Perkembangan Munirah di TCB sepanjang tempoh 5 bulan

Sabtu minggu pertama cuti sekolah hari tu parents atau waris kepada murid² di Taska/Tadika CB dipanggil untuk memberi laporan perkembangan anak sepanjang 5 bulan tempoh pembelajaran di situ. Biasanya hujung tahun baru buat hari kad laporan kan, tapi taska ni buat 2 kali iaitu pertengahan dan hujung tahun.

Alhamdulillah, overall laporannya agak memuaskan dan menggembirakan hati kami. Munirah katanya cepat tangkap apa yang diajar. Syukur…. Memang setiap kali balik dari taska, dia akan sebut apa yang dia belajar. Hadith² pendek, Asma Allah (Asma’ul husna), surah² lazim seperti 3 Qul, doa² harian dan lain². Sejuk hati mendengornya… kira berbaloilah pelaburan RM1++ encik abah tu…

Sayalah Munirah aka Onie ;)

Ini budak… kalo kat taska, kemainn pemalu. Tapi kalau kat rumah, dialah mak neneknya. Bila tah datang perangai malu²nye tu, sekitar umur 4 tahun ni jugaklah. Tahun ni masuk tahun kelima dah… tapi budak lahir hujung tahun… so masih consider 4 tahun lebihlah… ;)

Yang dekat meja ada cikgu pakai tudung putih tulah guru kelas Oni…

Sebelum ni Oni duduk kelas tingkat bawah tu lah, tapi sekarang dah diupgradekan ke kelas yang advanced sikit kata teachernya, yakni di tingkat atas. Syukur alhamdulillah….

Zaid !

 Seperti biasa, lelaki kacak mestilah interframe sikit kan…. :p

Apa lagi nak story yer… Gambar tak dapat tangkap banyak sangat, maklumle sensorang handle 4 orang kanak² riang ni sebab encik hasben tak dapat datang sama.

bermain di gazebo… Zaid pun ikut-ikut pengsan dengan kawan2… :p

 

 

 

Oni dan kawannya, Kak Long

Pelajaran percuma baguskah untuk generasi masa depan?

 

Bersiap-siap nak ke majlis ilmu sebentar lagi. Chow dulu ;)

Incoming search terms:

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *