Pindah rumah & komisen JDR lagi

Salam,

Kami sedang dalam fasa sibuk nak berpindah rumah.

Rumah yang kami duduki sekarang ni, hampir masuk 7 tahun. Muda sikit dari usia anak ketiga.

Masa pindah ke rumah ni, anak ketiga si Izzah Munirah tu baru berumur beberapa bulan.

Lepas² tu, bersalin dan berpantangkan 3 orang anak lagi di rumah ni.

Balik modal la kot, kan?

Rumah ni ‘baby pertama’ kami…. dalam hartanah.

Rumah teres setingkat je pun…

Sayang sebenarnya nak let go rumah ni. Lokasi sangat strategik.

Sekolah, universiti, kedai runcit, klinik, kelas tuisyen semua ado.

Alkisahnya hujung 2014 saya terjumpa “rumah idaman” di laman web mudah.my.

Rumah sebijik dengan laman sedikit besar. Jauh lagi besarlah dari rumah teres kami ni.

Dah lama saya idamkan rumah luas dan banyak bilik… anak dah makin ramai.

Terasa sempit dah rumah teres ni.

Saya dan suami target rumah kembar (semi-D) je… Allah lebih Mengetahui, dia Maha Mendengar lagi Maha Kaya…  DIA beri yang lebih baik. Kena sujud syukur ni.

Persiapan berpindah

Alhamdulillah urusan berpindah kali ni mudah sikit berbanding perpindahan sebelum² ni.

Anak² dah boleh harap kemas kain baju sendiri… anak nombor 1 – 4 yang baru masuk tadika pun dah pandai kemas ikut abangnya.

Jadi mak pak tinggal kemas barang² lain je lah. Lega sikit….

Rumah baru masih dalam proses renovasi.. pejam celik dah hampir sebulan juga baru nak selesai.

Kami target nak masuk rumah baru Sabtu 31 Januari 2015 ni.

Barang² besar dah siap diangkut lori 2 kali trip ke rumah baru.

Tinggal barang² keperluan yang penting – barang sekolah anak², kain baju setakat yang perlu, stok makanan je di rumah lama ni. Ulang alik kerja suami dan sekolah anak² masih dari rumah lama.

Makanya seminggu ni kami duduk serba sederhana gayanya… Blogging dan bisnes pun atas lantai jer. Haha..

Actually, rumah baru ni bukanlah rumah baru siap bina. Ia adalah rumah lama, dah berusia 30 tahun lebih. Itu sebab kena buat renovasi sikit kasi nafas baru….

 

 

rumah teres kami… comel je

 

Haa… lapang je dah macam rupa kami baru² masuk 7 tahun lepas… tapi dulu takdela wallpaper border, TV sangkut dinding & air-cond tuh.

Dah rasa macam duduk homestay sendirian berhad pulak. Best jugak kan. Takyah bayar sewa.

 

depan

kemain kilat kan encik somi cucilantai depan rumah…. claps :D

 

 

Rumah ni, tahun 2014 dah habis bayar… pada abah saya sendiri. Beliau yang kasik loan pada encik somi.. syukur sangat tak libatkan loan bank.

Beli rumah baru ni, kena laaa bukak loan baru semula… apa nak buat kan. Duit cash berdebuk tak cukup dalam simpanan. Harapkan hasil jualan rumah teres sekarang – tu 60%, 30% loan dari abah, 10% lagi personal loan bank.

Owh tu semua tak termasuk kos renovasi.

Semoga Allah permudahkan…

 

Komisen JDR masuk lagi

Syukur rezeki orang nak masuk rumah baru kot. Pagi² dapat emel komisen JDR (JobDiRumah) masuk. vavavava~

 

komisen jobdirumah.com 2015

 

 

komisen jobdirumah

 

 

Ini bikin semangat nak merempit affiliate lagi. :)

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *