Pengeras untuk urut?

by Ummi Hanie on July 25, 2012

in Umum

Salam 4 Ramadhan.

Dah lama terbuku dalam hati tapi baru hari ni dapat luahkan di sini.

Beberapa bulan sudah, encik suami ada panggilkan seorang makcik tukang urut di sebuah kampung. Nak jadikan cerita, makcik tu ialah mak kepada jiran sebelah rumah kami ni tapi jiran tu tak duduk di sini, disewakan saja rumahnya.

Badan saya dah terasa lenguh sesangatnya, nak minta encik suami urutkan, segan pulok. Beliau pun lenguh badan juga, lagi penat bekerja di luar kan. Ok kesimpulannya, urutan makcik tu sedap jugalah. Saya memang suka urutan tradisional menggunakan tangan ni. Sebelum ni, semasa berpantang ada ambil tukang urut juga tapi dia pakai teknik urutan cina. Guna tanduk kerbau untuk urut. Sakittt masa mula² tu, dah kemudian² baru boleh sesuaikan diri.

Makcik ni bercerita dah berpuluh tahun dia mengurut, sejak umur 21 tahun lagi. Katanya mewarisi maknye walaupun pada mulanya dia berkeras takmau… erm… waris? Start di situ rasa lain macam pula sikit.

sekadar hiasan

Selesai megurut tu, saya dah agaklah dia akan promote barangan berkaitan seperti losyen pengempis perut, pembersih wanita, opsss…. Saya ni jenis tak sampai hati, mudah kesian kat orang, beli jugaklah losyen tu walaupun stok masih ada. Haha… Kemudian kan! tak habis cerita lagi ni. Makcik tu minta segenggam beras dan sebatang jarum/pin. Apakah?? Saya turutkan sajalah walau dalam hati ni macam² persoalan timbul. Kenapa nak kena bagi² beras dan jarum/pin? Makcik tu kata (macam dengar pulak soalan dalam hati saya ni :p) sebab hari sebelumnya dia ada bagi sebotol air penawar untuk saya minum. Air tu untuk buangkan angin dalam badan… Hmmm… Kalau tak bagi, tak boleh kata makcik tu lagi. Terjumpa entri tentang pengeras ni masa try google ketika menaip entri ni. Macam² jenis pengeras yang diminta…

So apa pendapat korang ye? Saya tak sempat lagi nak google pasal benda ni. Adakah benda² yang makcik urut tu minta ialah pengeras mengurut? Seumur hidup ni baru pertama kali saya diminta benda² begitu. Rasa risau pun ada…

Incoming search terms:

{ 38 comments… read them below or add one }