Pizza Hut Big New Year Box

pizza hut big new year box

Salam & Hi,

Pizza Hut Big New Year Box memang best pada tekak dan lidah saya. Family pun.

Seriously dah lama tak menerjah Pizza Hut. So ini entry #throwback ;)

pizza hut big new year box

model cumil ZAID

Pizza Hut ni memang jarang-jarang nak pekena almaklum sajalah harganya mahai sikit. Kalau K** tu ekonomi sikit, boleh juga kerap sikit nak merasa.

Baru-baru ni kami menginap di sebuah hotel di KL. Kebetulan satu blok dengan hotel tu ada PH Delivery (Pizza Hut Delivery). Tiba-tiba teringin nak makan pizza. Ngengada je tekak ni kan? Anak-anak pun dah pakat teringin nak makan pizza….

So suami yang baek hati pun orderkan satu kotak besar… dan 2 kotak kecil…

pizza hut big new year box

 

Kandungan pizza hut big new year box;

 

1 pizza regular size

1 pek spageti bolognaise

6 ketul New Orlean Drummets (ayam paha)

6 keping roti garlic

2 kotak sup cendawan

 

Saya paling suka ayam drummets tu. Sedapp walaupun pedas sikit. Teringat² dalam mimpi ~

Kalau ada nak meraikan birthday sesiapa yang bertuah ke, kami terjah jugalah pizza hut ni…

Dulu² pernah 2-3 kali celebrate birthday di PH… surprise juga dapat birthday menu macam kek atau aiskrim…

satu lagi menu yang saya takleh tahan nak order ialah Lasagna. anak-anak dah pandai menge’pow’ lasagna ummi… tak dapat dah menikmati seorang diri… huk3x~ encik hubby tak minat sangat.

PH best memang best tapi lepas bayar tu rasa sakiiiit je… haha… jangan mare Pizza Hut!

33 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *