Pendaftaran online BR1M 2018

Salam harmoni,

MAKLUMAN TERKINI;
  1. Tarikh akhir penunaian Baucar BR1M 2017 telah dilanjutkan sehingga 28 Disember 2017.
  2. Tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2017 telah dilanjutkan sehingga 31 Januari 2018.
  3. Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftaran BR1M 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis). Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://ebr1m.hasil.gov.my atau mana-mana cawangan LHDNM secara PERCUMA. Sila klik  Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018 di semua Cawangan LHDNM.

 

Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan BR1M menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

 

Untuk mengisi borang permohonan secara online, sila ke link ini;

 

Syarat kelayakan permohonan BR1M:

(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

 

•   Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)

•   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

•   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M

**NOTA

1. PERMOHONAN BARU – Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 – Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Saya dah cuba daftar, tapi tak berjaya sebab gaji suami dah melebihi had. Ingatkan surirumah boleh dapat juga tanpa kira gaji suami… heee~

Oleh kerana ayah saya sudah meninggal dunia, maka emak saya mengambil alih penerimaan wang BR1M. Asalkan dikemaskini maklumat berkaitan di laman web ebr1m ya.

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *