Potong HyppTv, ganti OpenBox

cut cost tips

Ekonomi meleset sekarang ni…. segala-galanya perlu berjimat. Yang mana perlu potong, potong.

Bukannya HyppTv tak bagus, cuma nak jimat perbelanjaan keluarga…

Dulu internet 4MB, sekarang tinggal 1MB sajork.

Kekadang tu slow la juge connection. Takpelah, bersabar sedikit…..

Bernasib pakai Openbox dengan save cost ni sebabnya ada piring Ast** peninggalan tuan rumah sebelum ni. Baik hati beliau kan? Tak berkira pun nak tinggalkan bendalah tu.

ada beberapa model Openbox… yang ini kami punya. gambo kredit Google

Kami pon lepas setahun pindah ni baru reti nak pakai piring tu haa… yelah, kontrak Streamyx + Hypptv kena habiskan setahun baru boleh bertukarrr !

Jimat berapa dah tu?

Openbox cuma Rm50 untuk 3 bulan ! Save kannnn… Suke hubbyku ^_^

Then kami downgrade pulak lagi Streamyx dari 4GB ke 1GB sajork.

Dulu Streamyx pakej Hypptv kena bayar RM140. Downgrade jadi RM110. Jimat RM30. Sapa nak bagi kan?

Saluran TV pun kemain banyak. Setanding pakai AS***. Memang ada channels As*** pun.

Ria, Ceria, Warna, Prima, Oasis, HBO, CInemax, Cartoon network dll. Channel kartun saja dekat 10 ada.

Seghonoklaaa budak-budak ni. Upin Ipin dapat tengok banyak kali.

smartpen upin ipin

ehhh… ni set belajar solat upin ipin. kes malas google & upload laa…. >_<

Cuma sedey sikit la tak dapat tengok lagi faveret channel di hypptv dulu macam CSI, Cold Case, channel SyFy….

Erm alang-alang dah bercerita tentang topik cut cost ni kan, ni terjumpa 40 tips berkaitan. Saya share 10 je la dulu yer. Selebihnya korang baca sini >>> 40 Ways to Cut Monthly Expenses <<<

10 Tips Jimat Perbelanjaan Rumahtangga

  1. Carpooling – Berkongsi kereta pergi ke tempat kerja.
  2. Jual kereta – macam kami ada 2 kereta… satu sedan, satu MPV.. rasa macam perlu je dua² huhuu
  3. Jual barangan terpakai – biasa buat kan? dulu rajin, sekarang dah lama stop. nak mula semula lah ~
  4. Pakai bulb lampu LED – bulb LED ni 4x lebih kuat dan jimat. ye, mahal sikit modalnya.
  5. Cabut plag elektrik – Sila cabut plag elektrik yang tak dipakai. ada baca kat FB tak? ada orang tu dia comparekan perbezaan bacaan bil elektrik dia sebelum dan selepas buat tips ni.
  6. Batalkan keahlian kelab – Ada masuk apa-apa kelab ke contohnya kelab gym? Ok batalkan dulu buat sementara waktu ni… banyak jimat tau. boleh work out sendiri kat rumah dengan anak bini :p
  7. Downgrade pakej TV – macam kisah entri inilah… ahaha… kasi downgrade. kurangkan tengok TV atau tak tengok terus lagi baguih ~
  8. Batalkan langganan suratkhabar/majalah – Ye, sama konsepnya macam batalkan keahlian kelab tadi. Sekarang ni orang baca berita/gosip kat internet jeee….
  9. Tapau makanan dari rumah – bekalkan makanan utk anak² ke sekolah. lagi ramai lagi kena jimat.
  10. Kurangkan makan-makan di luar – sila jangan terpengaruh sangat dengan rancangan TV seperti JJCM yer… opsss kena saman TV3 karang haa… bukan apa, makan di luar ni agak mahal sekarang sebab bahan mentah pun dah mahal. Fikir²kan…. sesekala tak pa laa reward diri atau belanja anak bini.

 

Hot iconKorang suka jawab SURVEY pastu DAPAT DUIT kan? Sini lubuknya ~

32 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *