Rahsia mandi SUNAT Jumaat

bismillah

Salam Jumaat yang penuh barokah . Tak berseri rasanya hari Jumaat ni tanpa entri-entri berbentuk renungan , muhasabah diri , hadis Nabi dan yang sewaktu dengannya . Jadi , entri hari ini ringan-ringan saja … RAHSIA MANDI SUNAT JUMAAT . Dah mandi ke belum ni ? ;)

Sabda Rasulullah SAW ;

Sesiapa dari kalangan lelaki dan perempuan yang hendak mengerjakan sembahyang jumaat, hendaklah mandi. Dan sesiapa yang tidak berkehendak mengerjakan sembahyang jumaat, tidaklah perlu ke atasnya mandi.


KAIFIAT / MASA MANDI
Waktu untuk mandi sunat jumaat ini ialah bermula dari terbit fajar Sidiq, walaupun begitu waktu yang paling afdal ialah mandi ketika hendak pergi ke masjid menunaikan fardhu jumaat.

 

Mandi SUNAT Jumaat ini juga dikatakan dapat membersihkan dosa-dosa kita dari Jumaat ini hingga Jumaat yang akan datang . Ini peluang yang tidak harus kita lepaskan ! Kerana kita tak sedar berapa banyak dosa dalam sehari yang telah kita lakukan , betul tak ? Tambahan lagi kita umat akhir zaman ni senang sangat nak terlibat  dengan macam-macam jenis dosa – dosa hati , dosa mata , dosa telinga , dll .

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.”

(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud,

“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Nota 1: Untuk mendalami lebih banyak lagi perkara-perkara SUNAT dilakukan pada hari Jumaat , baca di SINI .

Nota 2: Banyak lagi jenis-jenis MANDI yang kalian boleh baca di SINI .

Wallahua’lam . Moga mendapat manfaat daripada entri ini . Silakan share jika sudi .

Ummi Hanie

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *