Puding Laici & Jeli

 

Yumm … yummm … mentang² dah berbuka , perut dah kenyang… :p Buat entri makan² pun taklah terliur sangat !

Yess… Puding Laici & Jeli ni antara puding kegemaran saya dan keluarga juga. Nak buatnya pun teramatlah senang…. kanak² ribena di tadika rakyat pun boleh buat… LOL ~

Bahan² yang diperlukan pun cuma ada 4 jenis sahaja ! Saya bab kuih-muih ni saya tak berapa rajin nak buat sebab rasa macam renyah sikit , banyak bahan , nak kena uli² doh bagai… tapi kalau bab² buat puding ni apatah lagi yang simple dan tak pakai banyak bahan, memang saya ada sikit rajin… Eh , sikit je ek ? :p

Ok sebelum nak turunkan resepi , tayang dulu pic puding yang tak seberapa neh … Puding nya sedap cuma pic je yang kureng sikit ~

 

Ok perhatikan… gambar puding sebelah kanan kolaj (atas) tu adalah sebelum dilapiskan dengan jeli. Saya pakai jeli Nona perisa Raspberi. Memang sangat cocok dengan puding laici ni .

Bahan-bahan ;

  • 6 – 7 biji telur (kalau gred A , 6 biji je dah cukup)
  • 3 sudu besar Susu Pekat (boleh alter sendiri ikut citarasa , nak manis lebih or not)
  • Setin laici
  • Jeli Nona perisa Raspberi/Stoberi
  • Air untuk mengukus

Tu saja ! Sangatlah simple kan ….

Cara buat ;

  1. Masukkan telur + air laici dlm tin  (laici nyer tepikan yer…) + susu pekat dalam BLENDER .
  2. Blendkan bahan² tadi hingga sebati .
  3. Tuangkan bahan² yg diblend tadi dalam bekas anda .
  4. Kukuskan sehingga masak (adunan tadi dah settle = keras) dan keluarkan .
  5. Masak jeli .
  6. Sementara tunggu jeli nak masak , atur²kan buah laici di atas puding yg dikukus tadi m’ikut citarasa/kreativiti .
  7. Bila jeli dah masak , tuangkan atas puding berlaici tadi .
  8. Masukkan puding laici berjeli dalam peti sejuk dan nikmatinya selepas betul² sejuk . Heaven !

Cuma itulah … banyak pakai telur , ala² puding karamel jugak lah kan … Sesekala buat dan makan , tak apa lah . Janganlah bantai makan tiap² hari nanti kolestrol tinggi sapa nak tanggung ? Mueheheheh ~ Kesihatan pun perlu dititikberatkan juga yer ….

Puding ni sesuai dijamu untuk apa² majlis pun . Raya nanti u all nak try buat , silakan lah … Tak sampai berapa minit pun dah siap , sodap pulak tu . Sangat sesuai untuk orang² “bergigi manis” (sweet-tooth) macam saya ni …

Selamat mencuba !

Jom singgah ke blogshop penaja segmen Top Commentator @ UmmiHanie[dot]Com ;

 


 


ephyra ummihanie.com harga kasih sayang

Incoming search terms:

Comments

  1. says

    Senang sangat rupanya…nak cuba buat nanti,bahan dah ada tu.Hanie,kalau nak ganti susu pekat tu macamna?Kat sini susah nak jumpa susu pekat,susu segar biasa banyak.

    • says

      aha , mmg senang banget kak aini …

      hurm , susu pekat tu , cube akk ganti dgn susu cair ke … atau susu segar pun boleh , cume kena tambah gula ikut citarasa akk lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *