baby. Sempat juga kami bermesra-mesra dengan kuda-kuda di situ. Paling takleh lupa, kuda bernama Rio yang sangat jinak dan hampir-hampir menjilat saya. Lucu ~

Trip ke Pasar Filipina pun sudah pastinya ada. Kali ni kami tak beli aksesori gelang-gelang bagai maupun mutiara Sabah, tapi kali ni kami shopping ikan bilis mata biru dan barang2 makanan lain seperti kerepek tanduk dan udang kering yang dikatakan sedap dan femes tu.

Sebelah kandang kuda tu ada Mangrove Park. Hutan paya bakau, yang dibina jambatan untuk pelawat berjalan-jalan di dalamnya. Serius menarik ! Harga tiket masuk kandang kuda dan Mangrove Park ni pun agak berpatutan, siap dengan welcome drinks lagi. Uols wajib ke sini tau.

Last trip kami ialah melawat buaya di Sandakan Crocodile Farm. Pengalaman baru lagi buat anak-anak bila berpeluang tengok pertunjukan bersama buaya yang bapakkkk besar. Seram uih. Dapat tengok acara beri makan pada buaya juga.

Dengan Traveloka Saleabration ni rasanya nak repeat je lagi holiday ke Sabah ni walaupun dah 2 kali pergi holiday di sana beramai-ramai pada tahun 2012 dan 2017.

So uolsss jangan lupa check out salebration tu dalam masa berapa hari lagi tau ! Check semula link yang UH bagi tadi, pastu SAVE siap-siap ahaaaa. Sebabnya rugi kalau tak amik peluang beli tiket penerbangan, tempah bilik hotel time2 ada sale ni. Uols dapat berjimat LEBIH. Try it and believe it and enjoy your HOLIDAY with Traveloka :D

see u again Sabah !

 

2 Responses

  1. hazlan says:

    tiket murah2 matta fair tu… sambar jangan tak sambar…

  2. percutian juga merapatkan hubungan keluarga..
    rugi tak grab promosi percutian tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *