Percutian ke Kuching 2011 – Day 2

 

Salam mesra . Ape cerita hari minggu ni ? Mesti happening kan jalan-jalan ke sana ke mari …

 

Saya dan anak-anak lepak di rumah saja , encik hasben tiada di rumah . Genap seminggu yang sudah , pada waktu begini kami baru saja mendarat di lapangan terbang Bayan Lepas dari Lapangan Terbang Kuching . Kejap aje masa berlalu yer , bagaikan mimpi saja cuti-cuti kami tu …. Bagi yang belum membaca kisah percutian kami untuk hari pertama , silalah klik di sini => Percutian ke Kuching 2011 (Day 1) .

 

Mari sambung kisah cuti-cuti Kuching kami untuk hari kedua . Memang menarik , mencabar dan menguji kasih sayang sepasang suami isteri ni . Cewwahhhh ~

 

Seawal pagi , kami bergerak menaiki kereta sewa kami menuju ke lokasi melawat Orang Utan . Aha , anggaplah di semenanjung tiada orang utan yer … kikikiki . Kami sebenarnya tak tahu nak jalan-jalan ke mana , cuma berpandukan peta dan sedikit panduan yang kami kidnap dari airport tempoh hari . Nama lokasi orang utan tersebut ialah Matang Wildlife Centre , kira-kira 20 km dari bandar Kuching . Memang dalam fikiran saya , hanya nak tengok orang utan secara lebih dekat sajalah . Rupa-rupanya …. lebih mencabar …

 

Rupa-rupanya di situ ada mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan lain juga seperti rusa , landak , burung hantu , kucing hutan dan lain-lain . Untuk melihat mereka , kami kena buat sesi jungle trekking . Fuh , tarik nafas dalam-dalam beb ! Malas sebenarnya saya nak berjungle trekking dalam keadaan sarat begini , tapi alang-alang dah sampai jauh-jauh ke bumi Sarawak macam ni , rela kuredah jua :p .

 

Begini le rope jungle trekking nyer ;

 

ayah mithali memimpin si kecil ...

 

 

Kakak dan salah satu signboard di situ

 

 

Iyer , cantek sekali trek nyer kan … siap bertiti-titi lagi tapi tidaklah keseluruhan trek nye macam tu … kat depan sikit tu dah takde titi pulak . Jalan atas tanah je . And then sambung balik titi nyer … interesting gak la walaupunmencabar stamina ibu mengandung ini .

 

Si kecik Zaid pun tak mau lepas peluang berjungle trekking . Dia mau jalan sendiri . Legalah sikit abahnya , kalau tak jenuh asik nak berdukung saja kan … tapi sesekala kena berdukung juga bila trek tu tak berapa sesuai untuk budak sekecik tu nak jalan sendiri .

 

matang wildlife centre

Mujurlah ada satu family tu bertrekking sama-sama kami di situ … taklah rasa kesunyian sangat di tempat asing kan … mereka memang orang sana tapi first time jugak datang ke Wildlife Centre tu .

Dah habis trekking tu , kami masuk berehat-rehat kejap dalam rumah pameran ala-ala mini muzium di situ … sedaplaa berhawa dingin . Hilang sikit letih berjalan . Hmm , moga-moga ini memudahkan saya bersalin nanti … amin ~

dekat sangkar orang utan,burung kenyalang & civet cat

unik kan pokok ni .. sekali pandang macam ulor je

Ok done kisah kat Matang Wildlife Centre . Gudbye orang utan and the gang .

Sebenornye kami belum sarapan lagi pagi tu tau … gagah betol bertrekking bagai :p . So , misi seterusnya cari soru lah dulu tak jauh dari situ . Kami makan roti canai , roti planta , roti telur dan rojak . Sorry pic makan-makan nan ado .

Masa encik hasben pegi isi minyak tu , saya sempat usha-usha peta untuk misi berjalan-jalan seterusnyer memandangkan hari masih pagi lagi . Wow , dapat detect nice location ! Ianya adalah …. Santubong . Tempat lagenda Puteri Santubong tuu … 30 km jer dari bandar Kuching . Kiranya tempat penginapan kami ni di tengah-tengahlah . So , balik semula ke bandar Kuching dan head on to Santubong pulak.Tak jauh pun 30km tu kan … enjoy jer perjalanan dengan pemandangan yang indah .

Oh ya , dalam perjalanan balik ke bandar Kuching tu lah saya ajak encik hasben singgah ‘masjid’ ni ;

salah sangka ... :p

Ada saya mention sebelum ni kan … kusangkakan masjid rupanya DBKU (Dewan Bandaraya Kuching) . Dan menurut kata Kak MysDear , dalam tu ada muzium . Idokle kami singgah sebab tak tau … huhuhu . Tak ngapelah ~

Dari jauh lagi dah nampak Gunung Santubong yang indah itew … eh sayang tak ambik pic plak . Resort-resort pun baru saja dibangunkan di situ . Cantik sunggu pemandangan . Dahlah tepi gunung , ada laut pulak tu . Kami just ambik gambar kat signboard resort sajelah . Tihihi ~

Pic 2 atas : Cultural Village – kami tak masuk pun … terlalu mahal ler … Hubby jer masuk sat dgn si abang sebab nak beli souvenirs

Pic 2 bawah : Permai Rainforest Resort – sekadar amik gambor jer … :p

Di Santubong , kami hanya menikmati keindahan alam saja … memang teringin nak masuk Cultural Village tu tapi bayaran utk satu orang dewasa saja dah RM60 . Kanak-kanak pula RM30 . Untuk tourist omputeh tak ngape ler … so kami round² je lah perkampungan situ dan kemudian balik semula ke Kuching dengan misi lain pula .

credit to www.malaysia.com

Ya, sampai di area waterfront Kuching yang busy tak hengat tu . Bertindan-tindan event di situ . Hari pertama kami sampai tu , Hari Malaysia . Hari kedua ni pula bermulanya acara/event Sarawak Regatta 2011 . Acara tahunan di waterfront Kuching ni . Ala² sukan air gitu dan ada kaitan dengan dewa sungai or whatsoeverlah . Misi kami ialah mencari souvenir untuk dibawa pulang . Dalam brochure tu kata , ada 5 benda WAJIB beli bila datang Sarawak ;

  1. Ukiran kayu (woodcarving) ,
  2. Tembikar (Pottery) ,
  3. Lada Sarawak (Sarawak Pepper) ,
  4. Manik-manik (Beads) ,
  5. Pua Kumbu – lembaran kain  hasil jahitan tangan.

 

Guess what ? Hanya 2 daripada 5 benda tu saja berjaya kami dapatkan … Lain-lain tu biasalah … Fridge Magnet , keychain , t-shirt ada tulis Sarawak dan kek lapis . InsyaAllah lah kek² lapis yg saya beli tu tak ada kandungan ‘mentega terlarang’ tu .

 

Tapi ! Nak dapatkan benda-benda tu semua memerlukan sedikit pengorbanan … nak kata sikit tu , tak juga tau . Beratlah juga rasanya kepayahan yang ditanggung tu . Inilah yang saya sebut di awal entri tadi , pengalaman yang mencabar dan menguji kasih sayang suami isteri gitu …  auwww ~

 

Gini citernya … disebabkan banyak lorong jalan ditutup dek kerana event di waterfront tu , maka encik hasben turunkan saya dan 2 orang anak di kedai tepi jalan yang masih dibuka untuk laluan kenderaan . Katanya bila saya dah selesai shopping nanti , tunggu balik kat situ , tempat yang sama sebab beliau nak pegi masjid . Ok je lah kata saya . Dengan tak tau kedai mana , hala tuju dan bersesak-sesak dengan orang ramai , saya dan anak² redah saje lah ke celah² kedai di situ . Malangnya satu kedai pun tak ada benda yang saya nak cari.Akhirnya barulah berjumpa kedai kek terselit di tengah-tengah kedai yang lain di sebuah lorong yang sibuk . Penat dan panas tu jangan cerita lah … cekalkan hati jugak . Maka dapatlah kusambar beberapa biji kek lapis Sarawak untuk dimakan sendiri dan juga untuk dihadiahkan kepada parents,mertua dan lain² . Tambah mencabar bila kek tu boleh tahan beratnyer untuk kuusung ke sana ke mari dalam misi mencari barang yang kuidam-idamkan .

 

Jalan punya jalan punya jalan (sila bayangkan orang sarat mengandung berjalan , bawak barang berat² + 2 orang anak yang perlu dipimpin salah seorangnya) . Masa tu rasanya serik dah nak jalan-jalan di waterfront tu lagi . Puas dah rasanya . Event Sarawak Regatta pun bermula . Bertambah riuhlah suasana di waterfront tu . Saya dan anak-anak teruskan juga berjalan mencari-cari barang . Encik hasben dah berkali-kali call tanya saya di mana . Katanya dia dah menunggu di tempat asal saya turun kereta tadi . Saya pulak kata saya dah tak tau jalan nak patah balik ke situ . Kiranya macam dah sesat lah . Penat sangat dah sebenarnya … kepala ni pun dah tak boleh fikir dgn waras sangat . Sepatutnya saya patah balik menghala ke lokasi asal tu , ini tidak . Saya menyimpang jauh ke hujung jalan sana . Encik hasben pun jejak kasih lah jawabnyer …. memang silap saya juga tu … :(

 

Dipendekkan cerita , lepas hampir 2 jam melilau-lilau mencari arah , akhirnya saya berhenti di penghujung jalan utama di tepi waterfront tu . Apa nak jadi dengan event Regatta di sungai Sarawak tu pun saya tak heran langsung dah . Penat yang sesangat-sangatnya . Terduduklah saya dan anak-anak di tepi jalan menunggu sang suami muncul . Nak jadikan drama ni lebih hebat lagi , bateri henpon suami pulak kehabisan lepas call demi call dibuat untuk tanya lokasi kami . Akhirnya saya dapat satu call dari nombor yang tidak dikenali.Rupa-rupanya suamiku yang call menggunakan telefon seorang polis yang bertugas untuk event Regatta tu . Lebih kurang setengah jam selepas itu  jugalah baru suamiku muncul dengan mendukung anak kecik kami , Zaid dan diekori oleh Kakak Hafizah yang kepenatan.Kesian mereka …. kesian juga kami … sama-sama kesian !

 

Then saya dan anak-anak ditinggalkan di waterfront tu sementara suamiku patah balik pergi ambil kereta nun jauh di hujung jalan sebelah sana . Kesian betul … lama jugaklah kami menunggu sampai naik risau saya dibuatnya kalau-kalau apa-apa terjadi pada encik hasben . Alhamdulillah,akhirnya beliau muncul jua.Katanya jalan terlalu sesak,susah kereta nak bergerak lancar.Tapi sempat juga beliau shopping t-shirt Sarawak untuk anak-anak dan… adik bongsunya . Sebenarnya saya pun dah belikan sebelum tu tapi tak mengapalah … daripada situ , kami yang sangat keletihan ni terus rasa nak balik ke tempat penginapan kami untuk berehat.Serik sudahhh …Puas sudah… :p

 

Si Kakak yang kepenatan rupa-rupanya demam . Kesian dia … tak dapat nak enjoy sangat berjalan-jalan tapi ketika trekking di waktu pagi tu dia masih OK lagi . So , kami pun berehatlah sampai ke malam dan lepas Maghrib tu keluar semula untuk cari makan sikit. Sambil tu, anak-anak dapat pulak rezeki belon percuma … :)

 

KFC , main belon dan LEGO !

 

cubaan menangkap gambar berlatar belakangkan tugu Kuching tapi tak berapa berjaya deh … :p

Itulah kesahnye kami di Sarawak yang agak singkat masanya … esoknya dah nak balik dah … Bab makan-makan ni memang kami FAILED kali ni . Failed bukan sebab apa , masa singkat sangat dan tak sempat nak explore makanan wajib-cuba di sana seperti Laksa Sarawak , Umai Ikan , Mee Kolok , dll . Tak ade rezeki kami lah tu …

Dan terima kasih banyak-banyak untuk penunjuk jalan kami nan satu itu yakni “Abang G” . Siapakah beliau ? Beliau ialah ….

GARMIN (sistem GPS) !

Yup , itulah “Abang G” yang banyak berjasa menunjukkan kami arah perjalanan sepanjang berada di bumi Sarawak . Alhamdulillah ,  memang boleh dipercayai lah keberkesanannya . Balik modal jugalah encik hasben beli henpon dah siap ada Abang G yang berguna ni walaupun taklah secanggih iPhone ke , Samsung Galaxy Tab ke . Syukurlah …. :)

Incoming search terms:

8 comments

  • nis ..penatnya berjalan bawak perut tu .. tapi ye lah bila lagi nk bejalan kan .. biasa kalau mengandung masa bejalan tu tk rasa sgt , tp bila balik tuhan saje yg tau .. heheh ,,, tp tk pe bejalan tu bagus tuk kandungan gak..
    puanbee ada entri terbaru… jom baca Gambar Memey – Norman Hakim Di Hari PerkahwinanMy Profile

  • nza

    la knapa Hanie xmasuk kg kebudayaan tu……rugi no kalau p Srwak xmasuk situ..ttp kalau tgh sarat mmg jenuh nk brjln cz kwsannya luas sgt2…..rasanya brganda2 luasnya dr tmn mini msia tu…..ttp kt situlh Hanie dpt lihat mcm2 jenis rumah2 n mknan serta tarian kaum di sana..seronok. Akak rasa situ tmpt plg best di Srwak tau selain pasar satok.

    • akk , mmg nakkk sgt masuk tp rase syg lak duet , leh pakai wat blanje,shopping kann … :p

      lgpun time kami pegi tu xde persembahan lagi .. ptg baru ada..lama sgt nk tunggu lak … huhu

      pasar satok pun kami xterjah..xcukup lah 2 hari

  • Ummi Hanie, ummi pun pernah trekking kat wildlife tu, macam ummi hanie jugak ummi ingat masuk terus dapat tengok. Kalau ikut hati memang tak nak mendaki tangga tinggi2 tu, tapi tak nak pulak tinggal sorang2, akhirnya ikut jugaklah, dah balik sakit urat saraf, hik!Kira ummi Hanie kuat tu, pregnant dapat trekking lagi.

    Kesiannya kisah kat waterfront tu, memang kalau ada event kat waterfront, jalan selalu ditutup…
    ummiross ada entri terbaru… jom baca SELAMAT TINGGAL BUMI KENYALANG…My Profile

    • hehe ummiross , maunye tak sakit urat saraf lepas trekking tu .. tambah2 lagi tgh preggy … balik tu sapu minyak angin lah jawabnyer,dah ler esoknye nak berjalan lagi kat airport kan …

      waterfront tu mmg super bz yer ummi ross … apepun , seronok dpt bertandang ke sana :)

  • kuching kampung halaman saya tu. he he…
    sekarang berkelana di tanah melayu pulak..
    xde apa yg menarik sgt kt sana. klu nk cuba jugak boleh la,…Miri pun ok juga klu nk bercuti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *