Pengalaman pergi mengundi PRU13 yang hot

PRU13 kali ni memang hot, panazz dari biasa kan?

Walauapapun, saya bukanlah peminat politik, apatah lagi penganalisa politik tak bertauliah. Ahakss~

Keputusan juga sudah keluar pada malam PRU13 itu juga… Berakhir sudah debaran pru13.

So so so…

Kali pertama nak pergi mengundi, dengan semangat berkobar! Yaaa…. begitulah semangat rakyat Malaysia jati ;)

Dan ini jugalah kali pertama jari telunjuk dicalit dakwat kekal, tak seperti PRU² lain sebelum ni, untuk mengelakkan pengundi² hantu mengundi banyak kali kannn….

photo (56)

Gambar jari dicalit dakwat biru tua… jadi trending pada hari PRU13. Saya tak letak kat fesbuk, letak kat grup WhatsApp je…

Ok cerita saya begini, ringkas saja. Tiada yg spesyel sangat pun.

Pada hari kejadian, saya berada di rumah emak yang jaraknya dalam 10minit perjalanan menaiki kereta menuju ke lokasi mengundi, merangkap taman perumahan tempat tinggal kami.

Saya bertolak pergi mengundi selepas menunaikan fardhu Zohor. Di tempat kejadian kira² jam 2.15 petang. Instinct saya tepat, memang tak perlu beratur panjang. Hanya ada seorang saja line up di hadapan saya menanti giliran untuk dicalit dakwat dan memangkah kertas undi.

Tiba giliran saya, makcik pencalit dakwat pun mencalit jari telunjuk saya dengan jayanya selepas membacakan nama penuh, IC dan nombor giliran.

“Ha, cantik..” kata makcik tu.

Jangan salah sangka ya, beliau tujukan pada jariku yang dicalitkan dakwat tu ;) .

“Iye… macam inai pengantin je” balas saya sambil tersenyum.

Kan bagus kalau dakwat tu berwarna merah. Boleh feeling² pakai inai. Haha ~

Selesai memangkah dua calon pilihan, saya pun terus beredar, dan dalam beberapa saat, kembali semula ke bilik mengundi tadi kerana tertinggal IC di atas meja pendaftaran a.k.a. meja mencalit jari tadi. Dushhh! ~

Itu saja cerita dan pengalaman pertama kali mengundi dalam diari hidup saya. Kenangan manis jugalah sebab tak perlu beratur panjang dan lama. Jimat masa juga tenaga. Suami saya pula pergi mengundi setengah jam sebelum masa undian tamat. Baru sampai dai kampung…

Pengalaman anda? ;)

13 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *