Pengalaman kena denda di Sekolah

Semua orang pernah merasa zaman persekolahan , tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah. Biasanya kedua-dua zaman tu semestinya sudah kita lalui. Bercerita tentang pengalaman kena denda di sekolah ni , saya rasa memang tipulah kalau tak pernah kena.Betul tak ? ;)

Saya bersekolah di sekolah agama private dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Masa sekolah rendah dulu , pernah juga nakal sikit masa dalam kelas mengaji . Malu pulak nak cerita pengalaman kena denda di sekolah ni … oh ! Saya dan 2-3 orang kawan tu suka menyakat cikgu yang mengajar kelas mengaji tu. Cikgu A namanya. Sakat punya sakat,sampai kena rotan jugaklah . Adoi …padan dengan muka. Lepas tu dah tak beranilah nak nakal² lagi rasanya … haha .

tahun 6

Nak cerita pasal kawan punya pengalaman kena denda , buleh ? Kalau tak boleh pun,nak cerita jugak , tak kira ! Sebab peristiwa kena denda tu agak lucu dan kekal terpahat dalam minda ni. Masih zaman sekolah rendah lagi ni.  Begini ; semasa kelas Bahasa Melayu,maaflah saya tak ingat mengapa kawan² saya ni didenda.Mungkin sebab tak siap kerja sekolah ataupun tak bawak buku sekolah. Cikgu ni denda mereka supaya MERANGKAK keliling kelas ko ! Sadis juga rasanya kalau kena kat diri sendiri . Semasa mereka merangkak-rangkak tu,apa lagi … murid² lelaki yang lain pun mengusiklah (termasuklah saya … kih3x) . Kawan perempuan saya pun kena denda jugak tau.Malu rasanya kena merangkak² gitu.

Masuk zaman sekolah menengah pulak , susah juga nak ingat pengalaman kena denda ni. Sebab dah mula menten cun kan … ahaks ! Tak adelah … dah makin besar,takkan nak nakal² pulak. Tapi perangai suka menyakat tu masih ada bersaki-baki lagi dalam diri ini. Hohoho . Ketika masuk tingkatan 4,saya dilantik pula untuk jadi Pengawas sekolah.Saya ni Pengawas yg suka senyum dan tak garang langsung. Kami pengawas² ni pakai uniform putih-kuning-hitam = kaler bendera perak gitu … :p Baju kurung kuning,kain hitam,tudung putih. Yg best tu dapat pakai kasut hitam,jadi tak teruk sangatlah nak menyental ! Haha …

Pengalaman kena denda di sekolah menengah ni kurang sangatlah.Yang saya ingat,semasa kelas Sejarah form 5 kalo tak silap. Kami dibahagikan kepada kumpulan² kecil dan kena buat presentation di depan kelas tentang tajuk yang diberi. Yang present untuk grup saya tu adalah saya sendiri. Nak jadikan cerita,terkantoilah pulok … Cikgu sejarah tu kata grup kami tak buat research betul² dan beri fakta yg salah. Aduhhh … dendanya kena berdiri di luar kelas sampai habis masa untuk subjek tu. Hampeh ~ jatuh air muka yang cun ni .

saya dan students p'puan Form 5 2001 , depan sekali kain itam=prefects

 

bergambar kenangan di tiang bendera skolah ... depan pejabat guru

Walauapapun,kenangan di zaman persekolahan ni memang antara kenangan paling manis dalam hidup. Rasa macam nak balik semula ke zaman itu … *gambo berbayang plak… maklumle takde kamera canggih mase tu .. :p

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma,Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Incoming search terms:

34 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *