Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Petik strawberi segar di kebun Cameron Highlands

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Petik strawberi segar di kebun Cameron Highlands

Pengalaman baru lagi untuk anak², juga ummi mereka sendiri. Pertama kali ni memetik buah strawberi segar dari ladang di Cameron Highlands ! Sangat teruja… Beli buah strawberi siap dipetik dengan memetik sendiri, sama saja harganya. RM25 untuk setengah kilogram. Bezanya cuma kalau terpetik lebih dari setengah kilo tu, lu bayarla berapa yg patut… haha ~ Peristiwa ini berlaku seminggu selepas ke Pullman Putrajaya Lakeside. Jalan sakan ~

Untuk RM25 setengah kilogram stoberi tu, limitnya 3 orang sahaja boleh masuk ke kebun. Tapi encik hubby minta dapat masuk 4 orang (3 org anak + ummi), alasannya anak yg sorang tu kecik je lagi pun… Jadi, cuma encik hubby, Zaid & Huzaifah sahaja yang tak masuk kebun. Tunggu di luar saja.

petik strawberry

Lokasi: Kea Farm, Cameron Highlands

kebun stoberi cameron highland

terujanya tengok buah2 stoberi bergayutan ^-^

kakak

kakak & stoberi.

ok done posing. moh sambung petik >_<

 

 

 

si abang ensem yg pemalu.. tengok muka dia tu

 

 

 

Cik Oney & stoberi..

Ringkasnya keempat² makhluk Allah ni begitu teruja memetik stoberi segar dari ladang ni. Dan seperti dijangka, memang lebih setengah kilo pun…. kenalah bayar extra RM8 lepas ditimbang oleh tokey kedai. So total semua RM32 untuk stoberi sahaja, belum termasuk shopping barang² lain lagi di situ.

Selesai petik stoberi dan shopping, kita duduk² dulu menikmati yogurt stoberi ysng masam dan aiskrim stoberi yang manis. Balancelah gitu kan… ada masam manisnya. Pahit je takde.

Habis urusan di kebun stoberi, kami gerak pula ke ladang teh Cameron Bharat yang femes tu. Hajat di hati nak minum teh tarik tepi ladang teh tu macam kenangan beberapa tahun dulu, tapi kali ni saya tak jumpa apa yang dicari… Mungkin salah lokasi. Yang ada hanyalah kedai cenderamata dan kafe yang mana tehnya agak mahal… Kansel lah… beli cenderamata je sikit.

Gambar ladang teh ni hasil ‘tangkapan’ si Kakak.

Balik rumah, cairkan coklat, cicah dgn buah stoberi sejuk. Pehhh….!

Incoming search terms:

 

24 Responses

  1. Oneblogsocial says:

    Wah…seronoknya,teringin pula ajak kanak kanak pergi.

  2. Zie Fauzi says:

    tgh bulan ni nak gi sana lagi dgn mak tok,tok wan,mak n pak sedara alya & humaira… hari tu pi mcm tak puas,,pi pun tak dirancang…tetiba je dah ada kt sana…hihihi..boleh ke tiba2 je

  3. Norfanil says:

    wahh.. bestnya kak..tak pernah sampai sana lagi..
    nak strawberry! hehehehe

  4. suri says:

    salam.. rindu tak ke sana.tpi keadaan sy tak mengizinkan huu…

  5. titan says:

    ppehh..rajinnya kutip strawberryyyyy

  6. akubiomed says:

    Pengalaman manis memetik buah strawberry. Buah strawberry makan dicicah cokelat. Sedap…

    • Ummi Hanie says:

      ya.. mmg manis skali pengalamannya walaupun stoberinya taklah manis sgt… hehe

      nak beli yg cicah coklat dah siap tu, agak mahal… jadi buat inisiatif sendirilah ;)

  7. boni kacak says:

    huwatgh..bestnya… saya tak pernah lagi sampai ke cameron highlands ni.. nak sangat pergi sana

  8. Seronok lihat budak-budak enjoy petik strawberry. :D

  9. cik tom says:

    ciktom xberpeluang lg ke cameron…bila ntah asyik tertangguh je plan dgn kwn..

  10. Mama Murai says:

    Part makan stoberi tu yang tak tahan. Terliur pula tekak bila teringatkan rasanya yang masam-masa manis.

  11. boni kacak says:

    wah… bestnya.. dah lama saya teringin nak ke cameron highland ni tau..

  12. Ummi Hanie says:

    tu la reez… suami sy x nak naik tanah rata dan ke atas lg… so gi Cameron Bharat je lah… hiii

  13. Denaihati says:

    puashati dapat petik stawberry segar. kalau masa petilk masuk mulut dulu camne nak timbang…heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *