Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Petua-petua menguatkan memori dan mengurangkan migrain

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Petua-petua menguatkan memori dan mengurangkan migrain

Salam wbt.,

Sebelum saya terhilangkan petua berguna ni dari wall FB seseorang (maaf linknya sudah invalid), eloklah rasanya diabadikan di sini Petua menguatkan memori dan menghilangkan migrain. Orang yang share petua ni seorang alim yang menuntut di Afrika Selatan dan petua ini diminta dari syaikh beliau. Dan menurut beliau, setelah mengamalkan petua² ni, beliau merasakan memorinya semakin kuat dan cerdas akal fikiran serta migrain pun hilang. Jom sama² kita baca, amal dan sampaikan.

1) Jangan bermaksiat walau sekecil maksiat sebab itu raja segala kekuatan akal dan memori,lagi banyak tinggal maksiat,lagi kuat otak kita.

2) Banyakkan makan kismis, badam, kurma dan jangan makan kepala ikan, kepala udang, organ dalaman, jajan, coklat, keropok dan semua jenis makanan yang ada MSG dan bahan kimia yang banyak, minuman berkabonat dan semua yang tak berkhasiat.

3) Amalkan adab-adab sunnah pada setiap masa samada tidur, makan, minum, masuk tandas, dalam tandas, belajar dan sebagainya.

4) Yang terpenting, amalkan sunnah selepas salam ketika solat iaitu letakkan tapak tangan kanan di dahi sejurus selepas salam dan baca Allahuakbar sekali, kemudian baca astagfirullahal’azim sebanyak 3X tetapi pada kali yang ketiga, kuatkan sedikit dan lanjutkan sedikit bacaannya. Kemudian baca doa: “bismillahillazi laailahailla huwarrahmanir rahim, Allahumma Azhib ‘Annil Hamma wal Huzna..” , kemudian selawat 3X dan baca “Ya Qowiyyu ” 10X dengan niat dan doa dalam hati supaya Allah kuatkan akal kita…

Satu lagi tips, hendaklah yakin betul² pada Allah dan istiqomah (berterusan) mengamalkan petua² ini.

Petua keempat tu dah lama saya tengok emak saya sendiri amalkan, dan diakui memori emak lebih kuat dari saya yang jauh lebih muda ni. InsyaAllah, azam nak amalkan ni. Lebih² lagi penghafaz² al-Quran dan mereka yang sedang menuntut ilmu, petua ni amat berguna.

Ini pula jenis² makanan penguat memori kajian orang barat;

 

16 Responses

  1. titan says:

    aktif bersukan. dok rumah aje..jem gak badan dan otak.

  2. Denaihati says:

    terbaik tip ni, pelan-pelan amalkan mesti insyaAllah behasil.

  3. ejam says:

    tips menarik ni, boleh dipraktiskan…harap2 berjaya :)

  4. puan kutu says:

    bab jajan dan makanan yg byk msg tu cmna?berlambak kat pasaran,sedikit sebanyak terliur gak.hehe

  5. hatiputera says:

    Biasa makan buah epal jer .

  6. terima kasih perkongsian ini. Banyak beza juga kaijian barat denagnIslam yea. Suka yang cara Islam lagi. Kena sama-sama tolong naikan produk Islam :-)

  7. daddydee says:

    terima kasih kerana berkongsi…

    kismis dan kurma mmg kegemaran saya…

  8. raudzah says:

    Thanks Ummie for the tips..In Shaa Allah sama-sama kita amalkan ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *