Puding Kastad Dengan Pic

Bismillahirrahmanirrahim …

Kelmarin terrajin pulak nak buat puding kastad dengan pic ni.
Dah lama nak buat tapi tiap2 kali nak buat, ada je bahan yang tak cukup. Tak ada buah pic la, next time tepung kastad nak abis la… Last2 berjaya jugak buat tapi terlembik sikit, maybe terlebih air or terkurang tepung kastad. Walaumacammanapun, tastenya tetappp marvellous !! *puji sendiri !! tapi betoi memang sodap.korang kena try ;)

Ekceli ni permintaan seorang kawan yang tengah preggy, hampir sarat jugalah nampak gayanya. Dalam erti kata lain , MENGIDAM…. alahai macam lerr teman ni terer bebenor masak memasak ni . Tak sampai hati rasa tak tunaikan requestnya . LAgipun , diri sendiri pun memang sukaaa sangat2 makan puding2 nih . Sweet tooth la katakan !!

Puding ni agak2 ada dekat setahun tak buat. Mujurle ade simpan resepi. Bahan2nya insyaAllah ingat coz tak banyak. Dan…. insyaallah akan menjadi. Lembik atau keras saje.

 

 

puding kastad pic
setelah ditelangkupkan ….

Haha. Gambar tak menyelerakan ek ? Sorry laaa… tak pakar bab2 snap pics nih. Makan buah pic ok la.

So sebelum diminta (perasannnn..) ini bahan2 dan resepinya ;

  • Susu Pekat – 1 tin
  • Jagung dalam tin – 1 tin
  • Tepung kastad – 3@4 senduk
  • Air
  • Garam – secubit
  • Buah pic – sbg hiasan (dipotong2 sederhana nipis)
CARA2 nya …..
  1. Masukkan setin susu pekat bersama2 air (sukatan : 4 tin susu tadi) ke dalam periuk sederhana besar.
  2. Kisarkan sedikit jagung dan masukkan dalam bancuhan susu tadi.
  3. Bancuh dahulu tepung kastad bersama2 air (sukatan:1 tin jagung tadi). Bila dah larut , baru masukkan ke dalam susu + jagung dalam periuk.
  4. Masukkan secubit garam . Biarkan mendidih. Tutup api.
  5. Hiriskan buah pic secara sederhana nipis dan susun2kan dalam bekas mengikut kreativiti anda. Tuangkan adunan dalam periuk tadi ke dalam bekas berisi buah pic tersebut.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk.

Puding ni sesuai dan saaangat sedap dimakan ketika SEJUK. Bukan cuaca sejuk, maksud saya setelah disejukkan di dalam peti sejuk.

Cubalah !! =) Anda pasti jatuh chenta …….

Incoming search terms:

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *