Perlepasan jawatan bongsu

by Ummi Hanie on February 11, 2012

in Cerita Anak-anak

 

Hari ni Kakak & Abang kena pegi kelas ganti pulak di sekolah mereka. Ada dua sesi kelas ganti. Hari ini dan bulan 3 nanti. Ganti cuti CNY hari tu… Dahlah baru² ni pun cuti Maulidur rasul & thaipusam 2 hari kan?

So … nak story² sikit pasal anakanda kami yang ke-4 ni lah … Muhammad Zaid.

 

Muhammad ZAID – topi jepun ??

Amacam , smart tak costume anak bujangku ni ? Siap bertopi ala jepun dan bertali leher lagi. Gambar ni diambil oleh sepupu² saya yang sangat geramkan budak ni lalu menjadikannya ‘mangsa’ DSLR mereka …. Lantaklah kome, janji budak ni tak meragam. Haha ~

zaid n lolipop besau

 

senyum la sikit brader :p

 

Sebut tentang meragam … semenjak perlepasan ‘jawatan’ selaku anak bongsu selama 2 tahun 6 bulan (hingga tarikh entry ini), Zaid ada sedikit meragam. Cemburu dan rasa tergugat barangkali dengan kehadiran adiknya,Huzaifah. Normal lah tu… kanak²/bayi memang sentiasa mahukan perhatian keluarga  lebih² lagi dari ibu. Saya sememangnya sedar dan tahu yang situasi ini akan berlaku melalui pengalaman² yang lalu.

Louis Koo atau Daniel Woo ?

Cuma ! Zaid akan lepaskan kejelesan (mungkin) dengan ‘mendera’ abah nyer… Tiap kali Abahnya balik kerja, mesti nak ajak naik ‘te’ (kereta). Zaid ni pronounce hujung² perkataan jer… Lambat sikit dapat mulut. Ok, Zaid sangat obses dengan segala yang berkaitan kereta. Tak kisahlah nak naik kereta ke, nak toy kereta ke… Kalau pegang toys kereta tu, penuh dua² tangan. Saya suka perhatikan dia semasa main toys tu. Khusyuk je dia ^_- Nama pun budak laki kan …

nampak tu .. penuh kan toys kereta kat tgn dier ?

saat masih berstatus bongsu …

Peluang lihat dunia secara 3D .. tanpa kacamata 3D !

Ramai yang kata , Zaid ni mirip abahnya . Saya pun nampak macam tu .. iyelah , dah anak beliau , rope beliaulah kan … haha ~

Dan … semenjak naik pangkat jadi abang ni,alhamdulillah so far so good jer.Tak adelah ketara sangat nampak kejelesan dia terhadap adiknya dengan cara buat perangai mengada-ngada ke … tantrum ke … maybe sebab Zaid ada seorang kakak yang selalu rajin melayan … syukur ~

zaid cyg kakak ...

 

 

Kakak yang penyayang …

 

Petua orang tua² pernah dengar tak untuk satukan hati anak² ? Katanya , kumpulkan semua tali pusat anak²… Adohai, camno tu… Dengar petua ni terlambat sikit. Ada yang dah ditanam, ada yang masih disimpan. Hurmm … Kena selalu nasihat anak² sajelah .

Apa pun , kita sebagai ibubapa ni kena pandai bahagikan kasih sayang dan beri perhatian kepada anak-anak… Sesekala berikan mereka pujian dan juga teguran mengikut kesesuaian keadaan …

Kami pun masih lagi dalam proses belajar dan belajar. Bukan mudah nak jadi parents kan ?

abg n bby

{ 31 comments… read them below or add one }