Pierre Andre sumber hidayah umat di ASK 2012

Pierre Andre sumber hidayah umat di ASK 2012

anugerah skrin 2012Anugerah Skrin 2012 sudah pun bersiaran secara langsung malam semalam, 9/11/2012 bertemakan fantasi a.k.a fairy tale. Ramai yang beri feedback positif, juga tak ketinggalan yang negatif. Biasalah, adat hidup. Tak boleh nak puaskan hati semua orang.

Pendapat peribadi saya sendiri? Memang pentasnya gojes. Tapi hostnya kurang mantap kot. Mungkin nakkan tema fantasi tu, sehingga membosankan penonton pula. Opss…

Apapun, bagi saya, yang paling menarik ialah apabila tiba giliran Pierre Andre memberi ucapan ketika menerima Anugerah Yasmin Ahmad. Pierre Andre sudah dapat hidayah. Begitu bangga sekali mendengar ucapannya. Kata Pierre Andre,

“Ini yang paling penting, tujuan saya hari ini, saya datang ini, apa yang saya ingin katakan, anugerah yang paling hebat adalah kalimah La Ilaha Ilallah yang Allah berikan kepada kita, letak dalam hati kita, jagalah kalimah ini, carilah ia, kerana itulah kemenangan yang sebenar. AllahuAkbar, Assalamualaikum, peace, Love Allah, Love Muhammad.”

Syabas Pierre :)

Jom kita tonton video ucapannya;

Keputusan penuh ASK 2012 kredit web Media Semasa;

Drama Terbaik
•  Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd

Pengarah Drama Terbaik
•  Di Telapak Kaki Bonda – Kabir Bhatia

Filem Terbaik
•  Bunohan – APPARAT SDN BHD

Pengarah Filem Terbaik
•  Fariza Azlina / Effendee Mazlan – Songlap

Lakon TV Terbaik
•  Di Telapak Kaki Bonda – Lum Pung Fui

Lakon Layar Terbaik Filem
•  Dain Said – Bunohan

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
•  Gincu Ayah – Abu Bakar Omar

Pelakon Wanita Terbaik Drama
•  Ruminah Sidek – Parit Jawa

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
•  Shaheizy Sam – SONGLAP

Pelakon Wanita Terbaik Filem
•  Maya Karin – OMBAK RINDU

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
•  Namron – Parit Jawa

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
•  Di Telapak Kaki Bonda – Sherry Merlis

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
•  Syafie Naswip – SONGLAP

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
•  Lisa Surihani – OMBAK RINDU

Videografi Terbaik
•  Aku Mahu Terbang – Neon Entertainment (M) Sdn Bhd

Drama Rantaian Terbaik
•  Jangan Ambil Padang Kami – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Drama Komedi Terbaik
•  Elly & Epit – Red Communications Sdn Bhd

Rancangan Dokumentari Majalah Terbaik
•  Dunia Tersembunyi : Rambu Solok – Producer: Mohd Raziff Zulkafli

Rancangan Bual Bicara Terbaik
•  Bella : Labour Day Special – Producer: Fakhrunnisa Hamdan

Rancangan Hiburan Terbaik
•  Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 – Producer: Nurhul Huda

Rancangan Muzikal Terbaik
•  Anugerah Juara Lagu 26 – Producer: Nurhul Huda Hj Khalid

Rancangan Realiti Terbaik
•  Jemputan Umrah : Ep 1 Pengenalan – Producer: Basirun Othman

Laporan Khas/Berita Terbaik

•  Berita TV9 – Bom Jangka – Producer: Aminhayat Abd Rahim

Anugerah Yasmin Ahmad
 – Pierre Andre

Anugerah Artis Harapan PANTENE
•  Putri Balqis – Pelarian

4 kelebihan melaksanakan pesan/nasihat kebaikan agama;

  1. Tertunainya perintah Allah (surah Al-‘Asr) dan diteguhkan iman dalam hati
  2. Tertunainya wasiat Nabi kepada ummatnya (sampaikan walaupun satu ayat)
  3. Terlepas tuntuntan umat ke atasnya di hari Akhirat
  4. Menjadi sumber hidayat kepada sesiapa yang Allah pilih untuk beri hidayat

Semoga kita dan zuriat² kita sehingga hari Kiamat pun sama-sama dapat usaha atas agama yang kita cintai ini. Amin…

Incoming search terms:

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *