Percutian gaya bajet – Langkawi 2013

Salam ceria,
Semoga semua sihat selalu. Diri ini masih terkenang²kan percutian indah + percutian bajet di Langkawi. Hari ini sudah genap 9 hari sejak kami pulang.
Percutian ini memang sangat² kami nantikan kerana tiket flight sudah ditempah sejak setahun yang lalu. Nama pun nak percutian gaya bajet, kan? Kenalah bersabar sikit menunggu tarikh percutian walaupun agak lambat dek kerana nakkan tiket murah @ tiket bajet.
Percutian gaya bajet – Langkawi 2013
Sejak 11 tahun yang lepas, inilah kali kedua saya dan encik suami menjejakkan kaki kami semula ke pulau lagenda, Pulau Langkawi. 11 tahun sudah, ala² honeymoon gitu. Penginapan dan transport semua PERCUMA. Sebab, pak sedara encik suami menetap di sana ketika itu. Jadi, kami menumpang sajalah…. Untunggg kami kan…. Anak pun belum ada lagi masa tu.
Selepas 11 tahun, nah! Dah bawak gerabak 5 orang lagi menjadikan jumlah kami sekeluarga ialah seramai 7 orang. Meriah kannn… 2 – 3 hari sebelum perjalanan, encik suami bertungkus-lumus cari tempat penginapan dan kereta sewa bajet ;)
Ni nak kongsi butiran kos tiket penerbangan pergi-balik ke Langkawi via AirAsia. Now everyone can fly ;)

Welcome to Langkawi !
Penang – Langkawi:
Bilangan ahli keluarga: 2 dewasa, 4 kanak², 1 infant
Jumlah tambang semua kecuali infant : RM270 (bermakna hanya RM45 seorang)
Tambang Infant: RM50. hahh lagi mahal dari tambang org dewasa :p
Cukai tambang dll.: RM144
Check-in baggage: RM20 setiap 15kg. kami ambil 30kg, so RM20 x 2 = RM40
Langkawi – Penang:
Bilangan ahli keluarga: 2 dewasa, 4 kanak², 1 infant
Jumlah tambang semua kecuali infant : RM6 sahaja! (bermakna hanya RM1 seorang!)
Tambang Infant: RM50. *kekal sama
Cukai tambang dll.: RM144 *kekal sama
Check-in baggage: RM20 setiap 15kg. kami ambil 30kg, so RM20 x 2 = RM40 *kekal sama
Jadi, TOTAL TAMBANG PENANG-LANGKAWI-PENANG ialah; RM744 sahaja.
Tak sampai RM1k pun kan. Memang percutian gaya bajet. Sesuailah dengan keluarga sedikit besar macam kami ni.
So, rajin²lah mengintai laman web Air Asia untuk tiket² promo/murah sebegini. Tapi biasanya tarikh penerbangan ialah setahun dari tarikh booking. Kena sabo je le… Pernah sekali tu suami booking macam ni juga, end up saya tak dapat ‘terbang’ kerana dah nak dekat bersalin. Itulah antara risiko tempah tiket flight awal setahun begini.
Ini baru bab tiket flight. Penginapan pula suami ambil dua lokasi. 2 malam di Kuah dan 1 malam di Padang Matsirat. Pekan Kuah memang antara lokasi strategik untuk pelancong sebab semuanya terkumpul di satu tempat. Di situlah kami memborong periuk pemanggang ajaib untuk kami sendiri dan family serta seorang rakan blogger ;)
Di Kuah, kami menginap di Asiatica Hotel. Cuma RM79/malam untuk family room – 2 katil queen disediakan. Ok lah kan? Tapi biliknya biasa² je lah… jadilah, untuk tumpang tidur semalam dua. Jadi, total cost untuk 2 malam di Asiatica Hotel baru RM158.
Malam terakhir kami menginap di DAWN Langkawi chalet & homestay. Sangat cantik dan selesa. Yang penting, ada kolam renang. Anak² sukanya amattt… Memang puas hati stay di DAWN tu, tapi mahal sikitlah, RM130. Serius puas hati….
*Chalet rooms are equipped with : LCD TV, AIR CONDITIONER, FAN, SOFA SET, 2 QUEEN BED, DRESSING TABLE, WARDROOM AND HOT WATER HEATER..
Homestay pun DAWN ada sediakan, RM350/malam. Silalah contact admin DAWN ye. ;) Mungkin harga sudah berubah.
Sebenarnya, ada berlambak hotel dan homestay di Langkawi. Kome jangan risaulah.
Sewa kereta pula, kami ambil Proton Iswara pada mulanya tapi dek kerana kereta tu lambat sangat sampai, jadi tokey kereta sewa tu bagi kami pakai Proron Wira. Lagi baguihh… sewanya RM60/hari. Patutnya Wira ni lagi mahal tapi dah dia lambat sangat, rezeki kamilah… So, total cost sewa kereta ialah RM60 x 3 hari = RM180. Deposit RM50.
Makan-makan? Kami ni tak cerewet… Makan 2 kali je sehari. Tapi kena sparelah ration/kudap²an lebih sikit contohnya untuk sehari; air kotak saiz besar 3 biji, snek², roti, sweets. Dalam 2 kali je kami makan² di restoran, selainnya tapau ke hotel/chalet. Jimatlah sikit…
Siapa kata, anak ramai tak boleh pergi bercuti kan? ;) Planning is everything. Cewwahhh ~
p/s: tunggu update cerita + pics percutian @ Langkawi pula… ;)
Incoming search terms:
- kereta sewa langkawi rm50 (215)
- percutian bajet ke langkawi (176)
- bajet ke langkawi (85)
- dawn chalet langkawi (63)
- bajet percutian ke langkawi (50)
weee….everyone can fly kan kak…hihi
cepat up gmbar..rindu ayid..hihi
alahaii… akak bercuti CNY lak dik…
lambat sikit nak update gambo.. windu ayid yer ;)
Airasia baguih kan……kasi smua org peluang bercuti2an!
yups kak ani… baguih airasia ni, tapi golongan warga emas mcm mak pak Hanie x berapa gemar pula… mereka lebih prefer MAS
wah, lamanya tak pi langkawi. nanti kahwin la kot. Haha
owh, belum kawin rupanya…
iya, langkawi ni antara destinasi honeymoon yg agak terkenal ;)
insyaAllah kalo ada rezeki tak lama lagi. haha
insyaAllah… aminn…
besnye gi bercuti..syu penah gi langkawi skali je..tu pon g ngn sekolah dlu2..nnti nak gi KK..beli tket bajet jugk hari tu..
akk pun nak gi KK tak lama lagi… hehe ;) tiket bajet mcm yg ni jugak
murah giler…bajet…tak sabar nk kawen nk g honeymoon..huhu
yupss lin…. murah n bajet giler kan?
bila nk jemput kami mkn nasi minyak ni? ehemmm…
wah bestnya..anak saya baru 4 tapi rasa surrender nak naik flight..itu pasal saya larat balik kampung sekali setahun je…sebab dalam flight tu yang tak sanggup hehehe
ooo… kampung segalabenda di mana ye?
mmg mencabar naik flight dgn anak2 kecil ni tp… begitulah, kita kena planning apa yg patut awal2 ;)
hai.. selamat bercuti sempena CNY ni.. rasanya teringin nak ke pantal
haha,,, gong xi fa cai Donny.
cubalah ke pantai terhampir ;)
ntah bila dpt pergi langkawi…hmmm
kak sya, plan la dr skrg ;)
langkawi memng best..sya dah pergi dekt 7 kali dah..hihi
wahhh… 7 kali tuu…. mmg best kan kan kannn FF ;)
Sudah boleh masuk contest yang dianjurkan oleh blogger Melastik Bintang.
oh ye ke… kena terjah di sana di sana di sanaa…
terima kasih beri info ye Akubiomed ;)
ank gajah yg mano lak tu kakngah?
ishh rugi lor tak pegi… apo nak buek bajet dah lari.. hehe
bercuti CNY naik k terbang konpom tak kena jem. anak2 yg paling seronoklah bercuti gini.
yesss… tiada jem di atas udara… cuma kena gagah berjalan sikitlah nak tuju ke kapal terobang tu, jaraknye agak jauh
hemmm..bilalah ada masa nak pergi ke langkawi agaknya ye.
kita plan awal, insyaAllah, bila airasia buat je promo, cepat2 sambar ;)
Assalamualaikum. sheila pun nak pergi sana. mungkin dalam bulan 4. hee
w’salam Sheila,
selamat melancong ke Langkawi yaa…. bawak duit lebih sikit utk jalan2 dan shopping. hehe ;)
kami bulan 4 ke sabah pula insyaAllah
huhuu , belum ada kesempatan ruang dan waktu untuk ke sana…
tak apa, boleh plan dari sekarang… Langkawi sebuah pulau yg menarik… tempat cantik + byk tempat shopping ;)
rasa macam nak gi plak langkawi..biarpon dah berkali2 pergi..:-)
Langkawi mmg cantik dan menarik :)
Suami keje kat malaysia airline. Tambang free je. Jgn jeles
rezeki cik asmaq ;)
Boleh bg no asiatica hotel tak
saya kena cari semula. nnti sy update di blog jika terjumpa nombornya
bookmarked entri ni. mana tau hujung tahun ni nak ke Langkawi..
terima kasih ciklaili.. feel honored ;)
Slm kak…
Sy ade book bilik kt dawn chalet.
Nak tanye la kt sane ade sediakan iron x??
Wslm… Seingat sy mcm ada… Maaf sy kurang ingat
assalamualaikum… sy tgh cari2 tips ke langkawi. hujung bulan nie nk fly guna tiket bajet airasia. masa booking kemain seronok… tyme nk bercuti baru tercari2 info. sbb 1st tyme nk bercuti ngn hubby berdua jerk kat langkawi. terima kasih utk info nie ^^ **habis sy selongkar entry langkawi sis ^^
w’salam yana…
terima kasih sudi godek2 di blog akk yg tak seberapa ni…
bestnye bercuti berdua… mcm sy dan suami la honeymoon dolu2… balik tu lekat anak sulung.. hehe
Terima kasih Cikpuan Ummie Hanie. :)
Artikel ni sangat membantu Asyrof untuk ke Langkawi
hari ahad ni.
Nak tanya, penginapan kena booking awal ke?
Risau jugak kan ..
sama2 Asyrof… syukur klu mmbantu ;)
musim cuti skolah gini eloklah booking awal
Kereta Sewa di Langkawi ni memang banyak yang murah-murah. Vios sewa baru Rm90.00/hari, Honda City Rm100.00/hari..
betul… rasa nk g lagi dan lagi ke langkawi :)
Bajet pun xpe..yang penting happy jln dgn family
detiksihat
BETUL TU…