Prestasi setelah hampir setahun ber dot com

Bismillahirrahmanirrahim …

Ambil berkat hari jumaat ni.

Saya jarang buat kerja²menganalisis report macam ni , tapi dek kerana dah nak masuk setahun menggunakan domain ummihanie.com ni , nak juga siasat sedikit sebanyak prestasinya di samping memajukan lagi ilmu dalam blogging dan SEO , insyaAllah . Persahabatan  tetap diutamakan yer …

Ok dimulakan dengan report statistik dari Awstats (CPanel) dulu ;

Statistik Cpanel bermula dari Mac ’11 – July ’11

Paling memberangsangkan ialah statistik pada bulan Ogos ;

27 – 31 Ogos 2011 tu takde statistik sebab bandwidth habis !

statistik harian sepanjang Ogos '11

Ini pula statistik penuh utk tahun 2011 ;

Nampak di situ , utk bulan Januari dan Februari , tiada statistik langsung kerana saya berpindah hosting. Jadi,kiraan bermula dari bulan Mac.

Psstt … agak² dah boleh ke dapat innity ni ?

Total UV = 67,306

Total Number of Visits = 0.12 juta

Total Pageviews = 0.5 juta

Total  Hits = 2.06 juta

Alhamdulillah , syukur untuk kemampuan blogging saya setakat ini. Tahun 2011 boleh saya katakan sebagai titik mula keaktifan berganda dalam blogging ;) .

* Teruja + kagum tengok Denaihati dan kak Kujie pakai term juta² tuh tapi blog ni masih jauh nak capai tahap depa ;)

Statistik Google Analytics lain cerita pula ;

~ 29 Nov. 2011 – 12 Jan. 2012 ~

Secara rasminya saya start menggunakan Google Analytic ni bermula pada 29 November 2011 . Agak lewat,kan ? Kerana sebelum itu saya memang tak ambil endah tentangnya + tak berapa reti nak tengok , cuma layan statistik Nuffnang saja. 29 November itulah bermulanya kiraan statistik untuk blog ini. Banyak lagi perlu diperbaiki …

Sejak memasang Alexa toolbar ni,diperakui ranking Alexa blog ini meningkat dengan cepat berbanding ketika sebelum tiada toolbar. Terima kasih Puanbee kerana mengingatkan  ;) .

Ranking Alexa dunia : 254,778

Ranking Alexa Malaysia : 1,130

Azam dalam masa 2 – 3 bulan lagi untuk naikkan ranking Alexa dunia dalam ranking 100k ke bawah. Dan 500 ke bawah untuk ranking Malaysia . Fuh , berangan tinggi ! Tapi tak salah berangan untuk memajukan diri / blog ke arah yg lebih baik , kan ?

Google Pagerank masih lagi maintain 2/10 . Sekejapan hari tu jatuh ke 0 semula semasa bertukar nama domain . Harapnya tahun 2012 ni dapat naikkan lagi pagerank ;)

Jumlah post/entri adalah dari zaman memakai blogspot lagi. Saya pindahkan entri² dari sana ke dalam blog self-hosted ni.

Ini pula senarai top 10 entri paling popular sepanjang masa ;

Pada 10 Mac 2011 pula saya telah buka fanpage Facebook untuk blog ini => Ummi Hanie [dot] Com . Terima kasih banyak² kpd semua fans :)

Ping entry lebih mudah + cepat menggunakan fanpage ini ;)

Ok cukup dulu setakat ini. Ada apa² tambahan akan diedit kemudian insyaallah ;)

Eh , harga domain akan naik lepas ni. Pada sesiapa yang nak dapatkan nama domain untuk blog @ bisnes dsb. ,eloklah dapatkan sekarang. Berjimat le sikit ;) Klik sekarang !

32 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *