Pengurangan aktiviti blogging di bulan Ramadhan

 

Salam Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan yang mulia lagi diberkati ini kawan² sekalian …

 

Sekejap saja sudah masuk 5 Ramadhan kan ….

 

Bagaimana dengan aktiviti seharian kalian ? Oh ya , aktiviti seharian ni pun ada banyak kategori kan … samada yang bekerja maupun surirumah . Yang bekerja sudah tentu awal² pagi lagi sudah sibuk ke tempat kerja (kecuali yg syif petang .. :p) manakala surirumah² juga tidak kurang sibuknya menguruskan makan minum keluarga serta hal² rumahtangga yang lain .

 

Bagi surirumah berbadan dua macam saya ni , bulan ni saya dapat rasakan banyak pengurangan dalam aktiviti blogging . Ada beberapa faktor ;

 

  • Mental & fizikal letih sedikit daripada hari² biasa (bukan bulan puasa) ,
  • Nak luangkan masa untuk amal ibadah lebih sedikit dari biasa ,
  • Rasa mengantuk cepat pula datang !

 

 

 

Hah itulah antara faktor-faktor saya slowkan sikit aktiviti blogging ni … biarlah saya ketinggalan dan tidak semaju kengkawan bloggers yang lain …. wuwuuwuwuu ~ Tak adelah , bukan ape … otak saya ni banyak sangat benda nak difikirkan lagi selain daripada hal-hal blogging ni. Anak 4 orang yang dijaga sendirian (abah depa dah sebulan tak de..urusan kerja so sayalah SuperMak ! :p) , baby kat dalam perut ni lagi , diri sendiri lagi …

 

Ekspresi kasih sayang anda terhadap si kecil !

 

Biasanya pagi-pagi saya dah bukak PC dan melayari internet – cek e-mel , blogging , balas komen dalam entri , blablabla … Tapi sekarang ni waktu pagi lepas hantar Kakak sekolah dan sediakan sedikit sarapan utk mereka-mereka yg tak berpuasa tu , saya akan landing balik …. dah masuk tengahari barulah saya mandi ke , buat kerja rumah sikit , layan bebudak , bukak PC dan berhenti sekejap utk solat Zohor . Lepas tu saya akan sambung bertenet balik . Anak² layan kartun @ DVD dan tido . Zaid ade le kacau saya sikit² … Lepas Asar saya dah tak online lagik . Sementara nak memasak untuk berbuka tu , saya mengaji sikit atau silap² boleh terlena jugak tau … memang fasa mengantuk memanjang jer sekarang ni … maybe sebab puasa kot … letih … n then dah lepas Isyak barulah saya sambung online balik …

 

 

 

 

Memang hajat di hati nak anjurkan contest / giveaway / buat segmen² menarik , tapi memang saya tak berdaya nak handle semua tu buat masa ni . Syukur alhamdulillah la ada juga sales masuk melalui kedai online saya tu … sangat suka okeh….  aha , itu salah satu benda yang saya tumpukan sikit selain aktiviti blogging ni . Yang part paling best tu , tak payah pegang barang pun boleh buat jualan … ^-^ tak apelah itu saya cerita lain hari ok … ;)

 

Tengahari tadi pun dengan gumbiranya saya pergi pos tudung yang diorder orang pagi tadi . InsyaAllah sempat kot sampai esok ke tangan customer tu … amin . Soal tudung raya , saya tak perlu risau dah kot … hehehe … kecuali habis semua dirembat orang … saya ? Nganga je lah … hahaha ~

 

Ok lah korang . Menaip entri ni pun dah naik semput rasanyer :p . Petang ni menu untuk berbuka dah ada , so agak senang hati sikitlah … tak tau sejauh mana dapat bertahan rekod tak membeli makanan siap dari luar especially bazar Ramadhan tuh … haha ~ Maybe bila sang suami pulang ke sisi kot ? Cewahh … ayat … :p

 

Special THANKS to my blog’s dear sponsor ;


Ketahui RAHSIA tampil CANTIK tanpa MEKAP !

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *