[Updated] Perkembangan Sukan SEA Myanmar ke-27

Salam muhibbah.

Sukan SEA ke-27 kali ini diadakan di negara jiran, Myanmar di daerah Nay Pyi Taw.

Setakat ini (20 Disember 2013) Thailand menggungguli pingat emas diikuti oleh Myanmar, Vietnam, Indonesia, Malaysia. Lain-lain negara yang terlibat ialah Singapura, Filipina, Cambodia, Laos, Brunei dan Timor Leste.

sumber: Google Images

sumber: Google Images

Astro Arena adalah penyiar rasmi bagi Sukan Sea Myanmar 2013 yang membuat liputan temasya ini SETIAP HARI setiap jam eksklusif untuk anda di Saluran 801 dan 802.

Pungutan pingat setakat ini;

EMAS     PERAK    GANGSA

Thailand     93      89       72
Myanmar      70      55       69
Vietnam      66      72       74
Indonesia    61      69       97
MALAYSIA     38      38       71
Singapura    31      27       40
Filipina     26      30       33
Laos         10      11       38
Kemboja       6       8       25
Timor-Leste   2       2        4
Brunei        1       1        5

Antara acara-acara yang berjaya meraih pingat emas/perak/gangsa untuk Malaysia;

Atlet wushu negara, Diana Bong Siong Lin berjaya menepati ramalan sebagai penyumbang pingat emas pertama negara dalam temasya Sukan SEA ke-27 pada aksi pembuka tirai wushu menerusi acara Nanquan.

Temubual eksklusif pemenang pingat emas pertama negara Diana Bong di Nadi Arena

Temubual eksklusif pemenang pingat emas pertama negara Diana Bong di Nadi Arena

Atlet wushu Tai Cheau Xuen selamatkan maruah negara apabila berjaya meraih pingat emas kedua.

Eyin Phoon telah menyumbangkan EMAS yang ke-3 dengan markah 9.67 untuk kontinjen Malaysia dalam acara Wushu Quiangshu Wanita. Tahniah!

Ini adalah emas yang ke-1000 dalam sejarah Sukan SEA Malaysia.

eyin phoon wushu wanita sukan sea 27

3 PERAK melalui 3 acara Wushu Lelaki di #SukanSEA2013 iaitu :-

DUILIAN – Lee Yang, Ho Mun Hua and Wong Weng Son
NANQUAN – Ho Mun Hua
GUNSHU – Ng Say Yoke

Malaysia merangkul 2 pingat EMAS dalam acara Equestrian Endurance Perseorangan dan Equestrian Endurance Berpasukan.

Endurance Perseorangan:
Mohd Sulaiman Muda

Endurance Berpasukan:
Mohd Bulkhari Rozali
Mohd Sulaiman Muda
Abdul Halim Alihan

Ho Mun Hua raih gangsa dalam acara Nangun lelaki pada aksi penutup tirai di Stadium Tertutup Wunna Theidki A.

Skuad ekuestrian menceriakan kontinjen Malaysia pada hari kelapan Sukan SEA ke-27 apabila menyumbangkan dua pingat emas dalam acara perlumbaan lasak hari ini.

Lim Chee Wei menang pingat EMAS bagi acara Kata (Karatedo Perseorangan Lelaki).

Trio menembak 50m rifle prone berpasukan wanita sekadar membidik satu pingat gangsa buat kontinjen temasya Sukan SEA ke-27 di Lapang Sasar Menembak North Dagon.

Jonathan Wong (pingat gangsa untuk acara 50m pistol lelaki individu) & juga Jamalliah Jamaluddin untuk pingat gangsa buat acara Kumite kategori Wanita di Sukan SEA 2013.

2 lagi gangsa dari kontinjen negara;
1 dari acara kanu : Siti Rajiah Ali K1 200m
1 dari acara menembak : 50m Pistol lelaki (Abd Hadi Malek, Eddie Chew, Jonathan Wong)

Bibiana Ng, Joseline Cheah, & Wahidah Ismail menang pingat Perak menerusi acara 10m Air Pistol Wanita Berpasukan.

3 emas untuk acara-acara;

Karatedo (Kumite Wanita 68kg) – Shree Shavmini
Karatedo (Kumite Lelaki 60kg) – S Silvarajoo
Ekuestrian (Dressage Individu) – Praveen Nair

Tambahan pingat PERAK dan GANGSA untuk kontinjen negara di#SEAgames13 dalam acara Karatedo (Kumite Individu Lelaki 67kg dan 75kg).

Pemain badminton no. 1 dunia, DATUK LEE CHONG WEI sekali lagi menjadi JUARA menewaskan Tommy Sugiarto (INA) 21-10, 21-12 dalam #BWF World Superseries Finals! Beliau telah memenangi gelaran yang ke-4 dalam kejohanan ini. Tahniah wira badminton negara!

THOR CHUAN LEONG dalam acara Snooker 6 Red (lelaki) berjaya meraih pingat Emas.

MOHD FAUZI KHALID setelah berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Pencak Silat (70-75kg).

MOHD AL JUFFERI telah merangkul pingat emas untuk kontinjen negara bagi acara Pencak Silat 65-70kg.

MUHAMMAD IRFAN SHAMSHUDDIN merangkul pingat emas untuk acara lempar cakera.

Khir Azmi memenangi pingat gangsa dalam acara Tinju Lelaki 64kg.

Sazali Samad merangkul pingat PERAK dalam acara bina badan (kategori 70kg).

Pingat emas untuk KHOO CAI LIN dalam acara renang 800m gaya bebas.

Pingat emas buat KHE WEI WOON & VIVIAN KAH MUN HOO dalam acara beregu wanita (badminton).

NISHA ALAGASAN, NUR ELEENA ANIS, SHREE SHARMINI SEGARAN, SYAKILLA SALNI JEFRY KRISNAN bagi kontinjen negara untuk acara Karatedo Kumite (Wanita Berpasukan) berjaya meraih pingat Emas.

Skuad Kumite wanita yang berjaya meraih pingat emas selepas menewaskan skuad Indonesia di FINAL ( Karate Kumite Berpasukan Wanita).

Acara Karate Kumite Berpasukan Lelaki juga berjaya meraih Perak.

DANIEL BEGO hampir mendapat pingat emas tetapi malangnya, beliau tidak dapat mengejar atlit Vietnam. Apa-apun pun, tahniah kerana memenangi pingat perak dalam acara 200m Gaya Bebas.

Daniel Bego walaubagaimanapun telah merangkul pingat emas dalam acara renang 400m gaya bebas.

HAZIQ KAMARUDDIN, ATIQ BAZIL BAKRI & KHAIRUL ANUAR MOHAMAD memenangi pingat emas dalam acara Memanah Recurve Berpasukan Lelaki.

SITI NUR MASITAH merangkul pingat perak dalam acara 25m Individual Pistol Wanita.

ISKANDAR ALWI telah merangkul pingat perak dalam acara Lompat Bergalah (Lelaki).

Eddy Chew  merangkul pingat perak dalam acara Menembak 10m (individu).

Eddy Chew, Wen Yan Choo, Guanjie Johnathan Wong juga merangkul pingat gangsa dalam acara Menembak 10m Berpasukan.

Tambahan pingat gangsa daripada NOR KHASIDA ABDUL HALIM untuk kontinjen negara bagi acara Angkat Berat 69kg (Wanita).

MOHD FAIZ MUSA telah memenangi pingat gangsa bagi kontinjen negara dalam acara Angkat Berat 94kg Lelaki.

JACKIE WONG telah memenangi pingat gangsa dalam acara Lontar Tukul Besi Lelaki.

MALAYSIA tewas kepada THAILAND dan mendapat sekadar pingat perak dalam acara Sepak Takraw Lelaki Regu

Perak – CASIER RENEE KELLY LEE (Lontar Tukul Besi)
Gangsa – SARITHA CHAM NONG (Memanah Compound Individu)

NURUL FARZIEANA dan SUHARTISERA ZAMRI berjaya meraih pingat Gangsa dalam acara Petanque Wanita Beregu.

MUHAMMAD SAIFUL SYAZWAN RAHMAT dan MUHAMMAD HELMI ABD AZIZ meraih Gangsa dalam acara Pencak Silat (Lelaki 55-60kg) dan (Lelaki 50-55kg) masing-masing.

AHMAD SHAHRIL ZAILUDIN memenangi pingat perak dalam acara pencak silat (60-65kg).

SITI ZUBAIDAH CHE OMAR  berjaya merangkul pingat gangsa untuk acara Pencak Silat (Wanita 55-60kg).

MOHD JIRONI RIDUAN menang pingat emas dalam olahraga acara 800m Lelaki.

Pingat perak untuk Malaysia menerusi acara Memanah Compound Berpasukan Lelaki.

Pingat gangsa untuk Malaysia menerusi sukan Pelayaran Optimist Berpasukan.

ERIKA CHIA CHIA KONG, CHRISTINA LOH, SIEW HUI YAP, KHOO CAI LIN menang pingat gangsa dalam acara 4x100m Medley Relay Wanita.

Acara Renang 1500m Gaya Bebas (Lelaki);

Kevin Yap – Perak
Welson Sim – Gangsa

Sepak Takraw Lelaki Regu MALAYSIA tewas kepada THAILAND dan mendapat sekadar pingat perak.

#MASvsVIE

Terkini: Perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Vietnam #MASvsVIE.

Pasukan negara menewaskan naib juara 2009, Vietnam, 2-1 dan akan menentang naib juara 2011, Indonesia, di Separuh Akhir Sukan SEA 2013. Walaubagaimanapun, Malaysia tewas dengan Indonesia.

 

Kontinjen negara menambahkan pingat gangsa dalam olahraga acara 4x400m Relay Lelaki.

Kontinjen negara berkongsi pingat gangsa dengan Vietnam bagi acara Petanque Triple (M-1 & W-2).

Ratu terjun negara, PANDELELA RINONG memenangi pingat emas, manakala ZHIAYI LOH memenangi pingat perak dalam acara Terjun Wanita 10m Platform.

ADI ALIFFUDDIN HUSSIN merangkul pingat perak dalam acara Lontar Peluru.

Skuad hoki wanita Malaysia yang telah memenangi pingat emas menentang Thailand, 6-1.

EDDY CHEW, atlit Menembak negara yang telah merangkul 1 pingat emas, 1 pingat perak & 2 pingat gangsa.

eddy chew

Eddy Chew

 

Skuad pelayaran negara mengesahkan dua pingat emas hari ini setelah pelayar berpengalaman negara Khairulnizam Mohd Afendy mengungguli acara Laser Standard manakala Mohd Faizal Norizan dan Ahmad Shukri Abdul Aziz pula dinobatkan sebagai juara bagi Kelas Interational 420 Lelaki.

Pingat emas yang ke-38 dimenangi oleh CHEONG JUN HOONG & NG YAN YEE dalam acara Terjun 3m Springboard Synchronized Wanita.

Pingat perak telah dimenangi oleh NUR AMIRAH dalam acara Perahu Layar Radial.

NOOR MAIZURA ZAINON memenangi pingat gangsa bagi acara Judo bawah 52kg untuk kontinjen negara.

Pingat gangsa bagi Taekwondo acara 54-58kg telah dimenangi oleh ROZAIMI ROZALI untuk kontinjen negara.

RYAN CHONG memenangi pingat perak dalam acara Taekwondo 58-63kg Lelaki.

OOI TZE LIANG & AHMAD AMSYAR telah merangkul pingat emas dalam Terjun acara 3m Springboard Synchro Lelaki.

 

*Sumber diolah dari FB page Astro Arena Saluran 801. maaf jika tidak mengikut turutan hari yang sebenar.

Incoming search terms:

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *