Perasmian Taman Botani oleh PM Dato’ Seri Najib

 

Salam mesra .

Pada 29 jun yang lalu Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah membuat perasmian perdana untuk Taman Botani (Botanical Garden , sebelumnya dikenali sebagai Taman Tasik Perdana) yang dianjurkan dalam sebuah program bernilai RM35 juta , di tengah² bandaraya Kuala Lumpur .

 

 

 

Sebenarnya apa yang istimewa sangat dengan Taman Botani ni ye ?

Ye , memang ianya cantik apatah lagi setelah dirawat . Sebut pasal merawat tasik ni , itulah dia tugasan yang encik hasben kena buat sepanjang sebulan yang sudah (sekarang dah pun tamat) . Encik hasben ni kiranya ‘dipinjam’ oleh pihak NAHRIM (National Hydraulic Research Institute of Malaysia) untuk membantu mereka mencari jalan merawat tasik yang agak tercemar tu , especially bila lepas hujan … dan sebelum PM datang merasmikan tasik tersebut dgn nama baru , Taman Botani .

 

Dan salah satu lagi keistimewaan taman tasik ni ialah ; ia menjadi pilihan VIP-VIP beriadah di sana , tetapi pada malam hari yer … mereka tak mahu diganggu siang² hari berjogging di situ gamaknya …. :p

 

Korang dah sampai ke sana ? Saya tak ingatlah … rasa²nya macam pernah masa kecik² dulu .

 

Dan !  Yang paling istimewa untuk saya ialah … encik hasben ku muncul dalam video The Star tu … ada muncul kejap pada saat 00:48 – 00:50 tu  . Siapa lagi kalau bukan yang bersongkok tu … ececececeeee bininye tumpang bangga sikijap :p Kami plan nak jalan² ke sana pada keesokan harinya tapi takde rezeki . Hujan sepanjang-panjang hari dan rasanya tak begitu sesuai sebab keadaan di situ akan menjadi lecak sedikit (sebab banyak rumput) . Tak apelah , lain kali insyaAllah ….

 

 

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *