Puding kastad coklat marble hasil tangan Nisa Surirumah

Salam ceria,

Entri makan-makan harus CERIA okeh :)

Mood nak bikin puding tiba-tiba menjelma. Asik tau melantak je kan…

Sesekala kena jugalah bikin sendiri. Makan pun puas.

Sekarang ni bila nak try masak sesuatu, search guna handphone sahaja.

Jumpa resepi yang sesuai, terus cuba di dapur.

Puding kastad coklat marble ni salah satu contohnya.

Hasil karya Nisa Surirumah haa… ok tak nickname baru? :p

I love anything kastad² nih.

Dasar sweet tooth kannn….

puding kastad coklat marble

Wajah puding ketika di dalam loyang selepas keluar dari peti sejuk…

Lisa Surihani bertudung

Ini Lisa Surihani bertudung. Memang comei.

Bangga kembang² hidung sendiri weh bila marble tu menjadi la juga… setelah beberapa tahun tak mencuba masak puding jenis marble ni.

Setelah dipotong-potong, rupanya macam gini….

puding kastad marble

Letak le dalam pinggan nampak comei sikit….

puding kastad marble

Dapat le sikit pujian dari emak sendiri.

Katanya sedang elok je rasanya. Tak manis sangat, tak berlemak sangat.

Ewahh makcik Nisa Surirumah bertambah kembang hidung ok.

Resepi haruslah share kan…

Tak banyak bahan dan mudah saja. tapi mudah lagi Resepi Puding Laici & Jeli :)

Bahan-bahan 
1 peket agar-agar [37 gm] – rendamkan sebelum merebusnya
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko – bancuh dengan 1 s/b air suam

Cara Memasak 
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendidih tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan 
masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] ke atas adunan coklat tadi.
Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis.

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental…
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik.

Kredit blog my-resepi untuk resepi ni. Tenkyu² menjadi. :)

Yang benar & yang suka makan puding,

Nisa Surirumah :P

Incoming search terms:

39 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *