Pernah makan PERUT tak ? | Resepi Perut Masak Lemak Cili Api dengan Nanas Chef Hanieliza


Salam semua. Dah makan ??
Wahh… awal2 teruss tanya pasal makan yekk..
Hihihih … ye la, makanan itu penting utk menghasilkan tenaga yg kita gunakan utk buat kerja, beribadat, menuntut ilmu kan kan kannn.

Okehh  hari ni saya nak story mory sikit pasal PERUT.

 

Kome pernah makan PERUT tak ??
Bukan perut kome atau perut orang laennn wehh … Perut lembu !
Sedap woooo ….
Ari ni pagi2 saya dah rebus itu perut lembu. Sat je dah lembut sebab penjual perut tu dah bersihkan dan rebus sikit siap2. Ikutkan kalo depa tak cucikan, jenuh juga nak buang lemak2 kat perut tu.
Ayarrkkk… makan lemak banyak2 bahaya uiii…
Sesekali takpa noooo….

Sambil2 merebus tu saya dok blend sambal belacan.
Kantoii awokk… main blend2 je sambal yerr… ate nak cepatt… tak larat nak menumbuk2 bagai. Lapor bebenor dah kawan. Huhuhu….
Siap je rebus perut dan blend sambal, apa lagi… Mari mencicahhh!!!
Mabelesssss tak terkataaa….

 

Selain direbus begitu saja, perut ni boleh juga dimasak macam2 resepi lagi spt;
 

  1. Masak Lemak Rebung Dgn Perut,
  2. Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh Dgn Perut,
  3. Sambal Tahun Perut ,
  4. Air Asam Perut,
  5. Satay Perut!
  6. Kerabu Perut !! ~ my fevretttt

Banyak lagilah kot resepi melelehkan air liur ni, kome Google ajelah sendiri yer.

Memang cadang asalnya nak masak lemak tapi udah lapor bebeno , cicah je dgn sambal jadi juge ler… InsyaAllah petang2 sikit kott… ala senang jer… main campak2 je resepinya.. hihihi.

Okeh le kome, ni nak share gambor dan resepi Perut Masak Lemak Cili Api + Nanas dari Chef Hanieliza !! Mmg mantoppp…. Mesti coba ya….

 
 Yang ini pula gambor perut masak lemak cili api dengan belimbing buluh…. pehhhh

Chef , pinjam gambo yee …. ;)

 

Bahan²

  • 1 kg perut lembu (dihiris kecil)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • ½ biji nanas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • ½ cawan air
    (Kunyit hidup, cili api, bawang merah dikisar bersama air)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris kasar)
  • 2 cawan santan

Cara menyediakan dan memasak:

 

  1. Rebuskan perut dengan halia, asam gelugur, dan sedikit garam sehingga lembut. Tuskan.
  2. Buangkan kulit nanas dan potong kecil.
  3. Masukkan perut, nanas, bahan yang dikisar, daun kunyit, dan garam ke dalam periuk.
  4. Masak sehingga airnya hampir kering. Masukkan santan.
  5. Masakkan sambil sentiasa mengacau sehingga mendidih lagi. Hidangkan.

 

p/s: tak semua org pernah makan PERUT ni , tapi saya rasa kalo dah torai sekali pasti nak lagiii … :)

Incoming search terms:

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *