Pertama kali bermalam di Thistle Hotel, Port Dickson

Assalamualaikum & Salam Ceria,

Semenjak kecik saya selalu dok dengar kawan-kawan nyembang pasal Port Dickson.

Macam beeeest je.

Seumur hidup tak pernah pegi, umur 29 tahun baru jejak kaki ke PD.

Ye, ini cerita tahun 2013. Throwback gitu :p

Itu pon sebab menyibuk nak ikut encik suami ada kerja di sana.

Menginaplah kami di Thistle Hotel Port Dickson.

Cantekkk tempatnya kome. Boleh masuk dalam diari ok ;)

Located on a lovely stretch of Port Dickson’s finest beach, Teluk Kemang, this 5 star beach hotel offers 251 elegant areas. Corporate tourists can benefit from the conference and occasions venues, acquire involved in group building tent, while the others can renew at the day spa center, take pleasure in a variety of recreations and entertainment activities, a check out to an Eco Green Playground, a friendly match at a 9-hole fairway, while you leave your children to have a spirited time at the kid’s area. Retreat for the gastronomic and cooking experience at the resort’s award gaining dining establishments. Reach Kuala Lumpur International Airport within a 45 minutes drive and Singapore is a simple 3 hrs drive away. Delight in the ideal sunlight, sand and sea fulfillment while remaining at Thistle Port Dickson Hotel, a shelter for all, family members, couples and executive visitors. For more information about Thistle Port Dickson please visit here.

Surirumah macam saya ni, sesekala dapat keluar dari tempurung rumah… saangatlah soka.

Tiap-tiap petang layan anak-anak mandi swimming pool.

Bagi mereka, itu ibarat syurga.

Kanak-kanak dengan pool memang tak dapat dipisahkan, kan?

anak-anak mandi kolam hotel

siblings thistle

Ini gambo dalam bilik hotel. anak nombor 3, 4 dan 5.

Dan Sila abaikan sepah² di situ. Normal ^-^

Layout bilik hotelnya memang cantik. Siap ada macam pangkin lagi tepi tingkap tu.

Dalam gambar tu, anak-anak saya tengah berdiri atas pangkin tulah.

Bercuti di Thistle, PD ni lebih kurang 2 bulan selepas melahirkan Muaadz.

Maafkan entri peram ini…. hihu….

Kesimpulannya, Hotel & Resort Thistle Port Dickson ni sememangnya layak untuk taraf 5 bintang, dan antara hotel paling best lagi indah pernah diinapi… Cubalah jalan-jalan ke sana ~

Layan gambar² indah yang dikidnap dari website Thistle PD;

thistle pd

bilik kami menginap tu seiras macam ni lah. indah sekali, kan?

thistle pd

15 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *