Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2016

logo mara

Debaran menanti keputusan UPSR belum selesai, kini anak sendiri yang empunya diri menghitung hari. Katanya boleh dapat 4A UPSR. 5A tu mungkin sipi-sipi. Mudah-mudahan begitulah… 

logo mara

Tentunya ramai ibubapa yang bercita-cita hendak memasukkan anak-anak ke MRSM bagi melanjutkan pelajaran ke tingkatan satuPermohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2016 telah pun dibuka pada 19 Oktober 2015 dan boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman sesawang MARA: Permohonan Online.

*sila dapatkan kata laluan terlebih dahulu dengan mengikut arahan yang diberi

Tarikh Tutup Permohonan : 8 November 2015

Alhamdulillah baru saja selesai mengisi borang permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 sesi 2016 secara online. Mudah sahaja.

Tidaklah kami meletakkan harapan setinggi gunung… Kalau dapat, alhamdulillah. Tak dapat, kami sudah ada pilihan lain insyaAllah…

SYARAT UMUM KELAYAKAN BAGI PELAJAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA

# Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia

# Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia

i. Pelajar Bumiputera tahun enam

ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan

Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015

Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan temu duga pada satu tarikh yang akan diberitahu nanti.

Pautan Sumber: mysumber.com

Cerita-cerita sikit, mencelah tentang diri sendiri… Saya dulu tak merasa masuk MRSM ni, sebab mak abah memang tak mau hantar masuk asrama. Sedari tingkatan 1 sampailah habis tingkatan 5, lekat di satu sekolah yang sama.

Sekolah agama private di Ipoh…. Senang, boleh pergi dan balik ke sekolah dengan berbasikal sahaja. Selalu juga balik lewat petang sebab cikgu buat kelas tambahan di sekolah. Kesian emak saya ternanti-nanti dan risau kalau saya balik lewat sangat. :p

Bayangkan, berapa jam saya stay di sekolah, dari jam 7:30 pagi hinggalah pukul 6 petang, adakalanya 6:30 petang… haaa… Tapi itu merupakan pengalaman manis juga dalam diari kehidupan saya.

Jangan lupa DOA UNTUK Hilangkan JEREBU ya…. Kawasan kami di utara ni sedang menunjukkan bacaan IPU yang tinggi sejak sehari dua ni. Sekolah pun terpaksa ditutup.

Incoming search terms:

29 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *