Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Penemuan Hebat : Molekul Air ZamZam … Beautiful !

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Penemuan Hebat : Molekul Air ZamZam … Beautiful !

(berlian apakah ini ? sila baca artikel di bawah..)

 

Artikel ini dah saya baca lama dahulu … Akan tetapi saya rasa terpanggil utk berkongsi ‘keindahannya’ dgn anda semua .

 

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah: Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.

 

Diantaranya : Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dariUM).

 

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut.

 

Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi” .

 

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik.

 

Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangandan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. “Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah.

 

Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.” Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.

 

Lalu di dalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat mempengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

 

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau. … Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah di skrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

 

Subhanallah. …. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

 

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

 

 

14 Responses

  1. penaberkala says:

    >subhanallahterkedu baca artikel nihpatut la klu kita minum air zam2,org kata cerah hatiapa yg penting, kita kena yakin dan dahulukan dgn bacaan kalimah Allahpatut rmai saintis/prof bukan islam memeluk islam,kemungkinan besar faktor2 penemuan sebegini mempengaruhi mereka akan kepercayaan terhadap kekuasaan Allah

  2. Ummi Hanie says:

    >terima kasih krn membaca ye pena..sy seronok dpt brkongsi2 ilmu yg baik…semua air yg kita minum(xsemesti zamzam) HARUS dimulakan dgn bismillahyup..ramai saintis kafir dah mula yakin dgn kekuasaan Allah cuma media barat yg xmau gembar gemburkan isu ni

  3. hans says:

    >rasa2 pernah baca dalam mastika…yups…air dia tu berkhasiat

  4. penaberkala says:

    >mereka masih egotp kat US dah rmai masuk Islamsbb tuh asyik ada konspirasi je kat sanatak nak ngaku kalah lagi ngan Islam

  5. hans says:

    >biasalah tusetiap media digunakan untuk propaganda kerajaan masing2

  6. >Dorang sedar akan kemuliaan Islam & mereka tahu Islam itu benar tp krn keangkuhan mereka tu lh segala kebenaran Islam cuba dinafikan & agama Islam diburuk-burukkan..Sehingga mereka menggelar org Islam sebagai terrorist!

  7. penaberkala says:

    >sis ieda:aah,btul gak tuh kan..nak menutup kelemahan mereka, tuntasnya labelkan ISLAM sebagai TERRORIST..tak tahulah apa lg agenda mereka seterusnya

  8. hans says:

    >kak ieda : tahu xper..ego diorang tinggi

  9. hans says:

    >pena : diorang tu yg terrorist sebenarnya

  10. penaberkala says:

    >hans:mmg pun..tindakan mereka umpama hulur jari telunjuk, 4 jari lagi tunjuk kat diri sendiri..

  11. hans says:

    >pena : itula pasal..skrg makin ramai yg peluk islam

  12. hans says:

    >diorang tu terroristsuka suki je serang negara orang lain

  13. penaberkala says:

    >hans:pasal serang negara Islam tuh mmg tak abis2..ada je perang yg berlaku…simboliknya utk benda ni adalah filem AVATAR…bila org langit serang guna senajta moden, manakala navi guna panah dan tentera berkuda je..ada signifikan gak cite tuh..byk mesej yg nk disampaikan

  14. hans says:

    >pena : yups..betul kan…dah macam israen dgn palestin…sebab tu review dkt blog aku macam tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *