Percutian ke Kuching 2011 – Day 1

Salam bersua kembali .

Terima kasih banyak-banyak kerana masih setia bersama Hanie di sini. Ewahhhh… dah macam DJ radio le pulok … Entry ini menyimpan 1001 jawapan untuk entri sebelumnya .

Saspen ? Apa yang saspen sangat tu ? Apa kesudahannya ? Berjaya atau tidak ? Ok jom baca pelan-pelan rentetan kisah percutian family kami ke Kuching,Sarawak …

Seperti yang dirancang setahun yang lepas yakni encik hasben sudah booking tiket kami sekeluarga menaiki flight Air Asia ke Kuching sempena cuti Hari Malaysia 16 September. Semasa booking tiket tersebut, saya belum pregnant lagi tapi saya dah luahkan kemusykilan pada beliau yang saya ni biasanya akan pregnant selang 2 tahun. Jadi, ada kemungkinan percutian kali ni tak berjaya ataupun saya tak dapat join macam percutian mereka ke Sabah 2 tahun sudah. Masa tu saya lagi sarat daripada sekarang ni,dah cukup bulan so tak beranilah ambil risiko. (boleh baca entri berkaitan di sini) Dan nak jadi cerita, memang sah saya pregnant lagi pada tahun ini…. dan ready untuk amik risiko sendiri…. kwang3x ….

Makanya saat yang dinanti sudah pun tiba … debaran kian terasa. Tarikh 16 September menjelma. Asalnya flight kami 15 September,tapi encik hasben tunda kepada 16 September sebab ada cuti umum Hari Malaysia tu. Ok sambung balik kisah saspen itu. Saya risau kalau-kalau polis atau pihak Air Asia tak lepaskan saya masuk dalam kapal terbang disebabkan kandungan saya dah pun berusia 8 bulan ! Sebenarnya 7 bulan pun dah tak boleh naik flight kalau ikut peraturan yang sebenarnya. Tapi saya pasang keyakinan yang tinggi, bahawasanya Dia saja yang berkuasa. Makhluk satu pun tak berkuasa. Dalam hati ni tak henti-henti baca “ayat keramat” dari surah Yasin tu yang diajar oleh mak saya.

Korang tau, akak di depan saya tu diraba dek polis pompuan tu semasa proses scanning sebelum masuk ke tempat menunggu flight. Bukanlah raba apa ye korang… janganlah berfikiran kunen.Hohohoh ~ Kerja polis tu lah nak pastikan penumpang² tak bawa barangan terlarang dan berbahaya …. Saya masa tu lagilah berdebar tak terkata. Karang dirabanya perut aku yang besor ni, tak lepas pulak masuk kapal terobang ! Uwaaawawawa ~ Dalam pada tu, hati ni tak renti-renti lagi baca “ayat keramat” tu. Yakin, yakin ! Alhamdulillah, sampai giliran saya, langsung tak disentuhnya pun dek polis tu. SYUKURRRR …. ALHAMDULILLAH ! ^-^ bertambah keimanan gitu … ;)

Satu lagi, mungkin strategi saya memakai abaya hitam kesayangan tu berhasil. Maklumlah kan, warna² gelap especially HITAM ni membantu memberi imej ‘kecil’ sikit dari saiz asal, setuju ? Ni salah satu tips yer kengkawan… kalau nak muka tu nampak kecik sikit @ slim sikit, pakaile tudung berwarna gelap terutamanya hitam. InsyaAllah berhasil. Cubalah ;) Begitu juga dengan baju² berwarna hitam ni. That’s why BLACK is one of my fevret kaler … ;)

on the way nak masuk kapal terobang @ airport Bayan Lepas , Penang

Cer tengok cer tengok . Yer, itulah abaya kesayangan saya yang dibeli untuk aidilfitri tahun lepas. Sangat ringan dan cantik di mata saya.Di mata orang i tak tau … ada aku kesah ? Hahahahha … lawak jer … Masa balik ke Penang pun saya pakai abaya ni semula untuk strategi yang sama. Wink3x ~ Iyelah , memanglah tak dapat nak sorok perut tu 100% tapi at least membantu jugalah pada perkiraan saya …

depan bangunan Dewan Bandaraya Kuching yg kusangkakan masjid

Bersama anak-anak teruna tersayang. Ehhh … macam slim pulak kutengok gamborku sendiri dalam pic di bawah pokok kelapa ni… Ilusi semata-mata … wahahahah ~ Bangunan ni mati-mati kami sangkakan masjid tau.  Rope-ropenye salah sama sekali … ia adalah bangunan Dewan Bandaraya Kuching. Haish, asal bangunan berkubah je ingatkan  masjid….. berkobar-kobar ajak encik hasben solat Zohor di situ :p . Letaknya di atas bukit. Nampak cantik sangat dari bawah tu ….

sayap kapal terobang … cantik lak encik hasben snap gambo ni …

Gambar sayap aeroplane pun jadik le yong …. muahahhahaha ~

sibuknye dgn anak-anak …. opsss.. Zaid tengah cranky!

Balik semula ke cerita mula ye. Sampai saja dengan selamatnya di airport Kuching, kami berlegar-legar dulu di sana. Encik hasben ada kawan di area Kuching tapi saya tak mau kami ganggu mereka. Biarlah kami usaha sendiri. So bila saya ternampak jer flyer iklan sewa kereta, terus serah ke encik hasben. Beliau pun tanpa membuang masa terus ke kaunter sewa kereta dalam airport tu untuk dapatkan sebuah kereta sewa untuk kami sefamily sepanjang berada di sana. Iyelah, takkan memanjang nak naik taxi ke sana ke mari kan ? Tak selesa rasanya. Alhamdulillah, kami berjaya dapatkan sebuah kereta Viva dengan kos sewaan Rm120 sehari. Kami bayar untuk 2 hari je, cukuplah sampai ke hari balik ke Penang semula nanti. Syukur juga keretanya bagus, masih nampak baru dan selesa, cukuplah untuk kami anak-beranak nak round bandar kuching dan area-area sekitarnya nanti.

Destinasi pertama kami ……. cari makan dulu ! Sarapan bebbb … lapar beb …. berjumpalah kami dengan sebuah restoran Muslim di sana.Saya order mee bandung (jenuh pilih menu ape sebab blurrr …) , anak-anak dan suami pula membedal nasi goreng dan roti canai tapi oleh kerana roti canai yg diorder lambat sangat siap, maka kami bungkus sajelah bawa balik ke tempat penginapan kami nanti. Maaf gambor takde untuk sesi makan-makan ni :p .

Then, kami teruskan perjalanan mencari tempat penginapan.Encik hasben berjaya dapatkan tempat penginapan melalui flyer di airport tadi juga. Hanya RM75/malam. Kami ambil 2 malam sajalah, so totalnya RM150 sahaja. Bajet kan ? Alhamdulillah … Bandar Kuching ni bagus, cuma agak kurang disediakan signboard untuk tunjuk arah jalan. Jadi, situasi ini agak kurang membantu bagi pelancong-pelancong luar seperti kami yang memang tak biasa dengan area situ. Mujurlah adanya “Abang G” sebagai penunjuk arah kami. Akhirnya, selepas terpusing-pusing ke sana ke mari, dengan meredah kesesakan jalan di bandaraya Kuching lagi, sampai jualah ke tempat penginapan kami, De Palma Waterfront milik orang Islam. Dapat pulak bilik di tingkat 2, lif memanglah tak ada sebab hotel kecik jer, 3 tingkat. Termengah-mengah juga daku memanjat tangga. Sama jer macam nak naik ke bilik ofis suamiku di Nibong Tebal sana…. Fuhhh ~ Tak apa, senaman orang mengandung kasi senang melahirkan nanti, mudah-mudahan ~ ;)

sekitar ruangan bilik …

Saiz biliknya kecil saja, padanlah dengan harganya kan. Tapi lokasinya agak strategik kerana ianya berhampiran dengan tempat tumpuan pelancong, iaitu Kuching Waterfront (tepi Sungai Sarawak) .

Malam tu, kedengaranlah dentuman-dentuman mercun dari waterfront tu. Saya dan suami dapat tengok dari cermin hotel kami dengan jelas sekali … :)

Hari pertama done ~ just round² sikit bandaraya Kuching yang sedang sesak tu – kebetulan pula ada sambutan Hari Malaysia dan juga Sarawak Regatta 2011. Apa tu ? Ala-ala sukan air lah …. esoknya baru start. Shopping² dan melawat tempat² menarik akan disambung pada keesokan hari …. dan “Abang G” masih setia menjadi pemandu arah kami …. :) Siapakah dia “Abang G” ? Stay tuned ~

Incoming search terms:

12 comments

  • iEyLa

    wahh…lepas jugak ek sis..hihi..
    episod saspen tggu abg G plak..hehe
    iEyLa ada entri terbaru… jom baca Giliran SITI NORDIANA BertudungMy Profile

  • aduh sibuknya dengan anak2 kat dalam kapal terobang tu..
    umie hanie macam umie aida pakai spekla hahaha
    ROJAK ada entri terbaru… jom baca Ramlah Ram is John Cena ?My Profile

    • rojak , adat le tu ank2 tgh kecik2 lagi kan …
      alhmdllh le suami byk mmbantu handle sama2,kalo tak pengsan sy dlm kpl trbg tu … :p

      hah ? umie aida ? mane de lah … saje jer Rojak ni :p

  • wah seronoknye hanie.. boleh blajar tips makan angin dari hanie ni..
    mama pipie ada entri terbaru… jom baca Posisi Imam dan Makmum semasa Solat Jemaah & Kesalahan yg sering dilakukanMy Profile

  • besnya dpt g kuching!sy blom kesempatan nk p..nasib baik terlepas yer.anyway cantik abaya tu..tuannya pun cantik jugak.hehe..jom la mengarang kisah dongeng,asah balik bakat n ketereran masa spm dulu tu…:)
    puan kutu ada entri terbaru… jom baca Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan KutuMy Profile

    • best gak la puankutu … tmpt yg kite xpernah pegi kan … ;)

      aah,alhmdllh trlepas juge dari sekatan sesiapa .. fuhh ~

      aha,abaya tu mmg cantik … cantik tahap sederhana jer laa…bukannya yg rege melampaui batas dompetku ini..hehe
      tuannya pun mane de cantek … biase2 jer … :p *blushing

      insyaAllah sy cube cari idea utk karang idea cerita dongeng tu yer puankutu ;) time kaseh …

  • nza

    Alhamdulillah, nasib baik lepas hanie,,..kalau tak kempunan lagilah adik akak…..best3X…

  • Pingback: Lelaki kacak nak bawa melancong | Ummi Hanie [dot] Com

  • adam

    hello2…juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm230 utk 6jam,termasuk minyak n DRIVER , sekali kereta proton waja,kalau ramai,pakai kreta Alza. n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
    1; kampung budaya
    2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
    3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
    4:wind cave, fairy cave ,
    5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
    6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
    7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
    8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
    9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe
    BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
    sorry Aesya Zealous, i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
    0149957036
    Adam.( your personal driver at kuching )
    facebook : chreez_devil88@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *