Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Penghujung cuti hari raya

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Penghujung cuti hari raya

Selamat hari raya semua! Mood raya masih ada tak? Saya rasa, saya masih ada lagi… Cuti raya yang panjang pun dah hampir ke penghujungnya. Banyak lokasi yang dituju sepanjang cuti ni, terutam di bahagian selatan tanahair. Raya pertama dan kedua di rumah mertua pada tahun ini. Kami sefamily adalah “batalion hijau”.

Raya ketiga hingga raya kelima kami beraya di selatan tanahair. Ada majlis nikah, kenduri kahwin, ziarah nenek dan ibu saudara di Singapore, dan bersiar-siar di Melaka Bandaraya Bersejarah. InsyaAllah saya akan buat entri berasingan untuk setiap lokasi supaya entri ini tidak terlalu berjela.

Raya keenam kami balik ke rumah mertua semula di Perak dan raya ketujuh barulah kami pulang semula ke teratak sendiri. Home sweet home… Kesian rumah kami… Tak sempat nak mekap-mekap raya tau. 2 hari sebelum Aidilfitri kami dah cabut balik kampung. Encik hasben pun baru pulang dari outstation malam sebelum itu. Saya seorang diri terasa tak mampu nak mengemas rumah seorang diri. Jadi, balik cuti ni lah baru nak mengemas bersama suami dan anak-anak… Barulah bersemangat sikit ada geng. Lagipun, bukannya ada orang datang bertandang pun, dah kami memang planning awal nak balik kampung.

Apa pun, kesederhanaan tetap menjadi keutamaan kami. Apa cerita raya kome? Takpe, pahammm… Blog ni pun hampir 2 minggu dibiarkan sunyi tanpa sebarang update. Apatah lagi nak blogwalking…

Salam Aidilfitri sekali lagi, Maaf Zahir Batin. Dah start puasa 6 ke? Kami belummm… Siapa2 yang ada di area Parit Buntar, Nibong Tebal dan yang seewaktu dengannya, jemputlah beraya ke rumah. Kalau tak ada juadah raya, makan kuih raya pun ok lah ye ????

 

13 Responses

  1. eiela says:

    selamat hari raya kak, maaf zahir batin. slmt pulang ke rumah sendiri.

  2. akubiomed says:

    Esok saya bakal melaksanakan puasa 6. :-)

  3. hanif says:

    Duduk maka…jauh nak dtg…hehehe

  4. Cik Misya says:

    Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.

  5. Penghujung cuti adalah perasaan yang sangat tak best selepas bercuti panjang. Bukan senang nak merasa cuti selama seminggu ni bagi yang dah bekerja. Lepas ni rutin akan kembali seperti biasa semula.

  6. hatiputera says:

    rasanya masih sempat bagi saya untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin.

  7. Ummi Hanie says:

    slmt hari raya kakngah ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *