Percutian yang Awesome di Aseania Resort Langkawi

Salam wbt.,

Hai korang! Saya nak tanya ni, siapa kat sini masih belum pernah pergi bercuti ke Langkawi? Cuba angkat tangan. Saya dah 3kali bercuti ke sana :)

Haaa, bagi korang yang tak pernah menjejakkan kaki ke Langkawi tu, kini sudah tiba lah masanya untuk korang plan dan cuba try test pergi bercuti kat sana, lagi-lagi dengan musim cuti sekolah yang hampir tiba tak lama lagi, memang best tau.

Langkawi ni merupakan sebuah pulau yang penuh dengan pelbagai tempat yang menjadi daya tarikan pelancong baik dari dalam negara mahupun luar negara. Lebih-lebih lagi, ianya menjadi tumpuan pelancong, of course lah banyak tempat menarik yang telah dibina, bukan hanya sekadar tempat bersejarah sahaja yang boleh korang kunjungi seperti Makam Mahsuri, Beras terbakar, dan Tasik Dayang Bunting, malahan ada lagi tempat menarik baharu yang telah dibina seperti Langkawi Cable car, Muzium 3D Langkawi, Kompleks HIG (Haji Ismail Group) dan banyak lagi!

 

Bukan itu aje tau, untuk pengetahuan korang di Langkawi ni, semua barangan yang dijual adalah duty free which is kawasan barangan yang bebas cukai, jadi harga barangan yang korang nak beli disini adalah lebih murah jika nak dibandingkan dengan harga yang korang nak beli dekat luar, seperti minyak wangi, cokelat, pinggan mangkuk, dan sebagainya.

Korang hanya perlu sediakan duit yang mencukupi jer bila dah sampai sini, sebabnya confirm korang akan pulang daripada Langkawi dengan tangan yang penuh!

 

Others

 

Others

 

Bagi korang yang nak stay untuk dua tiga malam disini, tempat penginapan yang direcommended kan ialah Aseania Resort Langkawi.

Resort yang bertaraf tiga setengah bintang ni terletak tidak jauh dari Pantai Cenang which is very convenient because senang untuk korang keluar mencari makanan ataupun bershopping nanti.

 

Selain itu, resort ni mempunyai 217 buah bilik yang menawarkan pelbagai keperluan seperti peti ais, seterika (wajib hokey!), hair dryer, air cond, tv dan sebagainya.

Terdapat tiga jenis buah bilik yang boleh korang pilih iaitu superior, deluxe, dan super deluxe, setiap bilik ada tarikan yang tersendiri, dan apa yang paling penting sekali ialah ruangnya yang boleh tahan luas, dan juga bersih.

 

Others

 

Lagi satu yang bestnya resort ni memang include breakfast di Laguna Restaurant, ada pelbagai jenis hidangan breakfast yang disediakan untuk tetamu mereka, seperti mee goreng, telur mata, French toast dan macam-macam lagi. Rambang mata uolzzz ~

 

Others

 

Selain itu, resort ni juga ada menyediakan swimming pool yang bertemakan ‘mini water theme park’ ianya sangat luas dan beraneka jenis tau, ada jakuzi, mushroom pool, lazy river, dan siap ada swimming pool yang jenis keluar ombak tu, apa ntah namanya? pool wave? Wave pool? Ahhh, apa-apa jer lah, asalkan korang paham apa yang ingin cuba saya sampaikan ni, hehehe.

Kalau anak² saya dapat pool macam ni, dari pagi sampai ke malamlah tak keluar² agaknya ! :D

 

Others

 

 

Tak puas lagi, jangan risau pihak hotel juga turut menganjurkan pelbagai aktiviti outdoor lain mengikut permintaan korang seperti snorkeling, island hopping, eagle feeding, mangrove tour, and so much more.

Fasiliti-fasiliti disini juga quite ok, seperti gym dan spa, so bagi korang yang nak manja-manja kan diri tu boleh lah ber spa di Aseania Resort Langkawi ni. Best kannnn….

 

Tempat² menarik berdekatan dengan Aseania Resort Langkawi yang boleh korang kunjungi ialah seperti Pantai Cenang, dimana ianya merupakan pantai yang sangat famous di Langkawi, dengan pasir yang memutih dan juga air yang jernih bak kristal gitu, hanya 1.33 km jer dari resort ni.

Another place yang boleh korang kunjungi ialah Underwater world, Langkawi, tempat yang highly recommended bagi korang yang meminati hidupan laut dan ingin melihatnya secara dekat, maka ini lah tempat yang sangat sesuai untuk anda.

Selain daripada hidupan laut, jangan pulak korang tak tau yang hero utama di sini ialah penguin-penguin yang sangat comel! Aquarium ni tak lah jauh sangat, hanya terletak 0.54 km dari resort, so korang boleh Jalan kaki jer untuk ke sini. Anak² saya heksaited sangat nak tengok penguins ni secara live :D

 

ummi & anak2 posing dengan penguin @ Underwater World Langkawi

 

Best kan bercuti di Pulau Langkawi, jadi pada korang yang ingin membuat tempahan di Aseania Resort Langkawi ni, boleh la membuat tempahan dengan menggunakan Traveloka, sebabnya traveloka sentiasa memberikan harga yang murah dan promotion untuk setiap tempahan, jadi jimat lah sikit duit korang kan.

So, what are you guys waiting for? Jomlaaa book aseania resort langkawi on Traveloka sekarang!

 

kredit imej: Traveloka

13 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *