Raih undi untuk satu kategori di MSMW 2014

Salam bahagia.

Malaysia Social Media Week (MSMW) dengan temanya “Engage, Educate, Entertain” ini masih baru akan tetapi sambutannya agak memberangsangkan dari para bloggers pelbagai niche. Ini menandakan bahawa kewujudan komuniti blogger semakin diterima ramai secara rasminya.

msmw

Kali ini, MSMW 2014 bakal berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre. Saya kira event ini lebih meriah berbanding sebelum²nya.

Pencalonan blog ummihanie.com

Untuk MSMW 2014, admin memberanikan diri dengan mencalonkan blog ummihanie.com ini dalam kategori Best Lifestyle Blog. Ye saya tahu kategori ini akan memiliki pencalonan paling banyak. Dan bukan calang² calon pula tu. Pheww… Well, belum cuba belum tahu.

Cubaan mencalonkan blog niche bisnes gagal. Tak mengapa, panjang umur tahun 2015 cuba lagi.

Tujuan utama saya bukan untuk menang, akan tetapi untuk penjenamaan blog.

 

Undian blog ummihanie.com untuk kategori Best Lifestyle Blog

Saya tidak suka memaksa pelawat/pembaca dalam meraih undian untuk MSMW 2014 ini. Jika kalian merasakan blog ini SESUAI atau LAYAK untuk kategori Best Lifestyle Blog, dipersilakan tekan butang “Vote” di laman undian MSMW 2014. Tapi, perlu DAFTAR dahulu ya.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tarikh akhir undian yakni pada 10/2/2014. Punnn saya lewat up entry ini. Tak apa, saya enjoy saja… tak suka stress² ^-^

 

best lifestyle blog - Malaysia Social Media Week 2014

 

Satu hari, hanya satu blog untuk satu kategori sahaja boleh diundi. Serius, agak sukar untuk membuat pemilihan.

Strategi?

Saya tak pasang apa² startegi sangat… mungkin sekadar ping entri kerana masa yang saya ada untuk online agak suntuk.

So mari kita sama-sama membuang undi untuk rakan² bloggers yang blog mereka tercalon dalam MSMW 2014 (termasuklah blog ini yee…) Siapa lagi nak support kalau bukan kita….

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *