“Kami tidak terburu-buru untuk bernikah” – Farid Kamil

“Kami tidak terburu-buru untuk bernikah” – Farid Kamil mengulas tentang pernikahannya dengan Diana Danielle

Wahhh…. hot couple dah buat statement. Siapa dan apa lagi, isu pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle yang dikatakan terburu-buru oleh segelintir pihak. Sibukkk je kan, suka hati merekalah nak nikah bila-bila pun… betul tak? Orang nak bina masjid, eloklah dipercepatkan. Tunang lama-lama pun buat apa, itu cuma adat sahaja.

 

Farid Kamil tidak menganggap pernikahannya dengan Diana Danielle, 21, pada 3 November, disusuli persandingan 21 November depan sebagai terburu-buru memandangkan mereka baru saja bertunang awal bulan lalu. Sebaliknya dia mengaku memang memilih tarikh itu untuk meraikan detik bersejarah berganda. Bagi pelakon dan pengarah ini, November cukup istimewa kerana ia bulan ulang tahun kelahiran tunangnya, hingga mereka sepakat mengabadikan majlis resepsi bertepatan hari lahir Diana yang ke-21.

Ini hari yang besar buat kami dan pastinya saya sendiri terasa berdebar, apatah lagi akan menggalas tanggungjawab sebagai suami serta ketua keluarga,” – Farid Kamil, Pelakon

 

“Kiranya, ada tiga tarikh akan disambut bulan depan iaitu pernikahan dan persandingan kami, selain ulang tahun Diana yang jatuh pada 21 November. Cuma di sebelah keluarga saya, kenduri sambut menantu dijangka berlangsung di kampung saya di Kedah, pada Disember.

“Keputusan ini juga bukan mengejut kerana keluarga kedua-dua belah pihak memilih tarikh ini sebelum bertunang lagi, malah persiapan juga sudah dimulakan sedikit demi sedikit,” kata Farid, 30, yang akan mengumumkan jumlah hantaran serta perincian berkaitan majlis pada acara lain.

“Majlis akan diadakan pada sebelah pagi di tasik dan taman di Hotel Flamingo, Ampang, dengan tema dan konsep hasil idea bersama. Malah rekaan busana pengantin juga sentuhan kami sendiri.

 Kredit gambar dan artikel: Berita Harian

 

Kiranya Diana Danielle ni akan bernikah dalam usia muda kan kan kann… 21 tahun… i likeee…. ;) Umur saya 21 tahun, dah 2 orang anak tau. :) Saya ucapkan semoga FK dan DD bertemu jodoh dan berkekalan ke akhir hayat… Dapat anak nanti mesti comel² cun² encem².

Siapa mau menang – PACKAGE PERCUMA KEMBARA KEMBOJA 4 HARI 3 MALAM !

Incoming search terms:

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *